from wikiDorland's Medical Dictionary defines brainwashing (also known as thought reform or re-education) as "any systematic effort aimed at instilling certain attitudes and beliefs in a person against his will, usually beliefs in conflict with his prior beliefs and knowledge."
....
Many people have come to use the terms "brainwashing" or "mind control" to explain the otherwise intuitively puzzling success of some methodologies for the religious conversion or recruitment of inductees to groups known variously as new religious movements or as cults.
Assalamualaikum
saya tertarik untuk membuka topik ini kerana saya khuatir dengan fonemena ini yang makin bertapak dan berleluasa di negara kita. Selama ini saya hanya mendengar dari sahabat saya dan juga guru saya tapi semalam saya sendiri yang alami. Baru baru ni seorang sahabat saya (wanita) mengajak saya utk mengikuti dia ke kelas pengajian tafsir Qur'an, bagai orang mengantuk disorongkan bantal saya terima memandangkan saya tenguk sahabat saya ni baik orangnya dan kebetulan saya memang tengah mencari kelas tafsir Qur'an. semalam saya pergi la, dari apa yang sahabat saya ceritakan itu memang tiada yang mencurigakan.
sesampai saya di sana, kami berdua di bawa masuk ke sebuah bilik yang agak kecil di sebuah apartment. dalam bilik tu hanya ada saya, sahabat saya (wanita) dan dua orang lelaki yang handle pengajian tu. di situ saya mula keliru, bukan apa dua lelaki dan dua wanita dalam satu bilik dan dalam satu apartment yang pasti macam macam perkara dan fitnah buleh timbul. saya risau kot tiba tiba datang pencegah maksiat, habih la kena tangkap basah dan kena kawin. alhamdulillah tiada apa apa berlaku.
pengajian pertama di mulakan dengan penerangan tentang kalimah Bismillah, cukup menarik penerangannya buatkan saya teruja utk mengikuti kelas seterusnya. kemudia mereka menyentuh bab tafsir Al Qur'an, di sini timbul kekeliruan di fikiran saya. mereka tidak mentafsir ayat al qur'an tetapi mentafsir tafsir al qur'an. saya dah mula pening2 tapi tak pa la saya fikir saya ni kurang ilmu elok saya dengaq dlu.
sesi keduanya pula sentuh bab sunnah. bila sentuh bab sunnah ni saya lagi pening dan rasa dah tak buleh nak terima. rasa resah dan tak buleh dah. bukan apa menurut mereka, Sunnah Rasulullah itu bukan pada janggut, pakaian, serban, bersugi, kawin 4 dan lain lain tetapi pada perjuangan Rasulullah yakni Sunnah itu bermula dari umur baginda 40 tahun hingga 63 tahun itulah yang dikatakan sunnah. katanya serban, jubah, bersugi, janggut dll tu bukan sunnah tapi sunat, saya jadi pening. katanya Sunnah tu kalau tak ikut sepenuhnya akan jadi sesat. so dia kata saya ni tak pakai serban tak berjanggut jadi saya sesat lah, saya kata ikut syariat gak pasai saya ni pompuan kena ikut sunnah Rasulullah cara syariat saya sebagai perempuan. dia terus stop hujah saya dgn bagi hadis ni:-
"Aku tinggalkan kamu dua perkara yakni al qur'an dan as sunnah, jika kamu ikuti pasti kamu tak kan sesat"
saya makin bengong, saya relatekan dgn apa guru saya ajaq memang lain benar dengan apa yang mereka cakap. dan saya ingatkan balik beberapa hadis Rasulullah pasai sunnah. sempat juga kami bertekak, saya keluarkan beberapa hadis pasai sunnah ni, mereka nampak tergagap dan terus stop saya dengan kata "tok sah berdebat lagi, awak bukak al qur'an ayat sekian sekian pasai sunnah" saya pun diamlah sbb saya tak berapa tau pasai ayat qur'an ni.
kedian kelas kedua habis di situ, balik rumah saya makin bengong, jauh lari dgn guru ajaq dan apa yang saya tau. saya tanya kawan saya dan dia sahkan itulah jemaah yang dia kena dulu dan bila tanya guru pun guru pula sahkan benda sama. memang beberapa jam jugak jadi mamai tapi alhamdulillah, guru suh mandi sunat taubat dan tawajjuh alhamdulillah rasa ok dah.
sepatutnya malam tu saya kena pi sambung lagi tapi saya tak mau, guru dah cakap jgn pi, silap saya juga masa nak pi tu tak minta izin guru pun pakai pi ja cuma cakap kat guru yang saya nak join kelas tafsir tapi guru diam ja maybe dia nak saya rasa sendiri dan dapat pengajaran memang dapat pengajaran dah pung
apa komen kalian? ada tak yang kena macam saya, sahabat saya ni?