Tuesday, February 13, 2007

Memangnya wajib kahfi untuk berquran?

source

Saya terjebak dgn golongan yang kononnya nak ajak saya memahami Al Quran. tetapi pendekatan yang diberi ialah menggunakan kitab terjemahan yang biasa di pasaran. Tanpa diperkuatkan dgn nas/hadith untuk menterjemah ayat-ayat AlQuran dan mengatakan bahawa Al Quran telah dipermudahkan dan logik. Golongan ini sedang berkembang dgn pesat di Malaysia dan jika dibandingkan terjemahan Al Fatiha sahaja dlm website ini amat jauh berbeza.Saya jadi mushkil apabila golongan ini mengatakan surah Al Fatihah ini bicara sistem/negara Islam. Cara golongan ini bergerak juga seolah macam kumpulan bawahtanah/underground yang mana kalau nak ke kuliahnye perlu tutup mata hingga samapai ke markasnye utk tujuan keselamatan. Katanye juga sama dgn cara Rasulullah sebar kan islam iaitu cara berkahfi atau bersembunyi dari musuh Islam. Ada proses penghijrahan minda dan juga hijrah ke negara Islam yang saya tak tahu di mana....katanya negara Islam itu wujud tapi bernaung di bawah negara lain yang di ikhtiraf PBB. Kerana bimbang dan musykil saya tinggalkan golongan ini atas sebab-sebab keselamatan dan dikuatiri ajaran sesat. Depa kata PAS, ABIM, JIM dan lain-lain tak betul kerana perjuangkan Islam cara terbuka dan tak ikut cara Rasulullah sebarkan Islam dahulu. Harap dapat sedikit penjelasan dari uztaz agar saya terlepas dari kekusutan dan ingin menyelamatkan kawan-kawan dan saudara mara yang telah terjebak ke dalam golongan ini.

No comments: