Monday, October 09, 2006

Suamiku dijebak al-kahfi....

Tuan,

Suami saya telah lama terjebak dalam kumpulan ini melalui teman-teman rapatnya. Saya tidak pasti sejauh mana, tetapi beliau telah pergi 'berhijrah'. Suami saya adalah seorang yang jujur dan tidak pernah berbohong dgn saya atau ibunya. Tetapi sejak menyertai kumpulan itu dia telah barangkali banyak kali berbohong dgn saya dan ibunya. Saya tidak suka dgn cara barunya ini. Tetapi saya sayangkannya dan turuti sahaja segala kemahuannya agar saya menyertainya walaupun saya curiga dgn apa yg disampaikan. Saya bukanlah muslim yang 'alim' tetapi saya cuba sebaik mungkin memenuhi kehendak rukun Islam dan Iman seperti sembahyang dan berzakat. Saya amat terkejut diberitahu bahawa zakat saya selama ini 'sia-sia' sahaja. Memang perkara yg dibentang seperti ayat-ayat amat sukar disangkal oleh org biasa yg kurang pengetahuan agama apatah lagi jika mereka tidak pernah sembahyg tak tahu mengaji dan tak pernah baca Al-Quran, pokoknya cetek pengetahuan agama dan hanya ikut-ikutan sahaja juga tidak faham bahasa arab. Kalau mereka ini cukup bagus mungkin boleh cuba 'dakwahkan' ustaz dari Universiti Islam contohnya. Tetapi mereka mencari mangsa yg senang dibuli dan digertak. Saya juga terkejut diberitahu bahawa dosa saya boleh ditebus dgn wang semata-mata ! Pernah juga siri kelas mereka melewati waktu sembahyg dan kami dibacakan satu ayat (tidak ingat yg mana) bahawa ditafsirkan bahawa kita boleh tinggalkan sembahyang kerana 'kelas' ini. Dan apabila kita meragui sesuatu mereka mencabar adakah ajaran ini 'sesat' ? Memang sah sesat pun. Hanya sekarang saya tidak pasti bagaimana hendak 'keluar' dan 'larikan suami saya ' dari mereka. Saya ingin minta jika ada sesiapa yg boleh tolong beri pandangan/pertolongan dalam hal ini. Saya amat sedih dan tidak mahu suami saya selamanya begini dan mati dalam keadaan sesat.

No comments: