Pengikut ditahan
Oleh Nazarali Saerilnazarali@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Seorang pengikut senior ajaran songsang Pemuda Kahfi yang menggunakan kaedah tarbiah ‘kelas kereta ke kereta’ ditahan pihak berkuasa agama, baru-baru ini.
Lelaki itu ditahan selepas dipercayai mempunyai hubungan secara langsung dengan ajaran songsang itu dan kini, beberapa lagi individu diburu untuk siasatan lanjut.
Sumber yang enggan dikenali berkata, ketika ditahan, lelaki terbabit dikatakan baru selesai mentarbiah seorang pengikut baru di sekitar Selangor.
“Kumpulan itu dikatakan sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan menumpukan kawasan terpinggir bagi merekrut ahli baru bertujuan menguatkan lagi ‘jemaah’ songsang terbabit.
“Pada masa sama, kegiatan tarbiah terhadap ahli melalui kelas kereta ke kereta dikatakan semakin berkurangan kerana bimbang pergerakan mereka dihidu pihak berkuasa agama,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkenaan mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam, mengenai kegiatan ajaran songsang Pemuda Kahfi yang turut mewajibkan ahlinya membayar wang kepada tok guru agar mudah masuk syurga.
Selain itu, pihak berkuasa agama Selangor melakukan risikan di beberapa lokasi dipercayai pusat pertemuan ahli ajaran songsang terbabit.
“Pihak berkuasa agama masih meneruskan siasatan untuk membanteras kegiatan songsang kumpulan terbabit walaupun agak sukar untuk melakukan tangkapan.
“Bukan mudah untuk melakukan serbuan dan menahan mereka kerana apa yang dimahukan pihak berkuasa agama ialah memastikan ahli ditahan didakwa,” katanya.
Kebiasaannya, ahli ajaran songsang itu akan memberikan pelbagai alasan selain tidak menyimpan bukti berkaitan ajaran yang mereka anuti ketika serbuan dijalankan untuk memastikan tindakan tidak dapat diambil.
Bagaimanapun, perkara itu tidak membataskan pergerakan operasi pihak berkuasa agama kerana yang penting, kumpulan ajaran songsang terbabit sedar mereka kini dalam perhatian.
“Banyak kumpulan ajaran songsang yang menghentikan operasi mereka selepas diserbu atau sedar kegiatan mereka dihidu.
“Mereka mungkin tidak sanggup kehilangan ahli yang sebenarnya hanya untuk mengisi kantung pemimpin tertinggi jika kumpulan itu diserbu atau kegiatannya didedahkan kepada umum,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ajaran songsang diminta menghubungi pihak berkuasa agama berhampiran untuk siasatan dan tindakan lanjut.