Tuesday, December 30, 2008

Santri Universiti Malaya kepingin berAlQuran dengan al Kahfi


source

Pemuda Kahfi - Ajaran Sesat di UM?
Terjah Bongkar!Saya berasa terpanggil untuk mem­buat pendedahan mengenai aktiviti gerakan ajaran sesat yang kini melanda negara kita. Untuk pengetahuan, anak saya yang sedang menuntut di Univers­iti Malaya dan tinggal di Kolej Kediaman Raja DR. Nazrin Shah telah mencerita­kan kepada saya tentang pengalaman­nya yang hampir terlibat dengan ajaran kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pemuda Kahfi setelah dipujuk rayu oleh rakan-rakannya.

Saya amat terkejut dengan pen­gakuannya kerana setahu saya anak sa­ya merupakan seorang anak yang taat dan patuh dengan ajaran Islam. Saya ju­ga sama sekali tidak percaya bagaimana sebuah IPTA terkemuka sebegini am­at terdedah dengan risiko ajaran sesat yang tidak sepatutnya berlaku seolah-­olah sebagai gedung ajaran sesat. Leb­ih-lebih lagi isu ini melibatkan mahasiswa yang sepatutnya pada usia sebegini mereka lebih didedahkan dengan ilmu agama yang sebenarnya.

Anak saya memberitahu bahawa kumpulan ini pada peringkat awalnya melibatkan kelas pengajaran dan pema­haman Al-Quran yang dilakukan secara tersusun dan rahsia. Ramai di kalangan ahli terdiri daripada profesional seper­ti doktor, jurutera, peguam, pensyarah dan pengatur cara. Sasaran yang berpo­tensi untuk didekati ialah kawan rapat secara individu yang menyebabkan ian­ya berkembang tanpa diketahui umum seperti mana yang terjadi kepada anak saya ini.

Selain itu, kerahsiaan atau dalam bahasa arab dipanggil sebagai "sir" yang begitu tinggi dapat dilihat melalui tem­pat belajar yang berubah-ubah, transit kereta, menutup mata dalam perjala­nan, eksploitasi kewangan atas nama pembelajaran Al-Quran. Kerahsiaan nama penyampai pengajian dan tidak membenarkan pengajian ini diketa­hui umum. Keahlian sesama ahli dalam gerakan juga dirahsiakan, malah mem­punyai beberapa lapisan kepimpinan yang tidak dapat dikenal pasti. Mereka bergerak melalui sel-sel kecil di mana anggota antara sel ini tidak mengenali anggota sel yang lain dan tidak menge­tahui nama dan maklumat penyampai dan pimpinan atasan.

Sebelum memasuki kelas tilawah, mereka dikehendaki membayar wang `taubat' dengan nilai minimum RM 300. Ini adalah tambahan kepada RM 1000 yang telah dibayar untuk menyertai ke­las ini sebagai pendaftaran awal, RM 60 bulanan, RM 70 untuk pembelian barang keperluan dan RM 3500 untuk bayaran melawat "Negara Islam". Cara pengajaran dilakukan secara tidak nor­mal seperti menutup mata, masa yang tidak menentu berdasarkan panggilan telefon, pertanyaan bertubi-tubi dan proses memerangkap peserta dengan idea ajaran dengan justifikasi ayat al­Quran yang ditafsir secara literal mengi­kut tujuan dan kepentingan gerakan ini. Bentuk nama, bayaran dan modus ope­randi juga boleh berubah-ubah mengi­kut keadaan tetapi bentuk asasnya seb­agaimana yang sebutkan di atas.

Gerakan ini juga telah dipastikan bahawa mereka memberi maksud yang menyeleweng terhadap AI-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Anta­ra contoh pemahaman yang dibawa ba­hawa baginda Rasulullah s.a.w diertikan tidak lebih dan penyampai risalah Allah dan melaksanakan arahan-Nya, malah orang lain juga adalah rasul. Memberi pemahaman yang menyeleweng dalam melaksanakan ibadah, seperti tidak per­lu solat jika berada pada zaman Jahili­yyah atau zaman Makkah, solat hanya di tempat yang aman. Mengeksploitasi kemampuan kewangan para ahli dengan mengenakan bayaran-bayaran ter­tentu termasuk yang berkala atas nama 'Daulah Islamiyyah'.
Menurut anak saya, kawan-kawa­nnya yang sudah terpedaya dengan aja­ran ini amat payah untuk melepaskan diri disebabkan sudah terikat dengan pembayaran tadi. Gerakan ini bukan sahaja berlangsung di kolej anak sa­ya sahaja malah telah tersebar di kolej kediaman kedua, ketiga dan kesebelas. Difahamkan bahawa terdapat indivi­du daripada pentadbiran kolej sendiri yang menjadi dalang terhadap ajaran ini. Cukup merisaukan saya kerana ibu bapa telah menghantar anak-anak ke universiti dengan harapan pihak pen­tadbiran universiti dapat menjaga dan membentuk jati diri yang mantap tetapi sebaliknya.
Maka, saya ingin membuat pen­egasan agar pihak pentadbiran univers­iti, kolej-kolej kediaman dan persatuan pelajar agar tidak memandang remeh perkara ini kerana ia umpama meng­gadaikan agama tercinta. Minta pihak bertanggungjawab dari jabatan agama Islam menyiasat perkara ini segera ker­ana ia sudah lama berleluasa!
Saya juga selaku bapa yang kece­wa dengan kejadian yang menimpa ini menyeru agar seluruh masyarakat Is­lam mengambil sikap berhati-hati me­mantau ahli keluarga di dalam mengi­kuti pembelajaran agama terutama sekali berkait rapat dengan modus­operandi sebegini. Pemuda sepatutnya dapat membezakan kebenaran dan ke­batilan dengan waras di samping mer­eka ini perlu diberikan pedoman agama yang tidak memesongkan [sumber: majalah i & terjah.com].


BAPA KECEWA Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.

Sumber : Majalah i (disember)
Majalah info Islam terbitan Krangkraf.
Dapatkan naskah anda di toko-toko buku sekarang!!!

Saturday, December 27, 2008

TAK IKTIRAF

sumber

Tak iktiraf Maahad Al-Zaytun


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi mengesahkan Universiti Maahad Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kerana tidak memenuhi instrumen kualiti dan standard ditetapkan kerajaan.

Mengulas lebih lanjut, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ir. Idris Haron berkata, kampus yang bertapak di republik itu pada asasnya gagal mengikut senarai kursus-kursus wajib serta jumlah kredit yang diselaraskan oleh MQA.

"Selain itu, hasil kajian kementerian mendapati program yang ditawarkan seperti Usuluddin didapati bukan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,'' katanya kepada Kosmo! semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz memberitahu, terdapat kira-kira 200 orang penuntut Malaysia belajar di universitu itu.

Universiti itu mula diragui apabila lokasi kampus itu terletak di satu kawasan yang dipercayai terangkum dalam wilayah 'kerajaan Islam tulen' bagi pengikut Ajaran MLM atau Ajaran Pemuda Al-Khafi.

Biarpun begitu, jelas Idris, pihaknya tiada kuasa untuk menghalang niat ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka belajar di sana meskipun universiti tersebut tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

"Kita tiada kuasa (halang), suka hati mereka tapi bila mana-mana pelajar balik dengan sijil atau diploma mereka, mereka tak akan diterima bekerja di agensi atau pun pejabat kerajaan di Malaysia," jelasnya.

Ditanya jika timbul sebarang masalah di kalangan pelajar di sana, katanya, kementerian akan campur tangan tetapi bukan merujuk individu itu sebagai seorang pelajar tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia.


Monday, December 22, 2008

MAZ/UAZ

Al-Zaytun bukan khayalan


AHLI 'Ajaran MLM' melawat tapak projek tambahan Maahad Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - "Kerajaan Islam yang mahu dibangunkan di Maahad Al-Zaytun oleh pertubuhan 'Ajaran MLM' yang diuar-uarkan bukan sekadar khayalan kerana ia benar-benar berlaku."

Demikian tegas bekas pengikut ajaran sesat itu, Dian (bukan nama sebenar) yang mengaku pernah membuat lawatan ke tapak projek Al-Zaytun di Jawa Barat, Indonesia pada Jun lalu sebelum mengisytiharkan dirinya secara rasmi keluar daripada gerakan sesat itu baru-baru ini.

Sambil menunjukkan bukti bergambar, Dian berkata, kawasan yang dibangunkan di atas sebidang tanah seluas 1,200 hektar di Haur Geulis, Indramayu, Jawa Barat itu merangkumi Universiti Maahad Al-Zaytun yang didakwa bakal menjadi pusat menyebarkan ajaran songsang itu.

"Saya ke sana bersama dengan rombongan yang mana ahlinya seingat saya lima hingga enam orang dengan kos bayaran ke sana lebih kurang RM4,000 seorang.

"Saya sebenarnya ke sana kerana ingin tahu akan bukti kewujudan kerajaan Islam seperti yang diperkatakan," katanya ketika ditemui di sini.

Menceritakan pengalaman kembaranya selama tiga hari dua malam di sana, Dian berkata, kawasan 'negara Islam' itu telah mula dibangunkan pada Ogos 2006.

"Ia bagaikan sebuah 'pulau setempat' dan pembangunannya begitu teratur.

"Ia dibahagikan kepada bangunan sektor pendidikan (merujuk kepada Universiti Maahad Al-Zaytun atau digelar pesantren), sektor pertanian dan penternakan.


----------


Persoalannya, sekiranya sungguh seperti dikata, kenapa memilih KASLAN? Bukankah kurang cerdik namanya?


Thursday, December 04, 2008

Seksinya ..! Peduli apa janji ada fulus

‘Logik ke pakai seksi masuk kumpulan agama’

“Kalau sudah pakai seksi-seksi macam ini (baju paras lutut tanpa lengan), logik ke saya ikut kumpulan agama (ajaran sesat)?” soal pelakon drama, Norzalina Mohd Sudin atau lebih dikenali sebagai Intan Zalina, mengulas namanya yang turut disenaraikan sebagai anggota kumpulan ajaran sesat Gerakan Pemuda Kahfi.

Pelakon yang membintangi drama bersiri RTM, Mahar Cinta Mama, Kekasih Terakhir dan Gadis Bintang (Astro) itu terkejut apabila dimaklumkan namanya disenaraikan bersama beratus-ratus pengikut kumpulan ajaran sesat yang berpangkalan di Indonesia itu.


Intan Zalina mengaku dia tidak menyangka butiran dirinya termasuk tarikh lahir, nombor kad pengenalan, alamat kediaman yang lengkap, nombor telefon, pekerjaan sebagai artis dan tahap pendidikan, direkod oleh kumpulan ajaran sesat itu.

“Ini kali pertama orang maklumkan yang saya ini ahli kumpulan ajaran sesat. Berdebar rasanya. Pelik pun ada juga, orang (artis) lain keluar macam-macam gosip, gambar tak senonoh, skandal itu ini, tapi saya pula dikaitkan dengan ajaran sesat.

“Saya tidak pernah mengikut mana-mana kumpulan agama, apa lagi terbabit dalam kegiatan (kumpulan) dakwah dan agama. Kalau Puteri Islam kat sekolah dulu, ada lah,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sebuah kafe berdekatan rumahnya di Damansara, baru-baru ini.

Pengacara dokumentari drama Imbas kembali dan program RTM1, Platinum Production itu berkata, kerjaya dan imejnya sebagai pelakon juga tidak sesuai dengan pergerakan kumpulan yang cenderung dengan kegiatan agama apa lagi sekarang dia sibuk dengan syarikatnya, De'Bunga Deco yang aktif dalam perancangan majlis perkahwinan.

Menurut rekod pergerakan kumpulan itu, Intan Zalina direkrut oleh lelaki bernama Amir bagi kawasan Ulu Klang dan sudah berbai’ah atau bersetuju dengan MOU (memorandum persefahaman) Satu (bai’ah peringkat pertama dalam gerakan al-Madinah) pada 23 April 2006.

Berdasarkan carta aliran Sistem Pendidikan Iqra’ (SPI) bai’ah atau taat setia MOU I membabitkan pembayaran wang taubat sebanyak RM300 bersama wang infaq berjumlah RM60.

Berkerut dahi Intan Zalina memikirkan bagaimana butiran diri itu jatuh ke tangan kumpulan itu, tetapi dia tetap tidak dapat menjawab persoalan itu.

Apa yang dapat difikirkannya ialah kemungkinan dia pernah menyerahkan maklumat peribadi itu kepada seseorang untuk tujuan lain seperti insurans atau unit amanah, tetapi diselewengkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan pergerakan berkenaan.

“Saya juga tidak pernah beri derma kepada mana-mana pertubuhan agama. Kalau ada dulu pun saya pernah terbabit dalam memberi sumbangan mangsa tsunami.

“Itu pun, masa saya masih belajar lagi dan hanya bagi sumbangan makanan dan pakaian. Tak ada pula bagi duit,” katanya cuba meyakinkan wartawan Metro Ahad.

Ditanya tindakan selanjutnya termasuk membuat laporan polis memandangkan rekod namanya itu turut disimpan pihak berkuasa, Intan Zalina berkata, dia perlu dulu melihat sejauh mana isu itu menjejaskan dirinya.

Sama ada Intan benar-benar tidak terbabit atau dia hanya ‘berlakon’ seolah-olah dia menjadi mangsa penipuan, sukar dibuktikan, namun hujah dan penampilan diri Intan Zalina mungkin boleh dijadikan sandaran dan sokongan pada pengakuannya itu.


Hebatnya MAZ

sumber

SATU kumpulan agama yang disyaki membawa ajaran sesat berpangkalan di Indonesia, menggunakan konsep jualan langsung untuk merekrut ahli di negara ini dan mengutip deposit daripada anggotanya, termasuk artis dan pemain bola sepak profesional.

Gerakan secara tersembunyi yang dikatakan bermula sejak akhir 1990-an itu dilaporkan bertapak di negara ini selepas markas asalnya di Haurgeulis Indramayu, Jawa Barat bertapak kukuh di bawah pesantren Maahad Az-Zaitun (MAZ)

Pergerakan kumpulan ini dikenali dengan pelbagai nama termasuk Gerakan Pemuda Kahfi (GPK), Daulah Islamiyah Nusantara (DIN), Negara Islam Indonesia (NII) dan Pencinta al-Quran, dipercayai sudah merekrut ribuan ahli.

Kelompok yang menjadi sasaran termasuk di kalangan profesional dan berpendidikan tinggi termasuk jurutera, pegawai bank, pegawai eksekutif, peniaga hingga pekerja kelas bawahan.

Ketua Unit Tindakan Khas Jais, Shahrom Maarof, berkata anggota kumpulan itu dibahagikan mengikut negeri yang dinamakan Region (wilayah) atau simbol ‘R’ contohnya R6 yang mewakili Selangor diikuti pecahan mengikut kawasan yang dinamakan seperti A1, A2 dan A3.

“Setiap peringkat juga menggunakan sistem tertutup di mana anggota tidak mengenali pemimpin serta orang atasannya yang bertanggungjawab mengendalikan semua urusan berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, anggota kumpulan ini dikehendaki berbai’ah atau sumpah taat setia pada pergerakan itu dengan membayar RM300 sebagai wang taubat dan RM60 lagi wang Infaq, sebagai komitmen dalam memorandum persefahaman peringkat satu atau MOU I/M I.

Selain itu, katanya, anggota juga perlu membayar wang komitmen sebanyak RM200 sebulan sebelum pergi ke peringkat seterusnya atau MOU II/M II yang memerlukan bayaran bernilai RM3,500 setiap anggota yang akan dibawa melawat MAZ di Indonesia.

Menurut Shahrom, MAZ tidak hanya dianggap sebagai sebuah perguruan Islam, sebaliknya sebagai sebuah negara Islam merdeka dinamakan Negara Islam Indonesia (NII) di dalam republik itu sendiri.

Katanya, penyimpangan ajaran gerakan ini terserlah apabila kepimpinan dan anggota MAZ menyamakan NII sebagai Madinah manakala wilayah atau negara lain seperti Malaysia adalah Makkah dan penduduk yang tidak berbai’ah dengan MAZ dianggap kufur.

Malah, pengkafiran masyarakat di luar kelompok MAZ ini dibuktikan hasil kajian Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mendapati terdapat penyimpangan fahaman dan ajaran Islam yang mereka praktikkan, terutama membabitkan tafsiran al-Quran, urusan zakat fitrah dan korban.

Shahrom berkata, MUI juga mendapati sistem kewangan MAZ tidak telus dalam aliran tunainya kerana wang yang diberikan anggota tidak dinyatakan jumlah kutipan atau perbelanjaannya.

Di Malaysia, katanya, pergerakan MAZ dikesan mempunyai hubungan rasmi dengan sebuah pertubuhan yang didaftarkan di Shah Alam, Selangor iaitu Yayasan Ma’had Malaysia (Ya’mal).

Beliau berkata, Ya’mal yang ditubuhkan pada 24 Disember 1999 beroperasi dengan berkonsepkan madrasah yang memfokuskan pengajaran agama di kalangan kanak-kanak Islam sebelum pelajarnya menyambung pelajaran di MAZ.

Menurutnya, Jais pernah memberi kebenaran pada MAZ untuk menyediakan Program Pendidikan Persediaan Jangka Pendek pada Ogos 2001.

“Bagaimanapun, pada 20 Ogos 2002, Jais mengeluarkan surat mengarahkan semua operasi Ya’mal diberhentikan dan yayasan itu di Shah Alam ditutup selepas siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati wujud unsur penyelewengan akidah dalam pengajaran MAZ.

“Kegiatan MAZ dan pergerakan anggota itu juga sedang dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Shahrom berkata, berdasarkan pendedahan seorang mangsa yang pernah menyertai gerakan itu pada pertengahan 1990-an, dia membayar RM200 sebagai wang taubat selain bayaran bulanan sebanyak RM70.

Katanya, mangsa bersama rombongan anggota kumpulan itu pernah melawat MAZ selepas membayar RM3,500 selain menderma RM100 untuk pusat pengajian itu.

Menurutnya, pada hari mereka dijadualkan ke Indonesia, rombongan itu singgah di beberapa tempat dan negeri untuk mengambil jemaah sebelum ke negara jiran dan berlepas menaiki kapal terbang dari negara berkenaan.

Apabila sampai di MAZ, mereka diberi peluang bertemu dengan kepimpinan maahad itu dan ketua rombongan menyerahkan sumbangan bernilai kira-kira RM360,000 hasil kutipan daripada anggota di bawah kelolaannya.

Shahrom berkata, dalam kes lain membabitkan wanita, mangsa diperkenalkan oleh kenalannya dengan wakil kumpulan itu sebelum diminta mengikuti kelas agama di sebuah lokasi.

Bagaimanapun, katanya, wanita yang mempunyai asas agama yang agak luas itu ragu-ragu kerana ketika sampai di kelas itu hanya dia dan seorang guru lelaki di situ, membuatkan dia meragui ajaran berkenaan dan menjauhinya.

“Kebiasaannya mangsa didekati melalui orang tengah yang dikenalinya. Wakil kumpulan itu biasanya berpakaian kemas dan tidak melambangkan kumpulan agama yang lazim seperti berjubah atau memakai ketayap.

“Pada pertemuan awal, mangsa hanya diterangkan mengenai asas agama supaya dapat menarik minat untuk mendalami ilmu.

“Selepas beberapa peringkat, barulah mangsa dikehendaki berbai’ah dan membayar dalam jumlah tertentu. Oleh itu, golongan yang sering terpedaya adalah mereka yang kurang didikan agama,” katanya.

Kahfi!

sumber

salam....

skadar bkongsi mklumat kpd sahabat n bukan nk mbuang mase dgn
membincangkan masalah furu',tp sbagai peringatan utk kita bahawa dlam
keghairahan kita mengisi makanan rohani,kita wajib mengkaji kesahihan
sesebuah gerakan sblom kita turut serta.

luangkan sdikit masa utk mbaca tulisan ini

dnasihatkan supaya mbaca artikel ini sedikit demi sedikit kerna
menyedari petikan yg agak panjang.bole wt novel..sesungguhnya amalan
yg dsukai Allah ialah amalan yg istiqamah wpun sdikit.


______________________________________________________________________

Saya sendiri pernah juga mengikuti kelas-kelas anjuran mereka
sehingga ke satu tahap saya dah tak boleh nak terima. Pada awalnya
saya tidak tahu pun ini satu gerakan, saya datang buat pertama kali
pun atas sebab ingin mendalami Al-Quran. Pada kelas kedua baru saya
tahu yang tujuan kelas ini sbnrnya ingin mewujudkan negara Islam
(pemimpin Islam yang mengamalkan Undang2 Islam) secara kahfi;
kerana mengikut cara perjuangan Rasullah & sahabat2 Baginda yang pada
awalnya secara kahfi sehinggalah berhijrah ke Madinah dan saya
sbnrnya semakin tertarik dan bersemangat. Negara Islam yang sedang
wujudkan terletak di Jawa Barat, Indonesia dan berselindung di
sebalik persentren AZ;dan mengikut cerita rakan saya dan
suaminya yang pernah ke sana untuk menebus dosa, bakal
negara Islam tersebut cukup lengkap dengan prasarana-prasarana moden
kerana dana2 yg dikutip adalah untuk pembangunan negara itu.
Kalau siapa yg pergi ke sana pasti kagum dengan pembangunan di situ;Namun
slps bbrp mggu mgikuti gerakan ;kahfi ini saya dapati mereka
tidak solat, alasan kerana kita masih kahfi, dan berdasarkan sirah
perjuangan Rasulluah kita masih berada di Mekah, belum turun lg ayat
menyuruh kita melakukan 5 rukun Islam. Kemudian saya dapati isteri
ustaz tersebut tidak tutup aurat jika ada bukan mahram (kdg2 suami
rakan saya tu ikut serta sbb dia pn sdh naik pangkat jd daie) dlm
rumah. Bila ditanya, isteri ustaz tu sblm bkahwin tidak bertudung, jd
supaya tidak menimbulkan syak wasangka dr kalangan keluarga, dia
dibolehkan utk tidak bertudung.pelik alasan tu..Selain tu, syahadah
tidak bertukar tetapi niatkan Muhammad dalm syahadah bukan
setakat
nabi Muhammad sahaja tetapi semua pendakwah2 dlm gerakan itu mereka
ni menganggap org2 diluar gerakan ini semuanya kafir termasuklah ibu
bapa kita kerana mereka blom jd umat islam sepenuhnya (dgn
bersyahadah & berbaiah). Bg mereka Hari Kiamat adalah hari
kebangkitan mereka (menjadi negara Islam).

Wednesday, December 03, 2008