Monday, April 24, 2006

Pesantren Zaytun,Sebuah Negara Islam

(webhost: tulisan ini saya siarkan hasil tulisan saudara Syahid Redha, sekiranya ada apa-apa pembetulan sila komen,semoga dilindungi Allah dari fitnah, dan inilah usaha kami untuk meluruskan agama Allah).

PERSENTREN AL ZAYTUN,
SEBUAH NEGARA ISLAM?
Oleh: Syahid Redha

Gerakan Ajaran Pemuda Kahfi yang aktif sejak 10 tahun lalu di Malaysia adalah cawangan Persentren Al Zaytun yang terletak di Mekar Jaya daerah Haur Geulis,Indramayu Jawa Barat Indonesia .Gerakan yang berkembang pesat di sekitar Lembah Klang ini makin aktif menyebarkan fahaman mereka dan kini sudah memasuki institusi pengajian tinggi awam.Tidak pula diketahui jumlah sebenar pengikutnya hanya boleh dianggarkan sekitar 50,000 orang Jumlah ini makin bertambah setiap hari kerana setiap ahli diwajibkan merekrut seramai mungkin ahli baru. Kebanyakan yang menjadi pengikutnya adalah dari golongan yang berkemampuan seperti ahli korporat,pegawai tinggi kerajaaan, pensyarah,usahawan,ahli politik,artis dan lain lain lagi. Pusat gerakan yang di panggil 'masjid' ini sering berubah-ubah untuk menjaga kahfi dan melindungi kegiatannya .Pengikut baru tidak mengenali pimpinan tertinggi mereka kerana menggunakan nama samaran dan berjumpa hanya di dalam program-program tertentu sahaja.

Di Indonesia, gerakan ini dipimpin bawah pimpinan Syeikh Abu Toto@AS Panji Gemilang dan lebih dikenali dengan panggilan 'Pimpinan Pasentren Al Zaytun', ia dibangunkan di atas sebidang tanah seluas 1200 hektar dengan kos jutaan rupiah pada 13 Ogos 1996. Kemudian ia telah dirasmikan oleh Presiden BJ Habibie pada 27 Ogos 1999.

Pada peringkat awal penubuhannya, yuran pendaftaran hanya dibayar dengan lembu .Oleh kerana nilai rupiah semakin rendah pihak pentadbiran Al Zaytun menetapkan USD 1500.00 untuk enam tahun pengajian. Pendaftaran awalnya menerima kemasukan 1200 orang murid kemudian bertambah kepada 7329 orang dalam masa lima tahun. Selepas itu yurannya dinaikkan lagi kepada USD 3000.00 atau 24 juta rupiah selama 6 tahun. Sewaktu mengadakan promosi pendidikannya di Malaysia tahun lalu, setiap pelajar baru hanya dikenakan bayaran RM 3,600.00 untuk pengajian selama 6 tahun sehingga ke peringkat sarjana. Setiap pelajar juga dijanjikan hadiah seekor lembu. Lebih 50 orang pelajar Malaysia telah mendaftar pada pengambilan baru Jun tahun lepas. Motto pendidikan Al Zaytun ialah 'Pusat Pendidikan dan Pengembangan Budaya Toleransi dan Budaya Perdamaian'

Syeikh Abu Toto bercita-cita ingin memperkenalkan persentren ini hingga ke peringkat antarabangsa. Tanah seluas 1200 hektar ini dimajukan dan dibahagikan kepada pendidikan,pertanian,penternakan dan prasarana lain seperti hospital,stadium,komplek pejabat,landasan kapal terbang dan masjid tujuh tingkat yang boleh memuatkan hingga 100,000.00 orang jemaah. Semuanya dibangunkan mengikut bainat tertentu dari ayat-ayat Al Quran.

Namun demikian , disebalik kemegahan pembangunan yang dimiliki, sumber dananya amatlah tidak jelas dan tidak telus. Pihak pentadbiran Al Zaytun enggan bekerjasama dengan kerajaan Republik Indonesia untuk mendedahkan sumber dana dan aktivitinya. Ia dilihat begitu kebal dan ini diakui sendiri oleh Menteri Agama RI ketika itu iaitu Prof. Dr. Said Agil Al Munawar bahkan secara detail diakui sendiri oleh penguasa Indramayu sendiri K.H Achmad Fudloli. Pelajar yang telah berdaftar tidak boleh dikeluarkan(webhost:sila beri rujukan). Mereka yang datang atas tiket individu tidak dibenarkan melawat(webhost:sila beri rujukan). Segala bukti tentang kesesatan Pesentren ini dilaporkan oleh bekas pengikutnya yang berpaling dan membentuk persatuan sendiri dalam Solidaritas Korban NII (SIKAT).Pada masa kini proses siasatan masih dijalankan dan ternyata sukar dibuktikan kerana tiada bukti hitam putih dan kurang kerjasama dari pihak persentren sendiri. Namun begitu, kerajaan Republik Indonesia merasakan bahawa Persentren yang termoden di Asia Tenggara ini masih mampu diselamatkan kerana boleh menjadi aset pendidikan berguna kepada negara ini.

Para Tokoh dan Pendukung

Tokoh utama gerakan ini adalah Abu Toto @ Sheikh AS (Abdus Salam) Panji Gumilang @ Sheikh Al Maahad @ Abu Ma'ariq @ Toto Salam @ Nur Alam Syah @ Syamsul Alam dari tahun 1992 hingga sekarang.

Profil Ringkas

Nama : Sheikh Abdus Salam Panji Gumilang
Lahir : Gresik, 30 Julai 1946
Agama : Islam
Isteri : Khotimah Rahayu, Khatimah binti E.Said @ Maysaroh, Faridah Al Widad, asal Banten.


Anak : Imam Prawoto
Ahmad Prawiro Utomo sekarang bernama Ahmad Is'yaim (Zaim)
: Ikhwan Triatmo sering dipanggil Abdul Hamid
: Khoirun Nisa
: Muhammad Hakim Prasojo
: Sofyah Alwida
: Karim Abdul Zabbar
Ayah : Panji Gumilang @ Syamsul Alam @ Mukarim @ Imam Rasyidi - seorang ketua kampung.
Pendidikan : IAIN Ciputat
: Pesantren Gontor
: Sekolah Rakyat di Gresik
: Sekolah Arab (Madrasah Gresik)
: mendapat gelaran Doktor HC dari IPMA London
Pengalaman bekerja: Syeikh Ma'had Al Zaytun Indramayu
- mengajar di Madrasah Darussalam Ciputat.

Tokoh lain

- Haji Abdul Karim @ Slamet
- Haji Muhammad Rais
- Haji Imam Supriyanto, wakil ketua Yayasan Pesentren Indonesia
- Nurdin Yahya @ Abdul Haq @ Joni @ Jaya @ Tsabit
- Asmadi @ Aseng @ Ali @ Syaifullah
- Handoko
- Djadjuli @ Robbi @ Habib
- Amin
- Mursyid
- Maktal
- Jamal
- Oji @ Abdul Halim
- Ilham @ Unang
- Abu Hafidz Dienullah @ Herman

Ada juga para tokoh dunia yang mendukung Ma'had ini dengan tidak melihat konteks Negara Islamnya. Tetapi sebagai sebuah persahabatan. Antara mereka:

Pendeta Rudolf Andreas Tendean (Pendeta Gereja Protestan Indonesia Barat)
Mr. Liang (Usahawan Tionghua, Taiwan). Diberi nama Lukman.
Mr. Sui Chi Lin, Ketua Perwakilan Dagang dan Ekonomi Taiwan.
John Rath, Second Secretary Kedutaan Besar AS
Prof. Dr. Robert W.Hefner, Guru Besar Antropologi Universiti Boston.
Datuk Paduka Sri Mir Khan, CEO Dinar & Dirham International Sdn Bhd, Malaysia.



Aqidah dan Pemikiran

1. Membahagikan tawhid itu kepada 3 bahagian, iaitu tawhid Rubbubiyah, tawhid Mulkiyyah dan Tawhid Ubudiyyah:

* Tawhid Rubbubiyah merujuk kepada Rabbi iaitu aturan dan sandaran perlembagaan Negara Islam berdasarkan (Al Quran dan As Sunnah).

* Tawhid Mulkiyyah merujuk kepada kawasan dan wilayah kekuasaan Negara Islam.

* Tawhid Ubudiyyah merujuk kepada penganut ,rakyat dan warganegara Islam.

2. Segala aturan,perintah dan arahan dari Negara Islam (NI) adalah sama dengan arahan Allah yang wajib dipatuhi.

3. Semua pekerja NI adalah malaikat di sisi Allah.

4. Kerasulan dan kenabian tidak berakhir dengan alasan setiap orang yang menyampaikan da'wah Islam bererti rasul Allah.

5. Al Quran diakui sebagai wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, namun manusia mempunyai kebebasan untuk menta'wil ,mentafsir dan membainat mengikut kehendak nafsu mereka baik ayat muhkamat dan mutasyabihat

6. Hari Qiamat adalah hari kebangkitan dan kemenangan mereka untuk isytihar futuh Mekah.

7. Salat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu salat actual dan ritual. Solat yang lebih utama mahunya Allah ialah solat actual iaitu segala bentuk aktiviti ,program yang ditetapkan oleh NI.Solat ritual ialah solat lima waktu tidak diwajibkan hingga setelah futuh.

8. Melakukan solat actual adalah bukti laksanakan Negara Islam yang hak dan ibadat paling utama dalam ajaran ini. Antaranya merekrut ahli baru,hafazan ayat Al Quran,dana,program dan menjadi umat Islam sepenuhnya dengan berhijrah ke Negara Islam (bersyahadah dan berbai'ah).

9. Menghalalkan apa jua cara bagi melaksanakan matlamatnya termasuk menipu, mencuri barang milik keluarga sendiri,syarikat dan kawan-kawan yang di luar golongan mereka kerana untuk memenangkan agama Allah.

10. Orang yang berada di luar golongan mereka adalah kafir ,munafik dan musyrik termasuk ibu bapa,adik beradik, golongan ulamak kerana mereka bukan warganegara Islam tetapi umat demokrasi.

11. Jika berlaku sebarang perlanggaran syariat Islam yang ditetapkan mereka akan dikenakan 'dam' yang harus dibayar dengan wang ringgit.

12. Dosa juga boleh ditebus dengan membayar wang taubat.

13. Ibadat korban bukanlah dengan menyembelih haiwan ternakan tetapi dengan mengorbankan wang ringgit dan harta benda bagi pembangunan NI.

14. Haram mengahwini pasangan yang di luar golongan mereka kerana ibarat berkahwin dengan orang kafir maka tidak sah perkahwinannya.

15. Negara Malaysia dianggap Mekah dan NI dianggap Madinah. Hanya yang telah berhijrah dan menjadi warganegara NI layak dipanggil umat Islam.

16. Syurga di akhirat hanya layak untuk mereka yang telah Islam iaitu kepada yang telah menjadi warganegara NI. Sebelum mendapat syurga di akhirat hendaklah terlebih dahulu mendapat 'syurga' di dunia .

17. Lailatul Qadar adalah hari diturunkan Al Quran kepada pengikut yang baru dalam sesi hijrah pertama. Ia menunjukkan Allah maha adil kerana Lailatul Qadar yang difahami sekarang hanya pada mereka yang bernasib baik dan berlaku sekali dalam setahun.

18. Isra' dan Mikraj merujuk kepada seseorang 'rasul' bertemu dengan pemimpin tertinggi dalam struktur organisasi NI.

19. Menutup aurat tidak diwajibkan kepada semua pengikutnya dengan alasan kahfi.

20. Setiap pengikut diwajibkan berjihad harta dan diri. Membayar infaq yang ditetapkan setiap bulan dan sanggup menjadi kuda tunggangan serta orang suruhan ulul amri mereka.

21. Harta milik pengikut mereka adalah milik Allah dan hendaklah diserahkan apabila diminta berbuat demikian.

22. Mengerjakan haji bukanlah satu ibadat mahunya Allah kerana tujuan Rasulullah ke Mekah adalah untuk menakluk Mekah dengan berselindung disebalik mengerjakan ibadat haji.

23. Pengagihan wang zakat bukanlah kepada asnaf yang ditetapkan tetapi juga boleh digunakan untuk pembangunan prasarana NI.

24. Rasulullah tidak mempunyai apa-apa mukjizat selain Al Quran.

25. Rasulullah tidak 'Ummi' kerana mustahil seorang cucu pembesar Mekah buta huruf. Rasulullah menulis sendiri ayat-ayat Al Quran yang diwahyukan kepadanya.

26. Nama sebenar Nabi Muhammad ialah Ahmad. Muhammad merujuk kepada suatu 'Lembaga Kerasulan Muhammad' yang berperanan sebagai kumpulan dakwah Islam di zaman Nabi Muhammad.

27. Yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhamad bukanlah Malaikat Jibrail tetapi kumpulan pemuda kahfi di zaman itu.

28. Sunnah bukanlah merujuk pada segala tingkah laku dan amalan Rasulullah dalam beribadat tetapi turun dan naiknya gelombang kejatuhan dan tertegaknya negara Islam dari Adam hinggalah kerajaan Turki Othmaniah.




29. Bukti gerakan ini di landasan yang hak adalah merujuk kepada ayat Allah yang menjadikan bumi ini dalam 6 masa. Ia ditafsirkan sebagai fasa (framework) yang mesti dilalui oleh sesebuah Negara Islam dalam 6 peringkat sebagai contoh :

1) Kondisi Mekah
2) Kahfi Pertama
3) Isytihar Negara Islam
4) Kahfi Kedua
5) Futuh Mekah
6) Ekspansi (penyebaran ke seluruh dunia)

30. Hadis Rasullullah hanyalah satu cerita kosong yang tiada kena-mengena dalam perlaksanaan ibadat dan mendirikan Negara Islam.

31. Menyentuh kitab Al Quran tidak perlu berwuduk,malah ia boleh dilontar, dipijak, dihempas dan diludahi kerana ia buatan manusia. Yang lebih penting ialah melaksanakan isi kandungannya daripada meghormati rupa bentuknya.

32 Rasulullah tidak maksum dan pernah melakukan banyak dosa tetapi tidak diceritakan dalam sejarah. Mustahil Rasullullah dapat berdakwah pada orang seperti Umar Al Khattab jika peribadi baginda berbeza dengannya.


Modus Operandi

A)Pemilihan ahli
Setiap individu yang telah terpilih menyertai organisasi ini hendaklah menyerahkan nama-nama prospek baru yang difikirkan layak ke dalam 'bank nama' untuk direkrutkan. Sebelum individu dibenarkan berjumpa dengan prospek ,ulul amri akan meneliti senarai nama tersebut dan mengarahkan untuk menjalankan Iqra' 1. Proses ini amat penting untuk menjamin survival kumpulan ini di masa hadapan. Berikut adalah ciri -ciri individu yang diperlukan:
1.Tidak terlalu tua atau terlalu muda
2.Berharta dan kaya
3.Sihat dan tidak cacat
4.Bukan anggota keselamatan
5.Belum dipengaruhi sebarang ideology lain
6.Tidak bekerja syif
7.Bukan muallaf

Setelah selesai mendapatkan detail tersebut dan melepasi ciri -ciri yang dikehendaki, ahli tersebut bolehlah membuat Iqra' 2 dan membuat temujanji dengan prospek. Kali ini beliau akan ditemani oleh orang lama dalam organisasi ini yang bertindak sebagai pemancung bagi mematahkan hujah-hujah prospek. Al Quran turut dibawa bersama sebagai alat menguatkan hujah mereka. Di penghujung Iqra'2 prospek akan ditawarkan mengikuti kelas pengajian tafsif Al Quran secara percuma bagi menarik minatnya menyertai organisasi ini.

Berikut adalah sesi yang mesti dilepasi oleh seseorang individu sebelum layak mengikuti sesi hijrah pertama:

1.Sesi Silatulrahim
2.Sesi Akidah
3.Sesi Sunnah
4.Sesi Ibadah
5.Sesi Perlaksanaan

Sekiranya prospek menunjukkan respon positif sepanjang berlangsungnya kesemua sesi ini, mereka akan diuji bagi menilai tahap keyakinan mereka.. Jika dilihat seakan menolak ,pentilawah akan mengulangi berpuluh kali ayat yang sama dan melabelkan prospek sebagai orang kafir yang suka tinggal di dalam tong najis sekiranya enggan berhijrah.

Di dalam sesi perlaksanaan, prospek akan diminta membayar RM 1,500.00 dan RM 70 infaq wajib untuk melayakkannya mengikuti kelas 'Sistem Pendidikan Islam' (SPI) selama 6 bulan. Setelah wang diberikan, prospek akan diminta membayar lagi 'Wang Taubah'. Jumlahnya tidak ditetapkan tetapi mengambil kira sebanyak mana dosa yang telah dilakukan sejak lahir hingga sekarang. Ada yang membayar hingga RM 20,000.00 dan jumlah minimum yang ditetapkan adalah sebanyak RM200.00. Mereka juga diingatkan supaya menyimpan wang RM 3600.00 dan passport antarabangsa untuk melawat ke Negara Islam.

Pada program hijrah pertama, prospek diminta menunggu di transit seawal 5 pagi. .Hal ini bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak tertentu. Prospek akan dijemput oleh seseorang dengan menaiki kereta atau van ke tempat yang ditetapkan.Sebelum perjalanan dimulakan, mata hendaklah ditutup. Perjalanan ke 'gua' tersebut tidaklah terlalu jauh.

Setelah semua yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dikumpulkan di 'gua', mereka diberikan taklimat ringkas tentang program yang akan dijalankan pada hari tersebut. Pada jam 9 pagi, sesi hijrah bermula dengan sesi ta'aruf kepada wakil pemimpin 'Negara Islam' (NI) . Setiap orang diminta berdiri untuk membacakan lafaz baiah di hadapan 4 orang pemimpin NI tersebut. Majlis berakhir jam 5 petang.

Kelas SPI bolehlah dibahagikan kepada 7 peringkat:

1.Kelas Sambutan
2.Kelas Persediaan Asas District -PAD
3.Kelas P3D
4.Kelas PDU 1
5.Kelas PDU 2
6.Sejarah Am
7.Sejarah Khusus


B) Method Dakwah

Setiap individu diwajibkan membawa tafsir Al Quran setiap kali program berlangsung. Ahli lelaki dikehendaki berkemeja lengan panjang, bertali leher, berseluar panjang dan berkasut. Bagi perempuan pula, cukup dengan berpakaian kemas. Sementara menunggu sesi dimulakan, setiap ahli dikehendaki menyerahkan wang program ( rujuk ayat 58:12) ke dalam sampul yang disediakan. Kemudian sesi diteruskan dengan semakan hafazan setiap individu mengikut peringkat yang ditetapkan. Setelah selesai, pimpinan NI meneruskannya dengan mengarahkan ahli membaca ayat tertentu daripada surah tertentu. Kemudian ahli diminta supaya memberi pendapat mengikut fahaman mereka tentang ayat tersebut. Setiap ahli juga akan disoal bertalu-talu untuk menilai kefahaman mereka. Kebiasaannya tidak ada seorang pun yang menjawab mengikut seperti yang dikehendaki. Sebarang persoalan dibenarkan untuk diajukan. Keadaan ini seolah menunjukkan pimpinan bersikap terbuka tetapi jika ada yang berani bertanya, individu tersebut akan disindir dan diherdik kerana cuba menjadi pengacau di dalam kelas tersebut. Sebelum kelas berakhir, setiap ahli dikehendaki menyampaikan kesan dan pesan daripada program tersebut kemudian ditulis di atas kertas untuk direkodkan. Program berakhir jam 11 malam.



C) Infaq

Infaq merupakan parameter terpenting dalam menentukan tahap keimanan individu yang terlibat dalam organisasi ini. Setiap ahli dikehendaki membayar jumlah infaq yang berbeza mengikut tahap dan peringkat tertentu. Alasan yang diberikan ialah di dalam negara yang bathil ini pun bermacam cukai dan benda yang mesti dibayar. Oleh itu, untuk membina Negara Islam lebih banyak wang diperlukan. Ini kerana Allahlah yang meminta anda berjihad harta dan diri sebelum diangkat darjat olehNYA. Antara infaq yang ditetapkan ialah:

1.Harakah Ramadhan
2.Infaq individu
3.Harakah Korban Aidil Adha
4.Pendidikan
5.Projek Mega
6.Taifah ( office )
7.Granite
8.Sedekah Program Khas ( Ta'lim Ta'lum)
9.Intisodiah

Bayaran lain pula adalah seperti (58:12) setiap minggu, program kepimpinan, SMS, pengangkutan, kos sewa bangunan ,bil air dan elektrik, barang -barang pejabat dan stationary. Pembelian wajib yang 'diturunkan' oleh ulul amri seperti frozen food, jus minuman, minyak angin ,kuih muih dan sebagainya amatlah membebankan ahli. Jumlah keseluruhan boleh dianggarkan sekitar RM 1000.00 sebulan yang wajib dijelaskan tanpa memberi sebarang alasan.
Jika beralasan, maka akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi menambahkan keyakinan ahli. Ini tidak termasuk kos persediaan berhijrah ke NI iaitu RM 3,600.00 yang mesti di jelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Ajaran Pemuda Kahfi ini bukanlah ajaran Islam seperti yang diperjuangkan. Ia adalah satu aliran agama baru yang bertopengkan ajaran Islam bagi mengelirukan pengikutnya yang dahagakan ilmu agama.Ia juga boleh di kategorikan sebagai golongan Islam Liberal dan Anti Hadis. Kepada sesiapa yang terlibat dan masih aktif, segeralah bertaubat. Kepada yang belum terlibat, berhati-hatilah dengan perangkap mereka.

Ikut nafsu tafsir al-Quran

Jika ditanya kpd org Islam,sape2 pun setuju utk tegakkan
negara Islam.Tapi apa yang berlaku ialah ia disusuli dengan
penyalahan akidah dan merosakkan iman.Ajaran pemuda kahfi yang
menggunakan Al Quran utk tarik pengikut baru telah menyimpang dari
ajaran islam yg sebenar.Jangan terpedaya dengan helah mereka.Jgn
anggap remeh.Ini ajaran sesat dan BUKAN AGAMA ISLAM.Ia adalah satu
agama baru yang membawa syariat dan ibadat yang baru mengikut
tafsiran mereka.Islam telah sempurna dan lengkap.Bukan perlu bermula
semula seperti sebelum zaman mekah.Mereka taksub dan bertuhankan
syeikh Abu toto,punya rasul sendiri,malaikat sendiri dan macam2.
Bayyinat ialah penjelasan dan mestilah berpandukan alquran dan
hadis.Bukan ikut nafsu tafsir quran.Ajaran ayah pin pun guna quran
utk bina kerajaan langit.Lebih hebat dari NI.Ajaran Qadiani telah
expansi ke seluruh dunia utk tegakkan ajaran Islam dan negara
Islam.Juga menggunakan pendekatan AL Quran dan bainat ikut tafsiran
mereka sendiri.Jika tak percaya boleh check markas mereka di Kg
Laksamana Batu Caves,Gombak Selangor.Golongan macam ni bersepah2 kat
Indonesia utk cari pengaruh dan peralatkan Quran.Disebabkan
tembelang telah pecah dan dah tak kahfi lagi di Indon,mereka cuba
pula di Malaysia.Sebenarnya mereka hanya nak RM anda utk penuhi
nafsu mereka.Infaq anda bolehlah diumpamakan jika berinfaq ke kuil
Hindu,tokong sami Buddha dan gereja Kristian.Tiada maknanya disisi
Allah.Sia sia saja.Sudahlah, keluarlah segera kawan2 jika anda
aktif..Ini bukan soal main2, bertaubat nasuha lah sebelum
mati.....Harap anda respond e-mail ini.

Saturday, April 15, 2006

area 1.2.3.4.5.6.7.8.9 ,slot 1.2.3.4.5

sumber
Terima kasih kepada en K.azman kerana setelah sekian lama baru
membalas e-mail saya.Pertamanya saya setuju dengan pendapat saudara
tentang hadis tersebut.itu tak dapat disangkal lagi.Tetapi ia bukan
menjadi alasan untuk kita sewenang-wenangnya mencipta satu golongan
baru, yang punya akidah baru, ibadat baru,syariat baru kononnya
semata2 utk jadi lebih islam.Saya bukan anti Negara Islam tetapi
anti ideologi dan akidah golongan puak NI/Persentren Alzaytun
ini.Saya berani katakan ini satu agama yang baru yang cuba meniru
agama islam.Pokoknya semua golongan ajaran sesat mengaku ia adalah
satu golongan yang tak termasuk dalam 73 golongan tersebut.Semuanya
guna hujah ayat2 Quran utk menegakkan fahaman mereka.Tanyalah
Qadiani,ayah pin, muktazilah,kerajaan Lia Aden, Al arqam semuanya
punya motive yg sama tegakkan Din, bawa quran dan bina negara. Apa
pendapat saudara tentang golongan selain 'NI'.Mesti anda kata mereka
yg sesat walhal matlamat dan niat mereka pun nak laksanakan quran
dan bina negara.Jika 'NI' berdebat dgn yang lain pasti saling tuduh
menuduh sesat antara satu dgn yg lain.

Saya tidak setuju jika saudara katakan perbezaan mazhab adalah satu
bentuk perpecahan.Pokok pangkalnya utk lihat sesat atau tidak rujuk
semula pada basic akidahnya.Perbezaan mazhab hanya dari segi
perlaksanaan ibadat tetapi bukan dari segi akidah.Elok saudara
mengaji habis bab ini sebelum buat apa2 kenyataan.berbeza dgn NI
yang completely berubah dari segi ibadat ,akidah, syariat ,hukum.Nak
kata berbeza, area 1.2.3.4.5.6.7.8.9 ,slot 1.2.3.4.5 semua buat cara
masing2.Itu bukan perpecahan ke?Saudara pun akui hal ini kerana
telah lama berada dlm puak ini kan.Saya faham keadaan saudara yg
mencari kebenaran dalam Ajaran Islam.Tak mengapa.Saya pun seperti
anda juga.tetapi jangan buat tanpa ilmu dan seperti lembu dicucuk
hidung.Tafsir Quran ikut nafsu dan aqal.Siapa anda utk mengatakan
orang yg syahadah,solat,puasa,zakat dan haji ikut cara rasullullah
tu sesat dan bukan Islam.Saya cabar anda umumkan bahawa semua konsep
ibadat tersebut bukan dari islam. Dan istihar kpd umum ibadat
andalah sahaja yg diterima Allah.Jangan berselindung alasan kahfi
utk sembunyikan kegiatan sesat anda.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah keluar segera dari ajaran
ini,bertaubat nasuha, perbaharui syahadah anda dan ajak kawan2 kita
yg lain keluar ramai2.itulah yg terbaik.Semoga anda sedari kesilapan
anda.Hubungi email saya selalu...

SPI ( Sistem Pendidikan Islam)

sumber

Akidah didalam Islam adalah kepercayaan dan iman kepada Allah
,malaikat,rasul ,kitab,hari qiamat dan qada' qadar dengan keimanan
yang
mutlak mengikut tunjuk ajar dari rasullullah saw. NI pemuda kahfi
juga
menggunakan istilah yang sama seperti akidah,iman,taqwa,infaq untuk
menunjukkan mereka lebih Islam tetapi menafikan rasullullah dalam
dalam
semua urusan ibadatnya. Dengan kata lain menggunakan aqal semata2
tanpa
merujuk tafsiran rasullullah didalam melaksanakan ibadatnya. Didalam
NI
pemuda kahfi ,segala yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar
tetapi
sebagai umat islam wajib beriman terhadapnya adalah'magik magik'
pada
mereka dan tidak akan diterima. Allah mestilah didalam bentuk
sesuatu,malaikat juga tidak ghaib, rasul juga masih wujud hingga
sekarang.
Di zaman saidina Abu Bakar, perkara yang paling utama dilakukan
beliau
selepas rasul wafat ialah memerangi golongan enggan bayar zakat dan
nabi
palsu. Kalau nak diikutkan apa lah salahnya istilah 'rasul'
(pesuruh)
digunakan oleh musailamah utk menyebarkan ajaran islam kepada
kaumnya.Mustahil Saidina Abu Bakar tak tahu makna rasul tu cuma
'pesuruh'.tetapi ia telah mengelirukan dan pecah belahkan umat serta
buat
ikut tafsiran/ fahaman sendiri.samalah macam perangai puak NI .

Di awal kegiatannya tidak nampak apa2 masalah tentang fahaman islam,
tetapi
di dalam kelas SPI ( Sistem Pendidikan Islam) yang lebih layak
dipanggil
Sistem Penyelewengan Islam, sudah mula dimasukkan serba sedikit
fahaman
mereka dan begitu pandai manipulasi ayat2 Quran untuk penuhi
kehendak
mereka.Senang cerita dah bukan ajaran islam lagi buat apa ikut.Bagi
yang
jahil agama sejak kecik akan seronoklah sebab tak perlu pening
kepala
nak
beribadat ikut cara Rasullulah, baca terjemahan quran dan huraikan
ikut
fahaman sendiri kemudian namakan ia sebagai 'ibadat mahunya Allah'.
Hah
senang kan. Yang bukan Islam dan tak tahu baca Quran pun boleh buat
tafsiran
begitu.

Thursday, April 13, 2006

Ingat Kartosuwiryo dengan DI/TII-nya ?

sumber

Sat Mar 25 2006 6:30 AM

PEMUDA MALAYSIA Ingat Kartosuwiryo dengan DI/TII-nya ? adakah hubungannya dengan N11 AL Zaytun ? Sekarang menjelma menjadi Pemuda Al Kahfi di negeri Jiran selengkapnya ...

Tuesday, April 11, 2006

Komen dari Slot 5 Area 4

sumber

Syukur ke hadrat Allah kerana telah menyedarkan saya dari kelekaan dan hanyut dari kancah gerakan sesat ajaran pemuda kahfi.Saya dari area 5 utara slot 4.Setelah lebih setahun aktif sebenarnya hanya sampah yang dipelajari.tak habis2 dgn gimik negara islamnya dan putar belit ayat Quran ikut hawa nafsu.Wang ringgit diperah habis habisan dan dibuat seperti kuda tunggangan.Ibarat lembu dicucuk hidung dah tak dapat bezakan mana yg hak dan bathil.Bila disoal dan pertikai akan diancam dengan ayat2 tertentu.Perkataan kafir,munafiq,musyrik,babi,anjing keldai dan sebagainya sudah lali dan sebati didengar.Kononnya guna bahasa Allah kepada makhluk.Yang keluar pula akan diancam dan dikecam.Kata laksana Islam tapi perangai lebih teruk dari Zionis dan komunis.Tak tahulah kalau betul2 memerintah nanti macam mana. Wallahua'lam.