Assalamualaikum,
Di dalam memilih jalan di dalam kehidupan ini, seringkali kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan.
Namun sebagai manusia, kita ditetapkan dengan kayu ukur al-Quran, dan peninggalan sirah hasil kutipan dan catatan ulama silam bersumber hadith dan athar yang kita tidak boleh tolak secara tidak ilmiah....
Tingkap jangan disangka pintu, pintu jangan disangka tingkap.
Di dalam meluap semangat berjihad, jangan sampai kita tersungkur di pintu syurga, lalu diheret ke pintu neraka.
Sekian,
Pemurnian Gerakan Kahfi
"Memang hidup tidaklah hitam putih.
Dan Socrates pun telah mati menenggak racun,
untuk sebuah keyakinan"
2 comments:
alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang telah melorongkan Pemuda kahfi mengakseskan satu web site bagi mereka yg telah keluar dari gerakan kahfi menceritakan pengalaman yang mendorng mereka menceburi dan keluar dari kumpulan kahfi(bergerak cara senyap tanpa nama.bertopengkan kelas tafsir AlQuran).saya telah mengikuti perkembangan mereka ini lebih tujuh tahun lama nya.Daripada usrah yang diikuti Objektivenya hanyalah dua yang mesti diingat
1-perbanyakkan ummah/pengikut
2-abila banyak yg ikut maka ban
yaklah yuran/duit terkumpul.
modus operandinya mengimpikan sebuah negara Islam.
kapada yang belum menyertainya perlulah berhati2.jangan nanti tersungkur dipintu syurga.Insyaallah akan saya terangkan lebih lanjut lagi secara lebih terperinci.Walau bagaimana pun syabas buat Pengendali website ini moga usaha anda di berkati Allah
Syukur ke hadrat Allah kerana telah menyedarkan saya dari kelekaan dan hanyut dari kancah gerakan sesat ajaran pemuda kahfi.Saya dari area 5 utara slot 4.Setelah lebih setahun aktif sebenarnya hanya sampah yang dipelajari.tak habis2 dgn gimik negara islamnya dan putar belit ayat Quran ikut hawa nafsu.Wang ringgit diperah habis habisan dan dibuat seperti kuda tunggangan.Ibarat lembu dicucuk hidung dah tak dapat bezakan mana yg hak dan bathil.Bila disoal dan pertikai akan diancam dengan ayat2 tertentu.Perkataan kafir,munafiq,musyrik,babi,anjing keldai dan sebagainya sudah lali dan sebati didengar.Kononnya guna bahasa Allah kepada makhluk.Yang keluar pula akan diancam dan dikecam.Kata laksana Islam tapi perangai lebih teruk dari Zionis dan komunis.Tak tahulah kalau betul2 memerintah nanti macam mana. Wallahua'lam.
Post a Comment