source
Tarikh 9 Ogos yang lepas menyaksikan serbuan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di sebuah premis rumah kedai di bermula jam 11.30 pagi di Pusat Komersial Taman Oakland, Seremban 2, Negeri Sembilan. Mereka yang diserbu dan ditahan itu didakwa atas kesalahan terlibat dengan pengajian agama tanpa tauliah.
Walaupun masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak berwajib, desas-desus daripada beberapa bloggers di internet seperti suarajagat, mendakwa kumpulan tersebut adalah kumpulan Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) yang seketika dahulu popular di akhbar tabloid Malaysia (saya tidak ingat samada Kosmo atau Harian Metro). Hal ini ditambah lagi dengan wawancara TV3 dengan ketua operasi serbuan, Mohd Zul Sidek samada kumpulan ini terlibat dengan pergerakan Negara Islam Indonesia (NII), nama lain GPK.
Saya tidak mahu bercerita mengenai GPK, anda boleh mendapat maklumat kesesatan ajaran mereka di pelbagai laman web, lebih baik anda rujuk dan fahaminya sendiri. Namun yang saya mahu persoalkan di sini (andai mereka adalah daripada GPK) ialah bagaimana keadaan mereka yang terlibat samada yang telah ditahan Ahad lalu dan yang masih bebas di luar sana? Satu perkara yang anda faham, mereka bermatlamatkan penubuhan Negara Islam Indonesia di Wilayah Malaya (harus difahami, gagasan Islam mereka berbeza dengan gagasan Islam yang dibawa oleh jemaah–jemaah Islam seperti PAS, JIM, ABIM dan laian- lain, akidah mereka juga terpesong).
Dengan kata lain, mereka bukan sahaja terlibat dalam soal penyebaran ajaran sesat bahkan bolah dianggap membawa ancaman kepada keselamatan Kerajaan Negara Malaysia yang sedia ada.
Di sini saya terfikir, di mana yang lebih diutamakan pihak berwajib, soal akidah mereka atau soal cita–cita mereka?
Saya bangkitkan persoalan di sini kerana fokus pihak berwajib akan mempengaruhi hukuman dan label kepada mereka yang terlibat. Contoh mudah, kalau pihak berkuasa memfokuskan pada isu keselamatan negara (bahkan TV3 sudahpun menggelar mereka sebagai radikal), saya percaya mereka akan bulat–bulat ditahan dalam ISA. Saya ketepikan dahulu soal kredibiliti ISA, tetapi, adakah dengan kemasukan mereka dalam ISA akan menyelesaikan masalah yang sebenarnya?
Jika kita lihat penahanan ISA yang dikenakan kepada Ashaari Muhammad, pemimpin al-Arqam yang bercita–cita memimpin negara ini dengan meramalkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke-5 (sekarang sudah PM ke-6), adakah isu al-Arqam selesai sepenuhnya?
Bukannya kita tidak tahu al-Arqam masih bergerak lagi dengan dijenamakan semula sebagai Rufaqa dan kemudiannya Global Ikhwan. Sekarang mereka mampu hidup aman dan mewah dengan perniagaan–perniagaan mereka, daripada kedai runcit sampailah pengangkutan awam. Adakah mereka dibiarkan begitu kerana mereka tidak lagi menzahirkan cita-cita mereka untuk menawan Malaysia?
Tetapi bagaimana dengan akidah mereka yang terpesong dengan mendewa-dewakan Ashaari disamping pengamalan Aurad Muhammadiah? Adakah mereka akan dibanteras dan dipulihkan pegangan mereka? Hal yang sama saya bimbang berlaku kepada para pengikut GPK.
Saya bimbang, pihak berwajib sibuk mahu memburu mereka dan mencampakkan mereka ke Kemunting, tetapi soal akidah mereka tidak selesai. Yang lebih saya bimbangkan, mereka boleh menggunakan hujah mereka ditahan itu sebagai satu ujian bagi mereka lantaran ‘kebenaran’ yang mereka bawakan. Pastinya pengikut yang taksub yang tidak dipulihkan dengan dijernihkan semula akidah mereka akan bertambah taksub dengan hujah sebegini.
Di sinilah saya kira, kita perlu menilai semula fokus dan bentuk hukuman yang perlu diambil bagi menangani ajaran sesat yang semakin berleluasa di Malaysia.
Apakah pendekatan yang benar–benar sesuai? Bagaimana sepatutnya pihak berwajib menangani mereka yang terlibat? Kerana secara asasnya kita boleh klasifikasikan mereka yang terlibat dalam ajaran sesat ini kepada dua kumpulan. Kumpulan pemimpin dan yang dipimpin.
Kedua–dua kumpulan ini ada keterikatannya tersendiri dengan ajaran mereka. Kumpulan pemimpin ajaran sesat, lazimnya tahu kesesatan dan kesalahan mereka, tetapi tidak diendahkan kerana keuntungan yang mereka perolehi daripada penglibatan mereka. Samada berbentuk material, pengaruh, dan kuasa. Mereka bersifat manipulative ke atas pengikut–pengikut mereka. Mereka bijak menggunakan ruang yang ada untuk mendapatkan kesetiaan pengikut mereka dengan memanipulasi maklumat, mengada–adakan cerita, disamping juga menokok tambah dan meminda ajaran Islam bagi mendapat kepercayaan pengikut–pengikut.
Penyakit tidak mahu terima kebenaran ini adalah warisan daripada Abu Jahal dan Abu Lahab bersama–sama pembesar Quraisy yang kafir. Bukannya mereka bodoh dalam menilai kebenaran dan kesucian ajaran Islam, tetapi mereka begitu degil dan angkuh dalam mengakui kebenaran
Islam dan mengaku kepincangan mereka sebelum ini. Kerana bimbang hilangnya status mereka sebagai pembesar dan pemimpin masyarakat, mereka sanggup menipu diri sendiri. Dan habuannya, lihat sajalah kenderaan–kenderaan mewah milik pimpinan GPK yang diserbu.
Untuk makluman anda, ahli–ahli di bawah diminta membayar wang yang cukup tinggi sebagai sumbangan mereka kepada perjuangan ‘Islam’. Kemudian, ke manakah duit itu akan pergi?
Kumpulan yang dipimpin atau golongan pengikut pula terikat dengan janji dan taat setia kepada kumpulan atau lebih mudah, taksub. Taksub pada kelebihan kelebihan dan janji–janji yang ditawarkan oleh pemimpin. Yang lazim berlaku ialah apabila mereka yang tercari–cari kebenaran dalam beragama, tiba–tiba didatangi oleh kumpulan kumpulan seumpama ini, diberi penerangan tentang agama, dikaitkan dengan permaslahan yang berlaku hari ini, dimaklumkan semua kerosakan dunia dan kepincangan sosial berlaku kerana masyarakat tidak berpegang ajaran ‘Islam yang sebenar’.
Kemudian kumpulan–kumpulan ini mendakwa merekalah kumpulan yang bangun sebagai gerakan ‘Islam yang sebenar’, dan menyalahkan semua jemaah Islam yang lain. Mereka yang baru tercari–cari erti hidup beragama memang mudah terpesona apabila mendapati bukan salah mereka tidak beragama dengan sempurna sebelum ini, tetapi salah masyarakat yang memang tidak tahu beragama, ustaz ustazah, alim ulama’, menteri–menteri, semuanya tidak tahu beragama, sebab itulah masyarakat pincang.
Oleh itu, mereka akan rasa terpilih kerana didekati kumpulan yang betul–betul ‘beragama’ dan diberi lagi hujah–hujah untuk mengikat mereka sehingga membentuk ketaksuban mereka kepada kumpulan sesat itu.
Permasalahannya, di mata pihak berkuasa, adakah mereka memandang mereka dua kumpulan berbeza yang perlu dirawat dengan kaedah yang berbeza bagi membanteras ajaran sesat yang dibawa?
Mengikut pandangan Islam, secara asasnya, bagi mereka yang mengaku keislaman mereka tetapi mempermainkan ajaran agama Islam, siasatan akan dibuat bagi memastikan kedudukan mereka samada mereka jahil atau mereka sengaja mempermainkan akidah.
Bagi mereka yang sengaja mempermainkan akidah, boleh disabitkan kepada kesalahan murtad dan tentu sahaja akan membawa kepada hukuman bunuh mandatori. Sudah pasti sebelum itu ruang taubat dibuka kepada mereka dahulu. Bagi yang jahil, sudah pasti akan dibuka ruang pemulihan akidah bagi membetulkan pandangan mereka mengenai ajaran Islam yang sebenar.
Andai setelah dibuka ruang, diberi ilmu tetapi mereka masih berpegang kepada akidah yang sesat dan bahaya itu, jika sampai disabitkan kepada kesalahan seperti di atas, hukuman bunuh mandatori dikenakan.
Persoalannya, adakah pihak berwajib mampu atau mahu laksanakan ini?
Ataupun lebih mudah mereka menghumbankan semua dalam lokap ISA, soal akidah yang terpesong? Entahlah, mungkin soal akidah masyarakat Islam tidak mengganggu keselamatan politik pihak berwajib. Jadi, saya tanyakan semula, di mana mereka akan berada?
*Artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum adalah bersifat perkongsian idea semata–mata. Semua pihak bebas menyalin semula dan/atau menyebarkan apa–apa artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum.
Mabadiuth Thalathah+Isa Bugis+Lembaga Kerasulan [ Pemuda Kahfi/MD/Futuh/M1/M2/MadinahKedua/Ka'bah II/Binatang/SapiEmasPerahan/Rabb@Pengatur/PonziScheme/MLM ]
Wednesday, July 17, 2013
Universiti Malaya dan Pemuda Kahfi
source
Pemuda Kahfi - Ajaran sesat di UM?
SAYA berasa terpanggil untuk membuat pendedahan mengenai aktiviti gerakan ajaran sesat yang kini melanda negara kita.
Untuk pengetahuan, anak saya yang sedang menuntut di Universiti Malaya dan tinggal di Kolej Kediaman Raja DR. Nazrin Shah telah menceritakan kepada saya tentang pengalamannya yang hampir terlibat dengan ajaran kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pemuda Kahfi setelah dipujuk rayu oleh rakan-rakannya.
Saya amat terkejut dengan pengakuannya kerana setahu saya anak saya merupakan seorang anak yang taat dan patuh dengan ajaran Islam. Saya juga sama sekali tidak percaya bagaimana sebuah IPTA terkemuka sebegini amat terdedah dengan risiko ajaran sesat yang tidak sepatutnya berlaku seolah-olah sebagai gedung ajaran sesat.
Lebih-lebih lagi isu ini melibatkan mahasiswa yang sepatutnya pada usia sebegini mereka lebih didedahkan dengan ilmu agama yang sebenarnya.
Anak saya memberitahu bahawa kumpulan ini pada peringkat awalnya melibatkan kelas pengajaran dan pemahaman Al-Quran yang dilakukan secara tersusun dan rahsia. Ramai di kalangan ahli terdiri daripada profesional seperti doktor, jurutera, peguam, pensyarah dan pengatur cara.
Sasaran yang berpotensi untuk didekati ialah kawan rapat secara individu yang menyebabkan ianya berkembang tanpa diketahui umum seperti mana yang terjadi kepada anak saya ini.
Selain itu, kerahsiaan atau dalam bahasa arab dipanggil sebagai "sir" yang begitu tinggi dapat dilihat melalui tempat belajar yang berubah-ubah, transit kereta, menutup mata dalam perjalanan, eksploitasi kewangan atas nama pembelajaran Al-Quran. Kerahsiaan nama penyampai pengajian dan tidak membenarkan pengajian ini diketahui umum.
Keahlian sesama ahli dalam gerakan juga dirahsiakan, malah mempunyai beberapa lapisan kepimpinan yang tidak dapat dikenal pasti. Mereka bergerak melalui sel-sel kecil di mana anggota antara sel ini tidak mengenali anggota sel yang lain dan tidak mengetahui nama dan maklumat penyampai dan pimpinan atasan.
Sebelum memasuki kelas tilawah, mereka dikehendaki membayar wang `taubat' dengan nilai minimum RM 300. Ini adalah tambahan kepada RM 1000 yang telah dibayar untuk menyertai kelas ini sebagai pendaftaran awal, RM 60 bulanan, RM 70 untuk pembelian barang keperluan dan RM 3500 untuk bayaran melawat "Negara Islam".
Cara pengajaran dilakukan secara tidak normal seperti menutup mata, masa yang tidak menentu berdasarkan panggilan telefon, pertanyaan bertubi-tubi dan proses memerangkap peserta dengan idea ajaran dengan justifikasi ayat alQuran yang ditafsir secara literal mengikut tujuan dan kepentingan gerakan ini.
Bentuk nama, bayaran dan modus operandi juga boleh berubah-ubah mengikut keadaan tetapi bentuk asasnya sebagaimana yang sebutkan di atas.
Gerakan ini juga telah dipastikan bahawa mereka memberi maksud yang menyeleweng terhadap AI-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Antara contoh pemahaman yang dibawa bahawa baginda Rasulullah s.a.w diertikan tidak lebih dan penyampai risalah Allah dan melaksanakan arahan-Nya, malah orang lain juga adalah rasul.
Memberi pemahaman yang menyeleweng dalam melaksanakan ibadah, seperti tidak perlu solat jika berada pada zaman Jahiliyyah atau zaman Makkah, solat hanya di tempat yang aman. Mengeksploitasi kemampuan kewangan para ahli dengan mengenakan bayaran-bayaran tertentu termasuk yang berkala atas nama 'Daulah Islamiyyah'.
Menurut anak saya, kawan-kawannya yang sudah terpedaya dengan ajaran ini amat payah untuk melepaskan diri disebabkan sudah terikat dengan pembayaran tadi.
Gerakan ini bukan sahaja berlangsung di kolej anak saya sahaja malah telah tersebar di kolej kediaman kedua, ketiga dan kesebelas. Difahamkan bahawa terdapat individu daripada pentadbiran kolej sendiri yang menjadi dalang terhadap ajaran ini.
Cukup merisaukan saya kerana ibu bapa telah menghantar anak-anak ke universiti dengan harapan pihak pentadbiran universiti dapat menjaga dan membentuk jati diri yang mantap tetapi sebaliknya.
Maka, saya ingin membuat penegasan agar pihak pentadbiran universiti, kolej-kolej kediaman dan persatuan pelajar agar tidak memandang remeh perkara ini kerana ia umpama menggadaikan agama tercinta. Minta pihak bertanggungjawab dari jabatan agama Islam menyiasat perkara ini segera kerana ia sudah lama berleluasa!
Saya juga selaku bapa yang kecewa dengan kejadian yang menimpa ini menyeru agar seluruh masyarakat Islam mengambil sikap berhati-hati memantau ahli keluarga di dalam mengikuti pembelajaran agama terutama sekali berkait rapat dengan modusoperandi sebegini.
Pemuda sepatutnya dapat membezakan kebenaran dan kebatilan dengan waras di samping mereka ini perlu diberikan pedoman agama yang tidak memesongkan [sumber: majalah i & terjah.com].
BAPA KECEWASekinchanSelangor Darul Ehsan

Label:
universiti malaya
Subscribe to:
Comments (Atom)