Gerakan ajaran sesat dekati eksekutif muda, kenakan yuran RM1,000
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang menyiasat satu lagi kumpulan ajaran sesat, Gerakan Pemuda Kahfi yang dikesan semakin aktif di Lembah Klang.
Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata gerakan ajaran sesat itu pernah didedahkan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada akhir 2004 dan mula dikesan di Selangor pada awal 2005.
Katanya, berbeza dengan pergerakan al-Arqam, pengikut Gerakan Pemuda Kahfi tidak mengenakan jubah dan serban, sebaliknya berpakaian kasual.
“Modus operandi mereka adalah mendekati eksekutif muda dan mempengaruhi bakal pengikut menganggotai pergerakan itu.
“Mereka perlu membayar yuran RM1,000 untuk menyertai bimbingan agama dengan mata bakal pengikut ditutup jika mahu ke markas perjumpaan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penyelidikan Jais menerusi talian 03-55196351.
Sementara itu, majlis penerangan mengenai Rufaqa dan kaitannya dengan pergerakan al-Arqam yang diharamkan pada 1994 akan diperluaskan ke seluruh negeri mulai minggu depan bagi memerangi ajaran sesat di Selangor.
Usaha itu berikutan fatwa pengharaman ajaran yang dibawa ahli Rufaqa yang diwartakan pada 10 Disember lalu, mengikut Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata majlis itu akan diselaras Pegawai Daerah bersama pegawai pentadbir agama daerah.

No comments:
Post a Comment