Monday, October 09, 2006

Salam Sayang dari Mantan Pimpinan

Hi,
Pada Jumaat malam baru-baru ini saya berjumpa dengan bekas pengikut kelas tafsir al-quran ini. Dia adalah pengarang artikel PERSENTREN AL ZAYTUN, SEBUAH NEGARA ISLAM?.
Katanya, memang group ini tidak mempunyai nama tetap. Pada awalnya ialah gerakan pemuda khafi tetapi disebabkan nama itu sudah di ketahui umum, so namanya bertukar-tukar mengikut masa. Begitu juga aktiviti-aktiviti dalam kelas tafsir itu. Sering bertukar-tukar nama mengikut kesesuaian. Tetapi motif utamanya ialah untuk mengumpul duit dari pengikut-pengikutnya. Dan apa yang di beritahu olehnya, berlaku penyelewengan di peringkat atasan yang mana duit yang di beri alasan untuk membina negara islam or duit taubat or etc telah di salah guna oleh peringkat atasan untuk kepentingan peribadi dan duit itu juga di salurkan ke Indonesia untuk tujuan pembangunan kawasan mereka di situ.
Para pengikut terutamanya wanita tidak akan mengetahui berlakunya penyelewengan tersebut kerana jawatan tertinggi hanya di pegang oleh lelaki dari peringkat executives hingga ke ulul amri. Di peringkat executive, mereka ini di ibarat kuli kepada ulul amri. Apa juga yang di suruh oleh ulul amri mereka kena patuhi. Hisap dadah adalah perkara biasa bagi ulul amri dan juga executive. Alasannya, Rasulullah tidak maksum dan pernah melakukan banyak dosa tetapi tidak diceritakan dalam sejarah. Mustahil Rasullullah dapat berdakwah pada orang seperti Umar Al Khattab jika peribadi baginda berbeza dengannya. Tetapi ini hanyalah di ketahui oleh pemimpin peringkat atasan sahaja.
Ulul amri akan memilih kawasan untuk di jadikan markas bagi kelas tafsir al-quran ini. Pemilihan di buat berdasarkan apa yang di terangkan oleh executivenya. Pada kebiasannya para executive akan pergi menyisiat kawasan itu terlebih dahulu sebelum ianya boleh di jadikan tempat kelas tafsir al-quran. Dia memberitahu beliau pernah bermalam di sebuah rumah kedai hanya untuk melihat sama ada tempat itu sesuai ke tidak, berapa kerap rondaan oleh pihak polis dan sebaginya. Jika sesuai maka proses pengubahsuaian akan di jalankan. Ini termasuk meletakkan papan tanda contohnya kelas tuisyen, syarikat insurans and etc bagi mengelak dari ianya di ketahui oleh pihak berkuasa.

Duit adalah peranan penting dalam survival group ini. Dari duit taubah, duit hijrah, duit aktiviti and etc adalah menuntungkan pihak atasan sahaja. Kalau ingkar ayat-ayat al-quran akan di baca. Selain itu, dia memberitahu, kaum wanita adalah lebih ramai dari kaum lelaki dalam group ini. Walaupun mereka tidak boleh memegang jawatan apa-apa tetapi kaum wanita yang masuk ini kumpulan tafsir al-quran ini di anggap penting sebab merekalah yang mengeluarkan wang dengan begitu banyak dan mudah terpengaruh di sebabkan ayat2 al-quran di bacakan depan mereka jika ingkar. Seperti apa yang di beritahu olehnya, wanita sehingga ke akhir tidak akan tahu berlakunya penyelewengan duit di peringkat atasan kerana meraka tidak memegang jawatan apa-apa dalam kumpulan ini.

Pada peringkat awal pengajian, memang ini tidak di nampak sebagai sesat sebab ianya berlandaskan al-quran semata2. Di percayai bila seseorang sudah melangkah ke peringkat PDU2 maka bab2 solat serta benda2 lain akan di beritahu. dia mengambil contoh solat, nanti suatu ketika ulul amri akan memberitahu walaupun kamu semua solat tetapi islam masih berada di peringkat bawah. Kamu semua yakin solat di terima allah?. Di sini serangan psikologi akan bermula kepada pengikut2nya. Di fahamkan Salat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu salat actual dan ritual. Solat yang lebih utama mahunya Allah ialah solat actual iaitu segala bentuk aktiviti ,program yang ditetapkan oleh kumpulan ini. Solat ritual ialah solat lima waktu tidak diwajibkan hingga setelah futuh. Hingga setelah futuh bermaksud bila negara islam betul2 telah di tubuhkan barula solat and ibadah2 lain perlu di kerjakan. So kesimpulannya ianya mengambil masa yang lama untuk seseorang dalam kumpulan tafsir ini sembahyang or melakukan ibadah Allah kerana bukan semudah itu untuk menubuhkan Negara Islam.

Dia juga memberitahu, orang yang di luar dari kelas tafsir ini di anggap kafir. Orang2 luar di anggap sebagai orang mekah. Mereka yang masuk dalam group ini di anggap sebagai orang madinah. Inilah yang membuatkan orang-orang dalam kelas tafsir kena berkahwin dengan orang dalam kelas tafsir itu jugak kalau tak ianya di anggap tidak sah sebab kahwin ngan orang kafir.

Ketika berdakwah, mereka ini akan datang secara berdua. Bukan bertiga atau one by one. Alasannya mereka ikut zaman nabi musa. Pada zaman ini nabi musa di bantu nabi harun menyampaikan dakwah kepada umatnya. Dan orang yang kena dengar apa yang diaorang cakap itu adalah firaun.
dia memberitahu, kumpulan ini mempunya ahli fikirnya yang tersendiri. Contohnya bila keluar dalam paper tentang mereka, mereka akan membuat discussion bagimana nak memberitahu kepada pengikut2nya terutamanya yang baru masuk yang artikel itu tidak benar, or mereka ini bukan pemuda khafi yang di sangkakan. Meraka ini membuat demikian supaya pengikutnya tidak akan keluar dari kelas tafsir al-quran ini
Pada peringkat MOU2 or JB2, mereka perlu pergi ke Indonesia dan melihat pembangunan Negara Islam di sana. Selepas mereka pulang, mereka ini akan di asingkan dari pengikut-pengikut yang baru masuk kelas tafsir ini. Nama juga akan di tukar. Alasannya tidak mahu mereka ini yang sudah berhijrah ke Indonesia selama seminggu menceritakan pengalaman mereka di indonesia. Di fahamkan pada peringkat PDU1, tenaga pengajar dalam kelas tafsir tidak akan memberitahu di mana Negara Islam ini wujud.
Kelas2 tafsir yang di adakan tiap2 minggu adalah adalah sebagai latihan untuk mereka berdakwah nanti. Di fahamkan mereka ini tidak menghafal satu surah pun dalam al-quran. Mereka hanya menghafal ayat demi ayat yang di anggap sesuai untuk mereka berdakwah nanti.
Itu jerla rasanya yang saya leh terangkan.

No comments: