Dari: Hayata uzumi xx
@yahoo.com
Salam,
@yahoo.com
Salam,
Untuk permulaan kalam saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua tentang adik saya yang telah menghantar anak beliau ke Maahad Al-Zaytun. Dari seorang yang bolih saya kategorikan alim dan warak, sejak mengenali Maahad Al-Zaytun, perangai adik saya amat jauh berbeza. Belia tidak lagi solat seperti dulu. Anak dan isteri sering kali dilihat tidak memakai tudung. Cuma apabila balik ke rumah orang tua saja memakai tudung. Balik ke rumah orang tua nampak pergi solat sebab semua orang berbuat demikian tetapi kalau diperhatikan sudah kekok. Ambil wuduk pun salah dan cara solat pun rukunnya teragak-agak. Solat beliau hanya nak menutup malu atau takut pecah tembelang. Disamping itu beliau suka berbohong dan acapkali kami adik beradik terjumpa dengan permbohongan beliau. Jelas adik saya dan keluarganya sudah jauh menyimpang dan saya ingin bertanya apakah tindakan pihak berwajib untuk menangani isu ini?.
----------------------------------
----------------------------------
Sebenarnya saya ada 4 adik beradik yg terlibat dengan Al-Zaytun. Tiga darinya dipercayai telah terpengaruh dengan konsep islam Al-Zaytun dan yg seorang lagi mungkin tidak. Dari tiga tersebut dua memnpunyai anak lelaki dan perempuan di Al-Zaytun. Kini perpecahan keluarga telah berlaku sebab dua dari yg terpengaruh langsung tidak mahu balik ke rumah orang tua atau kampong walaupun ada kematian. Yg seorang itu, balik jugak dan dari situ kami adik beradik lain dapat melihat kelainan.
Saya amat bimbang tentang akidah mereka ini. Mungkin mereka tidak berpuasa dan bersolat seperti yg dituntut olih islam.Dan mereka telah berhenti kerja walaupun pekerjaan mereka dulu bagus sekali tapi hidup nampak senang!!-----------------------------------
Pengelibatan dengan islam cara zaytun tak pasti sejak bila. Sebab benda ini dirahsiakan. Saya agak lebih kurang lima ke 3 tahun. Mereka tak berani bercakap pasal ini islam zaytun ini secara terangan. Kalau ditekan mereka sekeras-kerasnya menafikan. Dengan saya langsung mereka tak pernah bercerita. Saya berani katakan sejak mereka mengenali zaytun yakni lima tahun lepas dan mereka ini mungkin tergolong dari para pemimpin 'islam' ala zaytun ini.
Bagi mereka Panji Gumilang adalah seorang ulamak terunggul dan kata ulamak inilah yg mesti diikuti.
Mereka kini amat aktif mengembangkan ajaran sesat ini dan Jakim kenalah bertindak dengan segera sebelum parah. At least tangkap para pemimpin atau suspek pemimpin ajaran ini dulu. Masukkan dalam ISA dan brainwash mereka macam Al-Alqarm dulu. Atau sebelum itu, masukkan dalam kutbah jumaat dan perincikan ciri-ciri kesesatan mereka. Kempen besar-besaran harus dilakukan bagi membendung gejala sesat ini.