Saturday, April 21, 2007

Kaedah melunaskan Infaq, 58:12 dan Zakat 9 pintu


Bagaimana untuk melunaskan dana untuk Negara Kurnia Allah?

1- Bagi siswa, anda boleh membayar dana selaku tanggungjawab warga Madinah(MD) dengan menggunakan pinjaman siswa anda, iaitu PTPTN
PTPTN perlu anda lunaskan semula ENAM bulan selepas anda graduate dengan service charge sebanyak 3%. Kegagalan anda melunaskan dana ini boleh menyebabkan nama anda disenaraihitamkan dan penjamin anda bermasalah kelak.

Bagi pelajar yang cemerlang tapi ingin masuk syurga dengan jalan tunggal/haq iaitu warga MD (kerana jika anda belum MOU2 anda masih kafir dan calon ahli neraka), cara lain ialah dengan:


2- Bagi yang baru graduate, anda boleh meminjam dana Bank Rakyat untuk pinjaman peribadi. Negara/Daulah masih miskin, tanggungjawab anda untuk mengayakannya. Ingat, anda dijanjikan untung 700% di atas kemampuan anda berjihad (menjadi sapi perah tanpa akhir)

3-Bagi pimpinan yang terpaksa berhenti kerja untuk bergiata fulltime menjadi balaci/pencacai/mujahid Negara Kurnia Allah ini,anda boleh melakukan bisnes:

  • Jual barangan dapur dengan "markup" harga kepada umat bawahan
  • Menaikkan nilai infaq
  • Menaikkan nilai wang haji untuk MOU2 ke Ka'bah abad ke 21 dari RM1400 kepada RM3500
  • Memperkenalkan infaq baru kepada calon warga dan ahlul bait

Mudah bukan? Syurga di tangan anda, berinfaqlah, dan jangan ragu-ragu lagi.