Wednesday, July 17, 2013

Qayyum menulis - "Di Mana Mereka Akan Berada?"

source

Tarikh 9 Ogos yang lepas menyaksikan serbuan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di sebuah premis rumah kedai di bermula jam 11.30 pagi di Pusat Komersial Taman Oakland, Seremban 2, Negeri Sembilan. Mereka yang diserbu dan ditahan itu didakwa atas kesalahan terlibat dengan pengajian agama tanpa tauliah.

Walaupun masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak berwajib, desas-desus daripada beberapa bloggers di internet seperti suarajagat, mendakwa kumpulan tersebut adalah kumpulan Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) yang seketika dahulu popular di akhbar tabloid Malaysia (saya tidak ingat samada Kosmo atau Harian Metro). Hal ini ditambah lagi dengan wawancara TV3 dengan ketua operasi serbuan, Mohd Zul Sidek samada kumpulan ini terlibat dengan pergerakan Negara Islam Indonesia (NII), nama lain GPK.

Saya tidak mahu bercerita mengenai GPK, anda boleh mendapat maklumat kesesatan ajaran mereka di pelbagai laman web, lebih baik anda rujuk dan fahaminya sendiri. Namun yang saya mahu persoalkan di sini (andai mereka adalah daripada GPK) ialah bagaimana keadaan mereka yang terlibat samada yang telah ditahan Ahad lalu dan yang masih bebas di luar sana? Satu perkara yang anda faham, mereka bermatlamatkan penubuhan Negara Islam Indonesia di Wilayah Malaya (harus difahami, gagasan Islam mereka berbeza dengan gagasan Islam yang dibawa oleh jemaah–jemaah Islam seperti PAS, JIM, ABIM dan laian- lain, akidah mereka juga terpesong).

Dengan kata lain, mereka bukan sahaja terlibat dalam soal penyebaran ajaran sesat bahkan bolah dianggap membawa ancaman kepada keselamatan Kerajaan Negara Malaysia yang sedia ada.



Di sini saya terfikir, di mana yang lebih diutamakan pihak berwajib, soal akidah mereka atau soal cita–cita mereka?

Saya bangkitkan persoalan di sini kerana fokus pihak berwajib akan mempengaruhi hukuman dan label kepada mereka yang terlibat. Contoh mudah, kalau pihak berkuasa memfokuskan pada isu keselamatan negara (bahkan TV3 sudahpun menggelar mereka sebagai radikal), saya percaya mereka akan bulat–bulat ditahan dalam ISA. Saya ketepikan dahulu soal kredibiliti ISA, tetapi, adakah dengan kemasukan mereka dalam ISA akan menyelesaikan masalah yang sebenarnya?

Jika kita lihat penahanan ISA yang dikenakan kepada Ashaari Muhammad, pemimpin al-Arqam yang bercita–cita memimpin negara ini dengan meramalkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke-5 (sekarang sudah PM ke-6), adakah isu al-Arqam selesai sepenuhnya?

Bukannya kita tidak tahu al-Arqam masih bergerak lagi dengan dijenamakan semula sebagai Rufaqa dan kemudiannya Global Ikhwan. Sekarang mereka mampu hidup aman dan mewah dengan perniagaan–perniagaan mereka, daripada kedai runcit sampailah pengangkutan awam. Adakah mereka dibiarkan begitu kerana mereka tidak lagi menzahirkan cita-cita mereka untuk menawan Malaysia?

Tetapi bagaimana dengan akidah mereka yang terpesong dengan mendewa-dewakan Ashaari disamping pengamalan Aurad Muhammadiah? Adakah mereka akan dibanteras dan dipulihkan pegangan mereka? Hal yang sama saya bimbang berlaku kepada para pengikut GPK.

Saya bimbang, pihak berwajib sibuk mahu memburu mereka dan mencampakkan mereka ke Kemunting, tetapi soal akidah mereka tidak selesai. Yang lebih saya bimbangkan, mereka boleh menggunakan hujah mereka ditahan itu sebagai satu ujian bagi mereka lantaran ‘kebenaran’ yang mereka bawakan. Pastinya pengikut yang taksub yang tidak dipulihkan dengan dijernihkan semula akidah mereka akan bertambah taksub dengan hujah sebegini.

Di sinilah saya kira, kita perlu menilai semula fokus dan bentuk hukuman yang perlu diambil bagi menangani ajaran sesat yang semakin berleluasa di Malaysia.

Apakah pendekatan yang benar–benar sesuai? Bagaimana sepatutnya pihak berwajib menangani mereka yang terlibat? Kerana secara asasnya kita boleh klasifikasikan mereka yang terlibat dalam ajaran sesat ini kepada dua kumpulan. Kumpulan pemimpin dan yang dipimpin.

Kedua–dua kumpulan ini ada keterikatannya tersendiri dengan ajaran mereka. Kumpulan pemimpin ajaran sesat, lazimnya tahu kesesatan dan kesalahan mereka, tetapi tidak diendahkan kerana keuntungan yang mereka perolehi daripada penglibatan mereka. Samada berbentuk material, pengaruh, dan kuasa. Mereka bersifat manipulative ke atas pengikut–pengikut mereka. Mereka bijak menggunakan ruang yang ada untuk mendapatkan kesetiaan pengikut mereka dengan memanipulasi maklumat, mengada–adakan cerita, disamping juga menokok tambah dan meminda ajaran Islam bagi mendapat kepercayaan pengikut–pengikut.

Penyakit tidak mahu terima kebenaran ini adalah warisan daripada Abu Jahal dan Abu Lahab bersama–sama pembesar Quraisy yang kafir. Bukannya mereka bodoh dalam menilai kebenaran dan kesucian ajaran Islam, tetapi mereka begitu degil dan angkuh dalam mengakui kebenaran




Islam dan mengaku kepincangan mereka sebelum ini. Kerana bimbang hilangnya status mereka sebagai pembesar dan pemimpin masyarakat, mereka sanggup menipu diri sendiri. Dan habuannya, lihat sajalah kenderaan–kenderaan mewah milik pimpinan GPK yang diserbu.

Untuk makluman anda, ahli–ahli di bawah diminta membayar wang yang cukup tinggi sebagai sumbangan mereka kepada perjuangan ‘Islam’. Kemudian, ke manakah duit itu akan pergi?

Kumpulan yang dipimpin atau golongan pengikut pula terikat dengan janji dan taat setia kepada kumpulan atau lebih mudah, taksub. Taksub pada kelebihan kelebihan dan janji–janji yang ditawarkan oleh pemimpin. Yang lazim berlaku ialah apabila mereka yang tercari–cari kebenaran dalam beragama, tiba–tiba didatangi oleh kumpulan kumpulan seumpama ini, diberi penerangan tentang agama, dikaitkan dengan permaslahan yang berlaku hari ini, dimaklumkan semua kerosakan dunia dan kepincangan sosial berlaku kerana masyarakat tidak berpegang ajaran ‘Islam yang sebenar’.

Kemudian kumpulan–kumpulan ini mendakwa merekalah kumpulan yang bangun sebagai gerakan ‘Islam yang sebenar’, dan menyalahkan semua jemaah Islam yang lain. Mereka yang baru tercari–cari erti hidup beragama memang mudah terpesona apabila mendapati bukan salah mereka tidak beragama dengan sempurna sebelum ini, tetapi salah masyarakat yang memang tidak tahu beragama, ustaz ustazah, alim ulama’, menteri–menteri, semuanya tidak tahu beragama, sebab itulah masyarakat pincang.

Oleh itu, mereka akan rasa terpilih kerana didekati kumpulan yang betul–betul ‘beragama’ dan diberi lagi hujah–hujah untuk mengikat mereka sehingga membentuk ketaksuban mereka kepada kumpulan sesat itu.

Permasalahannya, di mata pihak berkuasa, adakah mereka memandang mereka dua kumpulan berbeza yang perlu dirawat dengan kaedah yang berbeza bagi membanteras ajaran sesat yang dibawa?

Mengikut pandangan Islam, secara asasnya, bagi mereka yang mengaku keislaman mereka tetapi mempermainkan ajaran agama Islam, siasatan akan dibuat bagi memastikan kedudukan mereka samada mereka jahil atau mereka sengaja mempermainkan akidah.

Bagi mereka yang sengaja mempermainkan akidah, boleh disabitkan kepada kesalahan murtad dan tentu sahaja akan membawa kepada hukuman bunuh mandatori. Sudah pasti sebelum itu ruang taubat dibuka kepada mereka dahulu. Bagi yang jahil, sudah pasti akan dibuka ruang pemulihan akidah bagi membetulkan pandangan mereka mengenai ajaran Islam yang sebenar.

Andai setelah dibuka ruang, diberi ilmu tetapi mereka masih berpegang kepada akidah yang sesat dan bahaya itu, jika sampai disabitkan kepada kesalahan seperti di atas, hukuman bunuh mandatori dikenakan.

Persoalannya, adakah pihak berwajib mampu atau mahu laksanakan ini?

Ataupun lebih mudah mereka menghumbankan semua dalam lokap ISA, soal akidah yang terpesong? Entahlah, mungkin soal akidah masyarakat Islam tidak mengganggu keselamatan politik pihak berwajib. Jadi, saya tanyakan semula, di mana mereka akan berada?





*Artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum adalah bersifat perkongsian idea semata–mata. Semua pihak bebas menyalin semula dan/atau menyebarkan apa–apa artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum.

Universiti Malaya dan Pemuda Kahfi

source

Pemuda Kahfi - Ajaran sesat di UM?


SAYA berasa terpanggil untuk mem­buat pendedahan mengenai aktiviti gerakan ajaran sesat yang kini melanda negara kita.

Untuk pengetahuan, anak saya yang sedang menuntut di Univers­iti Malaya dan tinggal di Kolej Kediaman Raja DR. Nazrin Shah telah mencerita­kan kepada saya tentang pengalaman­nya yang hampir terlibat dengan ajaran kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pemuda Kahfi setelah dipujuk rayu oleh rakan-rakannya.

Saya amat terkejut dengan pen­gakuannya kerana setahu saya anak sa­ya merupakan seorang anak yang taat dan patuh dengan ajaran Islam. Saya ju­ga sama sekali tidak percaya bagaimana sebuah IPTA terkemuka sebegini am­at terdedah dengan risiko ajaran sesat yang tidak sepatutnya berlaku seolah-­olah sebagai gedung ajaran sesat.

Leb­ih-lebih lagi isu ini melibatkan mahasiswa yang sepatutnya pada usia sebegini mereka lebih didedahkan dengan ilmu agama yang sebenarnya.

Anak saya memberitahu bahawa kumpulan ini pada peringkat awalnya melibatkan kelas pengajaran dan pema­haman Al-Quran yang dilakukan secara tersusun dan rahsia. Ramai di kalangan ahli terdiri daripada profesional seper­ti doktor, jurutera, peguam, pensyarah dan pengatur cara.

Sasaran yang berpo­tensi untuk didekati ialah kawan rapat secara individu yang menyebabkan ian­ya berkembang tanpa diketahui umum seperti mana yang terjadi kepada anak saya ini.

Selain itu, kerahsiaan atau dalam bahasa arab dipanggil sebagai "sir" yang begitu tinggi dapat dilihat melalui tem­pat belajar yang berubah-ubah, transit kereta, menutup mata dalam perjala­nan, eksploitasi kewangan atas nama pembelajaran Al-Quran. Kerahsiaan nama penyampai pengajian dan tidak membenarkan pengajian ini diketa­hui umum.

Keahlian sesama ahli dalam gerakan juga dirahsiakan, malah mem­punyai beberapa lapisan kepimpinan yang tidak dapat dikenal pasti. Mereka bergerak melalui sel-sel kecil di mana anggota antara sel ini tidak mengenali anggota sel yang lain dan tidak menge­tahui nama dan maklumat penyampai dan pimpinan atasan.

Sebelum memasuki kelas tilawah, mereka dikehendaki membayar wang `taubat' dengan nilai minimum RM 300. Ini adalah tambahan kepada RM 1000 yang telah dibayar untuk menyertai ke­las ini sebagai pendaftaran awal, RM 60 bulanan, RM 70 untuk pembelian barang keperluan dan RM 3500 untuk bayaran melawat "Negara Islam".

Cara pengajaran dilakukan secara tidak nor­mal seperti menutup mata, masa yang tidak menentu berdasarkan panggilan telefon, pertanyaan bertubi-tubi dan proses memerangkap peserta dengan idea ajaran dengan justifikasi ayat al­Quran yang ditafsir secara literal mengi­kut tujuan dan kepentingan gerakan ini.

Bentuk nama, bayaran dan modus ope­randi juga boleh berubah-ubah mengi­kut keadaan tetapi bentuk asasnya seb­agaimana yang sebutkan di atas.

Gerakan ini juga telah dipastikan bahawa mereka memberi maksud yang menyeleweng terhadap AI-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Anta­ra contoh pemahaman yang dibawa ba­hawa baginda Rasulullah s.a.w diertikan tidak lebih dan penyampai risalah Allah dan melaksanakan arahan-Nya, malah orang lain juga adalah rasul.

Memberi pemahaman yang menyeleweng dalam melaksanakan ibadah, seperti tidak per­lu solat jika berada pada zaman Jahili­yyah atau zaman Makkah, solat hanya di tempat yang aman. Mengeksploitasi kemampuan kewangan para ahli dengan mengenakan bayaran-bayaran ter­tentu termasuk yang berkala atas nama 'Daulah Islamiyyah'.

Menurut anak saya, kawan-kawa­nnya yang sudah terpedaya dengan aja­ran ini amat payah untuk melepaskan diri disebabkan sudah terikat dengan pembayaran tadi.

Gerakan ini bukan sahaja berlangsung di kolej anak sa­ya sahaja malah telah tersebar di kolej kediaman kedua, ketiga dan kesebelas. Difahamkan bahawa terdapat indivi­du daripada pentadbiran kolej sendiri yang menjadi dalang terhadap ajaran ini.

Cukup merisaukan saya kerana ibu bapa telah menghantar anak-anak ke universiti dengan harapan pihak pen­tadbiran universiti dapat menjaga dan membentuk jati diri yang mantap tetapi sebaliknya.

Maka, saya ingin membuat pen­egasan agar pihak pentadbiran univers­iti, kolej-kolej kediaman dan persatuan pelajar agar tidak memandang remeh perkara ini kerana ia umpama meng­gadaikan agama tercinta. Minta pihak bertanggungjawab dari jabatan agama Islam menyiasat perkara ini segera ker­ana ia sudah lama berleluasa!

Saya juga selaku bapa yang kece­wa dengan kejadian yang menimpa ini menyeru agar seluruh masyarakat Is­lam mengambil sikap berhati-hati me­mantau ahli keluarga di dalam mengi­kuti pembelajaran agama terutama sekali berkait rapat dengan modus­operandi sebegini.

Pemuda sepatutnya dapat membezakan kebenaran dan ke­batilan dengan waras di samping mer­eka ini perlu diberikan pedoman agama yang tidak memesongkan [sumber: majalah i & terjah.com].

BAPA KECEWASekinchanSelangor Darul Ehsan

Thursday, June 02, 2011

Khabar Gerakan Al Kahfi, masih adakah di tempat anda?

Gerakan ini saya percaya masih wujud, cuma kewujudannya kemungkinan diperlahankan. Sekiranya anda mendengar sanak saudara, pasangan atau kenalan anda mengikuti gerakan ini, email kepada kami di gerakan.kahfi [at] gmail.com

Terima Kasih

Monday, August 10, 2009

Bayar Ikat Jamin RM3000 dikurangkan

sumber

18 didakwa sebar dakyah bertentangan Islam

SEREMBAN: Lapan belas orang termasuk lima wanita, kebanyakannya remaja, dihadapkan ke Mahkamah Syariah di sini semalam kerana mengajar tanpa tauliah dan dikesan menyebarkan dakyah bertentangan dengan Islam.

Mereka dibawa ke mahkamah dalam tiga kenderaan berasingan.

Dua lelaki yang berusia lewat 20-an dibawa ke pekarangan mahkamah lebih awal dan dikenakan pertuduhan di hadapan Majistret Hamizam Mohd. Nor.

Bagaimanapun pasukan pendakwa raya yang terdiri daripada Mohd. Sazrin Abd. Aziz dan Nora Md. Nazri memohon tarikh baru untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 kerana menyebarkan ajaran agama Islam yang tidak mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Pasukan pendakwa meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 ke atas setiap tertuduh itu dengan dua penjamin memandangkan kedua-dua mereka bukan berasal dari Negeri Sembilan dan telah melakukan kesalahan serius.

Hamizam membenarkan ikat jamin RM2,500 manakala sebutan semula kes ditetapkan 14 September.

Dalam pada itu, 16 yang lain termasuk lima wanita, awal 20-an, dituduh bersubahat dengan kedua-dua mereka.

Pasukan pendakwa juga memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000. Bagaimanapun mereka merayu agar dikurangkan antara RM1,000 dan RM1,500 kerana tidak mampu menyediakan jumlah tersebut.

Hamizam menetapkan RM1,800 dengan seorang penjamin.

Kes mereka juga akan disebut semula pada tarikh yang sama. Kelmarin, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINA) telah menahan 20 anggota dipercayai dari sebuah kumpulan radikal Islam dalam operasi khas di Taman Perindustrian Oakland di sini.

JHEAINS turut menahan seorang lelaki berpakaian kemas dan berkereta mewah berusia 28 tahun, dipercayai ketua kumpulan itu.

Ketua Operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata, kumpulan lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an ditahan ketika menjalankan kuliah mereka.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jika anggota kumpulan itu mempunyai kaitan dengan pergerakan Negara Islam Indonesia (NII), yang didakwa berjuang menubuhkan sebuah negara Islam.

Katanya, anggota kumpulan itu ditahan atas kesalahan mengajar tanpa tauliah dan dikesan menyebarkan dakyah yang bertentangan dengan Islam.

Menurutnya, kegiatan kumpulan itu dimaklumkan kepada mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah melakukan beberapa tangkapan terhadap anggota kumpulan itu di negeri itu.

Mohd. Zol berkatam anggota kumpulan itu akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Katanya, kumpulan itu sudah mula begerak sejak 1998 tetapi hanya aktif pada 2003.

Lagi Liputan Tangkapan di Negeri Sembilan

20 pengikut ajaran sesat ditahan


SEBAHAGIAN pengikut ajaran sesat yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan bersama polis di Taman Perindustrian Oakland, Seremban, semalam.


SEREMBAN 9 Ogos - Seramai 20 pengikut ajaran sesat ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama polis di Taman Perindustrian Oakland, Seremban 2 di sini hari ini.

Dalam operasi yang bermula pukul 11 pagi itu, kesemua mereka terdiri daripada lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an sedang asyik mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang 'pendakwah' berusia 28 tahun di sebuah rumah kedai di kawasan berkenaan.

Ketua Operasi JHEAINS, Mohd. Zul Sidek memberitahu, kumpulan tersebut dipercayai berada di premis itu sejak semalam dan bermalam di situ kononnya untuk proses 'tarbiah'.

"Hasil risikan yang dibuat sejak beberapa hari lalu, kami mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah kumpulan yang mencurigakan di kawasan Taman Perindustrian Oakland," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi yang turut disertai pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu turut menahan pendakwah berkenaan untuk disoal siasat.

"Kami masih menyiasat latar belakang kumpulan ini dan ajaran yang dibawanya. Sebagai maklumat awal, kami dapati ketua mereka tidak mempunyai sebarang tauliah untuk mengajar agama di negeri ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan, kumpulan itu mempunyai persamaan dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan di Indonesia iaitu Negara Islam Indonesia (NII). NII dikatakan membawa ideologi antikerajaan serta menolak al-Quran dan Hadis.

Mohd. Zul memberitahu, kumpulan ini dipercayai bergerak aktif di sekitar kawasan Lembah Klang dan Selangor.

"Kumpulan ini mula dikesan pada tahun 1998 dan bergerak aktif pada tahun 2003 di sekitar Ampang dan beberapa kawasan di Lembah Klang dan Selangor dengan pengikut lebih 2,000 orang. Ini merupakan kes pertama yang dikesan di Negeri Sembilan.

"Hasil serbuan yang dilakukan ini, kami dapati kumpulan itu cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjadikan markas mereka di sebuah premis yang tersembunyi," katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003. Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian mendapati, pengikut ajaran sesat itu terdiri daripada golongan belia dan profesional.

Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk siasatan lanjut.


=================


p/s: NII faksi Komanden Wilayah 9 dikenali mengambil al-Quran sahaja, tetapi tafsiran mengikut faham Mabadiuts Tsalasah (Prinsip Tiga)

Liputan Tangkapan di Negeri Sembilan

Kelas agama tanpa tauliah diserbu

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my


PENGIKUT kumpulan menaiki trak polis untuk siasatan lanjut dalam operasi di Seremban, semalam.

Kumpulan boleh ancam keselamatan negara

SEREMBAN: Sebuah kumpulan diketuai golongan profesional serta mensasarkan golongan muda untuk mempelajari ilmu agama dan dikenakan tindakan di Selangor tahun lalu, diserbu dalam operasi bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) dan polis di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi di tingkat tiga rumah kedai di Kawasan Perniagaan Oakland dekat sini itu, seramai 20 orang yang kebanyakan berumur awal 20-an ditahan ketika sedang mengikuti kelas agama.

Ketua operasi Jains, Mohd Zol Sidek, berkata semua yang ditahan dengan sebahagiannya perempuan dan berasal dari sekitar Lembah Klang datang ke sini kelmarin dan bermalam di rumah kedai itu.


Katanya, ketua kumpulan itu, seorang profesional dari Kuala Lumpur turut ditahan dan siasatan teliti terhadapnya sedang dilakukan.


"Kumpulan itu ditubuhkan di Selangor pada 1998 dan bergerak aktif pada 2003. Tahun lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bertindak terhadap kumpulan itu kerana mengajar agama tanpa tauliah dan memperkenalkan doktrin palsu," katanya ketika ditemui di kawasan rumah kedai itu, semalam.

Mohd Zol berkata, serbuan itu dilakukan dengan kerjasama Jais yang memaklumkan bahawa anggota kumpulan itu akan mengadakan kegiatan mereka di sini.

Katanya, mengajar agama tanpa tauliah menyalahi Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda hingga RM3,000 atau penjara dua tahun.

Siasatan katanya, sedang dilakukan dan enggan mengesahkan sama ada ajaran kumpulan itu bertentangan dengan Islam.

Dua lelaki yang dipercayai pemimpin kumpulan itu dibawa secara berasingan menaiki sebuah kereta dan van, manakala pengikut dibawa menaiki trak polis.

Pemilik restoran di tingkat bawah rumah kedai itu memberitahu Berita Harian, kumpulan itu menyewa di tingkat tiga bangunan itu sejak setahun lalu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kumpulan itu boleh mengancam keselamatan negara dengan selain mengamalkan ajaran sesat, ia mempunyai agenda tersembunyi dengan mengambil masuk ahli untuk tujuan tertentu.

Sunday, August 09, 2009

Pengikut ditangkap

sumber

20 pengikut kumpulan radikal ditahan di NS

Dipercayai anggota kumpulan Negara Islam Indonesia

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINs) telah menahan 20 anggota dipercayai dari sebuah kumpulan radikal Islam dalam operasi khas di Taman Perindustrian Oakland di sini semalam.

Dalam operasi bermula 11 pagi tadi di sebuah rumah kedai tingkat atas sebuah restoran Cina di Jalan Haruan di sini, JHEAINS turut menahan seorang lelaki berpakaian kemas dan berkereta mewah berusia 28 tahun, dipercayai ketua kumpulan itu.

Ketua Operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata kumpulan lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an ditahan ketika menjalankan kuliah mereka.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jika anggota kumpulan itu mempunyai kaitan dengan pergerakan Negara Islam Indonesia (NII), yang didakwa berjuang menubuhkan sebuah negara Islam.

"Buat masa ini, kita belum dapat kaitkan kumpulan ini dengan NII kerana masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi operasi itu di sini.

Katanya anggota kumpulan itu ditahan atas kesalahan mengajar tanpa tauliah dan dikesan menyebarkan dakyah yang bertentangan dengan Islam.

Menurutnya, kegiatan kumpulan itu dimaklumkan kepada mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah melakukan beberapa tangkapan terhadap anggota kumpulan itu di negeri itu.

Mohd. Zol berkatam anggota kumpulan itu akan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Katanya, kumpulan itu sudah mula begerak sejak 1998 tetapi hanya aktif pada 2003.

Sumber Bernama memberitahu kumpulan NII ditubuhkan di Indonesia untuk tujuan menegakkan sebuah negara Islam tetapi berkiblatkan ajaran agama yang agak radikal.

Mengikut ajaran kumpulan itu, orang bukan Islam harus diperangi serta orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka dianggap bukan Islam. BERNAMA

Ustaz Muda Berkereta Mewah?

Sangsi ajaran guru muda

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my


SEREMBAN: Mengejutkan apabila ketua kumpulan ajaran tidak bertauliah berusia lewat 20-an, mampu hidup senang dengan memandu kereta mewah.

Lelaki yang dipercayai daripada golongan profesional itu dikatakan menjadi ketua sekumpulan pengikut ajarannya sejak setahun lalu.

Dia disyaki bertindak sebagai tenaga pengajar kepada kumpulan yang menjadikan bangunan sebuah rumah kedai di Kawasan Perniagaan Oakland di sini, sebagai markas operasi.

Lebih misteri apabila semua pengikut ajaran kumpulan itu golongan muda dipercayai lepasan sekolah berusia awal 20-an.

Kumpulan itu dipercayai berselindung di sebalik pusat menganjurkan kursus perkahwinan sejak setahun lalu.

Mereka hanya mengadakan ‘kelas’ sekali atau dua kali sebulan pada hujung minggu dan bermalam di tingkat tiga bangunan rumah kedai yang disewa itu.

Markas operasi kumpulan itu bagaimanapun diserbu sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan bantuan polis kira-kira jam 7 pagi, semalam.

Ketua Operasi JHEAINS, Mohd Zol Sidek, berkata dalam serbuan itu, pihaknya menahan 20 orang termasuk perempuan yang dipercayai pengikut ajaran berkenaan.

“Seorang lelaki berusia lewat 20-an, dipercayai ketua kumpulan itu dari Lembah Klang turut ditahan.

“Kumpulan itu ditubuhkan di Selangor sejak 1998 dan bergerak aktif pada 2003. Tahun lalu, Jais bertindak terhadap kumpulan itu kerana mengajar agama tanpa tauliah dan memperkenalkan doktrin mengelirukan,” katanya.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan dengan kerjasama Jais yang memaklumkan anggota kumpulan berkenaan akan mengadakan kegiatan mereka di sini, semalam.

Menurutnya, mengajar agama tanpa tauliah menyalahi Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM3,000 atau dua tahun penjara.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenai ajaran kumpulan itu dan belum dapat dipastikan sama ada ia bertentangan ajaran Islam atau sebaliknya.

“Seramai 30 anggota penguat kuasa JHEAINS dan Jais dengan dibantu 30 anggota polis menyertai serbuan itu,” katanya.

Tinjauan mendapati jabatan agama dan polis turut membawa turun beberapa dokumen dan peralatan daripada pusat berkenaan.

Dua lelaki dipercayai pemimpin kumpulan itu dibawa secara berasingan menaiki sebuah kereta dan van, manakala kumpulan pengikut dibawa menaiki trak polis.

Serbuan itu mengejutkan orang ramai di kawasan sekitar kerana mereka langsung tidak menyangka bangunan itu digunakan kumpulan ajaran terbabit.


Pengikut Kuliah Sesat dan Sifoo Berkereta Mewah ditangkap di SEREMBAN

sumber

20 ahli kumpulan sesat ditahan


Sebahagian daripada wanita yang ditahan ketika berada di sebuah premis di Seremban semalam.


SEREMBAN - Seramai 20 orang dipercayai anggota salah sebuah kumpulan radikal Islam di Taman Perindustrian Oakland di sini semalam terkedu apabila premis tempat mereka 'berkuliah' digempur Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Dalam operasi bermula 11 pagi di sebuah rumah kedai tingkat atas di sini, JHEAINS turut menahan seorang lelaki berpakaian kemas dan berkereta mewah berusia 28 tahun, dipercayai ketua kumpulan itu.

Ketua Operasi JHEAINS Mohd. Zul Sidek berkata, kumpulan lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an ditahan ketika mereka menjalankan kuliah mereka.

"Ahli kumpulan itu dipercayai telah berada di premis tersebut sejak semalam (kelmarin) dan mereka bermalam di situ," kata beliau selepas operasi berkenaan di sini.

Katanya, anggota kumpulan itu ditahan atas kesalahan mengajar tanpa tauliah dan dikesan menyebarkan dakyah yang bertentangan dengan Islam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jika anggota kumpulan itu mempunyai kaitan dengan pergerakan Negara Islam Indonesia (NII) atau Gerakan Pemuda Kahfi (GPK), yang didakwa berjuang menubuhkan sebuah negara Islam.

"Buat masa ini, kita belum dapat kaitkan kumpulan ini dengan Pemuda Kahfi kerana masih dalam siasatan," kata beliau.

Tuesday, December 30, 2008

Santri Universiti Malaya kepingin berAlQuran dengan al Kahfi


source

Pemuda Kahfi - Ajaran Sesat di UM?
Terjah Bongkar!Saya berasa terpanggil untuk mem­buat pendedahan mengenai aktiviti gerakan ajaran sesat yang kini melanda negara kita. Untuk pengetahuan, anak saya yang sedang menuntut di Univers­iti Malaya dan tinggal di Kolej Kediaman Raja DR. Nazrin Shah telah mencerita­kan kepada saya tentang pengalaman­nya yang hampir terlibat dengan ajaran kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pemuda Kahfi setelah dipujuk rayu oleh rakan-rakannya.

Saya amat terkejut dengan pen­gakuannya kerana setahu saya anak sa­ya merupakan seorang anak yang taat dan patuh dengan ajaran Islam. Saya ju­ga sama sekali tidak percaya bagaimana sebuah IPTA terkemuka sebegini am­at terdedah dengan risiko ajaran sesat yang tidak sepatutnya berlaku seolah-­olah sebagai gedung ajaran sesat. Leb­ih-lebih lagi isu ini melibatkan mahasiswa yang sepatutnya pada usia sebegini mereka lebih didedahkan dengan ilmu agama yang sebenarnya.

Anak saya memberitahu bahawa kumpulan ini pada peringkat awalnya melibatkan kelas pengajaran dan pema­haman Al-Quran yang dilakukan secara tersusun dan rahsia. Ramai di kalangan ahli terdiri daripada profesional seper­ti doktor, jurutera, peguam, pensyarah dan pengatur cara. Sasaran yang berpo­tensi untuk didekati ialah kawan rapat secara individu yang menyebabkan ian­ya berkembang tanpa diketahui umum seperti mana yang terjadi kepada anak saya ini.

Selain itu, kerahsiaan atau dalam bahasa arab dipanggil sebagai "sir" yang begitu tinggi dapat dilihat melalui tem­pat belajar yang berubah-ubah, transit kereta, menutup mata dalam perjala­nan, eksploitasi kewangan atas nama pembelajaran Al-Quran. Kerahsiaan nama penyampai pengajian dan tidak membenarkan pengajian ini diketa­hui umum. Keahlian sesama ahli dalam gerakan juga dirahsiakan, malah mem­punyai beberapa lapisan kepimpinan yang tidak dapat dikenal pasti. Mereka bergerak melalui sel-sel kecil di mana anggota antara sel ini tidak mengenali anggota sel yang lain dan tidak menge­tahui nama dan maklumat penyampai dan pimpinan atasan.

Sebelum memasuki kelas tilawah, mereka dikehendaki membayar wang `taubat' dengan nilai minimum RM 300. Ini adalah tambahan kepada RM 1000 yang telah dibayar untuk menyertai ke­las ini sebagai pendaftaran awal, RM 60 bulanan, RM 70 untuk pembelian barang keperluan dan RM 3500 untuk bayaran melawat "Negara Islam". Cara pengajaran dilakukan secara tidak nor­mal seperti menutup mata, masa yang tidak menentu berdasarkan panggilan telefon, pertanyaan bertubi-tubi dan proses memerangkap peserta dengan idea ajaran dengan justifikasi ayat al­Quran yang ditafsir secara literal mengi­kut tujuan dan kepentingan gerakan ini. Bentuk nama, bayaran dan modus ope­randi juga boleh berubah-ubah mengi­kut keadaan tetapi bentuk asasnya seb­agaimana yang sebutkan di atas.

Gerakan ini juga telah dipastikan bahawa mereka memberi maksud yang menyeleweng terhadap AI-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Anta­ra contoh pemahaman yang dibawa ba­hawa baginda Rasulullah s.a.w diertikan tidak lebih dan penyampai risalah Allah dan melaksanakan arahan-Nya, malah orang lain juga adalah rasul. Memberi pemahaman yang menyeleweng dalam melaksanakan ibadah, seperti tidak per­lu solat jika berada pada zaman Jahili­yyah atau zaman Makkah, solat hanya di tempat yang aman. Mengeksploitasi kemampuan kewangan para ahli dengan mengenakan bayaran-bayaran ter­tentu termasuk yang berkala atas nama 'Daulah Islamiyyah'.
Menurut anak saya, kawan-kawa­nnya yang sudah terpedaya dengan aja­ran ini amat payah untuk melepaskan diri disebabkan sudah terikat dengan pembayaran tadi. Gerakan ini bukan sahaja berlangsung di kolej anak sa­ya sahaja malah telah tersebar di kolej kediaman kedua, ketiga dan kesebelas. Difahamkan bahawa terdapat indivi­du daripada pentadbiran kolej sendiri yang menjadi dalang terhadap ajaran ini. Cukup merisaukan saya kerana ibu bapa telah menghantar anak-anak ke universiti dengan harapan pihak pen­tadbiran universiti dapat menjaga dan membentuk jati diri yang mantap tetapi sebaliknya.
Maka, saya ingin membuat pen­egasan agar pihak pentadbiran univers­iti, kolej-kolej kediaman dan persatuan pelajar agar tidak memandang remeh perkara ini kerana ia umpama meng­gadaikan agama tercinta. Minta pihak bertanggungjawab dari jabatan agama Islam menyiasat perkara ini segera ker­ana ia sudah lama berleluasa!
Saya juga selaku bapa yang kece­wa dengan kejadian yang menimpa ini menyeru agar seluruh masyarakat Is­lam mengambil sikap berhati-hati me­mantau ahli keluarga di dalam mengi­kuti pembelajaran agama terutama sekali berkait rapat dengan modus­operandi sebegini. Pemuda sepatutnya dapat membezakan kebenaran dan ke­batilan dengan waras di samping mer­eka ini perlu diberikan pedoman agama yang tidak memesongkan [sumber: majalah i & terjah.com].


BAPA KECEWA Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.

Sumber : Majalah i (disember)
Majalah info Islam terbitan Krangkraf.
Dapatkan naskah anda di toko-toko buku sekarang!!!

Saturday, December 27, 2008

TAK IKTIRAF

sumber

Tak iktiraf Maahad Al-Zaytun


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi mengesahkan Universiti Maahad Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kerana tidak memenuhi instrumen kualiti dan standard ditetapkan kerajaan.

Mengulas lebih lanjut, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ir. Idris Haron berkata, kampus yang bertapak di republik itu pada asasnya gagal mengikut senarai kursus-kursus wajib serta jumlah kredit yang diselaraskan oleh MQA.

"Selain itu, hasil kajian kementerian mendapati program yang ditawarkan seperti Usuluddin didapati bukan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,'' katanya kepada Kosmo! semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz memberitahu, terdapat kira-kira 200 orang penuntut Malaysia belajar di universitu itu.

Universiti itu mula diragui apabila lokasi kampus itu terletak di satu kawasan yang dipercayai terangkum dalam wilayah 'kerajaan Islam tulen' bagi pengikut Ajaran MLM atau Ajaran Pemuda Al-Khafi.

Biarpun begitu, jelas Idris, pihaknya tiada kuasa untuk menghalang niat ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka belajar di sana meskipun universiti tersebut tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

"Kita tiada kuasa (halang), suka hati mereka tapi bila mana-mana pelajar balik dengan sijil atau diploma mereka, mereka tak akan diterima bekerja di agensi atau pun pejabat kerajaan di Malaysia," jelasnya.

Ditanya jika timbul sebarang masalah di kalangan pelajar di sana, katanya, kementerian akan campur tangan tetapi bukan merujuk individu itu sebagai seorang pelajar tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia.