Thursday, May 10, 2007

Huahhh sudah biasa dehhhh


Tahniah diatas sikap anda yang ikhlas mahu menjadi tentera2 Allah serta
mendaulatkan ajaran Islam.Sebenarnya saya malas hendak menjawab persoalan
begini lagi kerana semuanya sudah dibongkar dalam website gerakankahfi.Cuma
sebagai orang yg pernah aktif terlibat secara serius dalan gerakan ini ingin
memberi sedikit nasihat sebagai peringatan. Setelah aktif lebih setahun
bolehlah saya simpulkan bahawa gerakan ini memberi lebih keburukan daripada
kebaikannya.Malah jika ia tidak dibenteras akan menjadi barah dalam
masyarakat kita seterusnya merosakkan akidah umat Islam dimasa akan
datang.Memang pada permulaannya ajaran yg cuba disampaikan dilihat begitu
ikhlas berjuang menegakkan syiar islam.Memang itulah strateginya utk
menyedar dan menambat hati pengikut2 baru kononnya merekalah Islam yg hak
disisi Allah.Ingin saya nyatakan disini bahawa sesiapa yg masih mengikut
gerakan ini sebenarnya sedang menempah jalan menuju ke Neraka
Allah.Nauzubillah..Saya pun pada asalnya seperti saudara yg cintakan Islam
dan tidak mahu melihat Islam dipijak2 dan kelihatan lemah berbanding agama
lain.Bukan sedikit jihat harta dan diri yg telah dicurahkan.Hampir RM10,000
telah dileburkan.Jika ditanya sesiapa pun umat Islam sekarang tidak ada yg
mahu melihat Islam berada dibawah.Gerakan ini sebenarnya mengeksploitasi
kelemahan2 tersebut dan kononnya merekalah yg berada dijalan yg lurus dan
sesiapa yg tidak bersama mereka adalah kafir.Perlu saya tegaskan, ini
BUKANLAH AJARAN ISLAM seperti yg anda fikirkan tetapi ia adalah AJARAN AGAMA
BARU versi islam yg bertopengkan Islam utk memurtadkan sebilangan umat islam
yg kecewa dengan kedudukan Islam sekarang.Ia adalah DAJJAL yg ditunggu oleh
umat akhir zaman.Sekian...