Mabadiuth Thalathah+Isa Bugis+Lembaga Kerasulan [ Pemuda Kahfi/MD/Futuh/M1/M2/MadinahKedua/Ka'bah II/Binatang/SapiEmasPerahan/Rabb@Pengatur/PonziScheme/MLM ]
Monday, April 24, 2006
Pesantren Zaytun,Sebuah Negara Islam
PERSENTREN AL ZAYTUN,
SEBUAH NEGARA ISLAM?
Oleh: Syahid Redha
Gerakan Ajaran Pemuda Kahfi yang aktif sejak 10 tahun lalu di Malaysia adalah cawangan Persentren Al Zaytun yang terletak di Mekar Jaya daerah Haur Geulis,Indramayu Jawa Barat Indonesia .Gerakan yang berkembang pesat di sekitar Lembah Klang ini makin aktif menyebarkan fahaman mereka dan kini sudah memasuki institusi pengajian tinggi awam.Tidak pula diketahui jumlah sebenar pengikutnya hanya boleh dianggarkan sekitar 50,000 orang Jumlah ini makin bertambah setiap hari kerana setiap ahli diwajibkan merekrut seramai mungkin ahli baru. Kebanyakan yang menjadi pengikutnya adalah dari golongan yang berkemampuan seperti ahli korporat,pegawai tinggi kerajaaan, pensyarah,usahawan,ahli politik,artis dan lain lain lagi. Pusat gerakan yang di panggil 'masjid' ini sering berubah-ubah untuk menjaga kahfi dan melindungi kegiatannya .Pengikut baru tidak mengenali pimpinan tertinggi mereka kerana menggunakan nama samaran dan berjumpa hanya di dalam program-program tertentu sahaja.
Di Indonesia, gerakan ini dipimpin bawah pimpinan Syeikh Abu Toto@AS Panji Gemilang dan lebih dikenali dengan panggilan 'Pimpinan Pasentren Al Zaytun', ia dibangunkan di atas sebidang tanah seluas 1200 hektar dengan kos jutaan rupiah pada 13 Ogos 1996. Kemudian ia telah dirasmikan oleh Presiden BJ Habibie pada 27 Ogos 1999.
Pada peringkat awal penubuhannya, yuran pendaftaran hanya dibayar dengan lembu .Oleh kerana nilai rupiah semakin rendah pihak pentadbiran Al Zaytun menetapkan USD 1500.00 untuk enam tahun pengajian. Pendaftaran awalnya menerima kemasukan 1200 orang murid kemudian bertambah kepada 7329 orang dalam masa lima tahun. Selepas itu yurannya dinaikkan lagi kepada USD 3000.00 atau 24 juta rupiah selama 6 tahun. Sewaktu mengadakan promosi pendidikannya di Malaysia tahun lalu, setiap pelajar baru hanya dikenakan bayaran RM 3,600.00 untuk pengajian selama 6 tahun sehingga ke peringkat sarjana. Setiap pelajar juga dijanjikan hadiah seekor lembu. Lebih 50 orang pelajar Malaysia telah mendaftar pada pengambilan baru Jun tahun lepas. Motto pendidikan Al Zaytun ialah 'Pusat Pendidikan dan Pengembangan Budaya Toleransi dan Budaya Perdamaian'
Syeikh Abu Toto bercita-cita ingin memperkenalkan persentren ini hingga ke peringkat antarabangsa. Tanah seluas 1200 hektar ini dimajukan dan dibahagikan kepada pendidikan,pertanian,penternakan dan prasarana lain seperti hospital,stadium,komplek pejabat,landasan kapal terbang dan masjid tujuh tingkat yang boleh memuatkan hingga 100,000.00 orang jemaah. Semuanya dibangunkan mengikut bainat tertentu dari ayat-ayat Al Quran.
Namun demikian , disebalik kemegahan pembangunan yang dimiliki, sumber dananya amatlah tidak jelas dan tidak telus. Pihak pentadbiran Al Zaytun enggan bekerjasama dengan kerajaan Republik Indonesia untuk mendedahkan sumber dana dan aktivitinya. Ia dilihat begitu kebal dan ini diakui sendiri oleh Menteri Agama RI ketika itu iaitu Prof. Dr. Said Agil Al Munawar bahkan secara detail diakui sendiri oleh penguasa Indramayu sendiri K.H Achmad Fudloli. Pelajar yang telah berdaftar tidak boleh dikeluarkan(webhost:sila beri rujukan). Mereka yang datang atas tiket individu tidak dibenarkan melawat(webhost:sila beri rujukan). Segala bukti tentang kesesatan Pesentren ini dilaporkan oleh bekas pengikutnya yang berpaling dan membentuk persatuan sendiri dalam Solidaritas Korban NII (SIKAT).Pada masa kini proses siasatan masih dijalankan dan ternyata sukar dibuktikan kerana tiada bukti hitam putih dan kurang kerjasama dari pihak persentren sendiri. Namun begitu, kerajaan Republik Indonesia merasakan bahawa Persentren yang termoden di Asia Tenggara ini masih mampu diselamatkan kerana boleh menjadi aset pendidikan berguna kepada negara ini.
Para Tokoh dan Pendukung
Tokoh utama gerakan ini adalah Abu Toto @ Sheikh AS (Abdus Salam) Panji Gumilang @ Sheikh Al Maahad @ Abu Ma'ariq @ Toto Salam @ Nur Alam Syah @ Syamsul Alam dari tahun 1992 hingga sekarang.
Profil Ringkas
Nama : Sheikh Abdus Salam Panji Gumilang
Lahir : Gresik, 30 Julai 1946
Agama : Islam
Isteri : Khotimah Rahayu, Khatimah binti E.Said @ Maysaroh, Faridah Al Widad, asal Banten.
Anak : Imam Prawoto
Ahmad Prawiro Utomo sekarang bernama Ahmad Is'yaim (Zaim)
: Ikhwan Triatmo sering dipanggil Abdul Hamid
: Khoirun Nisa
: Muhammad Hakim Prasojo
: Sofyah Alwida
: Karim Abdul Zabbar
Ayah : Panji Gumilang @ Syamsul Alam @ Mukarim @ Imam Rasyidi - seorang ketua kampung.
Pendidikan : IAIN Ciputat
: Pesantren Gontor
: Sekolah Rakyat di Gresik
: Sekolah Arab (Madrasah Gresik)
: mendapat gelaran Doktor HC dari IPMA London
Pengalaman bekerja: Syeikh Ma'had Al Zaytun Indramayu
- mengajar di Madrasah Darussalam Ciputat.
Tokoh lain
- Haji Abdul Karim @ Slamet
- Haji Muhammad Rais
- Haji Imam Supriyanto, wakil ketua Yayasan Pesentren Indonesia
- Nurdin Yahya @ Abdul Haq @ Joni @ Jaya @ Tsabit
- Asmadi @ Aseng @ Ali @ Syaifullah
- Handoko
- Djadjuli @ Robbi @ Habib
- Amin
- Mursyid
- Maktal
- Jamal
- Oji @ Abdul Halim
- Ilham @ Unang
- Abu Hafidz Dienullah @ Herman
Ada juga para tokoh dunia yang mendukung Ma'had ini dengan tidak melihat konteks Negara Islamnya. Tetapi sebagai sebuah persahabatan. Antara mereka:
Pendeta Rudolf Andreas Tendean (Pendeta Gereja Protestan Indonesia Barat)
Mr. Liang (Usahawan Tionghua, Taiwan). Diberi nama Lukman.
Mr. Sui Chi Lin, Ketua Perwakilan Dagang dan Ekonomi Taiwan.
John Rath, Second Secretary Kedutaan Besar AS
Prof. Dr. Robert W.Hefner, Guru Besar Antropologi Universiti Boston.
Datuk Paduka Sri Mir Khan, CEO Dinar & Dirham International Sdn Bhd, Malaysia.
Aqidah dan Pemikiran
1. Membahagikan tawhid itu kepada 3 bahagian, iaitu tawhid Rubbubiyah, tawhid Mulkiyyah dan Tawhid Ubudiyyah:
* Tawhid Rubbubiyah merujuk kepada Rabbi iaitu aturan dan sandaran perlembagaan Negara Islam berdasarkan (Al Quran dan As Sunnah).
* Tawhid Mulkiyyah merujuk kepada kawasan dan wilayah kekuasaan Negara Islam.
* Tawhid Ubudiyyah merujuk kepada penganut ,rakyat dan warganegara Islam.
2. Segala aturan,perintah dan arahan dari Negara Islam (NI) adalah sama dengan arahan Allah yang wajib dipatuhi.
3. Semua pekerja NI adalah malaikat di sisi Allah.
4. Kerasulan dan kenabian tidak berakhir dengan alasan setiap orang yang menyampaikan da'wah Islam bererti rasul Allah.
5. Al Quran diakui sebagai wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, namun manusia mempunyai kebebasan untuk menta'wil ,mentafsir dan membainat mengikut kehendak nafsu mereka baik ayat muhkamat dan mutasyabihat
6. Hari Qiamat adalah hari kebangkitan dan kemenangan mereka untuk isytihar futuh Mekah.
7. Salat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu salat actual dan ritual. Solat yang lebih utama mahunya Allah ialah solat actual iaitu segala bentuk aktiviti ,program yang ditetapkan oleh NI.Solat ritual ialah solat lima waktu tidak diwajibkan hingga setelah futuh.
8. Melakukan solat actual adalah bukti laksanakan Negara Islam yang hak dan ibadat paling utama dalam ajaran ini. Antaranya merekrut ahli baru,hafazan ayat Al Quran,dana,program dan menjadi umat Islam sepenuhnya dengan berhijrah ke Negara Islam (bersyahadah dan berbai'ah).
9. Menghalalkan apa jua cara bagi melaksanakan matlamatnya termasuk menipu, mencuri barang milik keluarga sendiri,syarikat dan kawan-kawan yang di luar golongan mereka kerana untuk memenangkan agama Allah.
10. Orang yang berada di luar golongan mereka adalah kafir ,munafik dan musyrik termasuk ibu bapa,adik beradik, golongan ulamak kerana mereka bukan warganegara Islam tetapi umat demokrasi.
11. Jika berlaku sebarang perlanggaran syariat Islam yang ditetapkan mereka akan dikenakan 'dam' yang harus dibayar dengan wang ringgit.
12. Dosa juga boleh ditebus dengan membayar wang taubat.
13. Ibadat korban bukanlah dengan menyembelih haiwan ternakan tetapi dengan mengorbankan wang ringgit dan harta benda bagi pembangunan NI.
14. Haram mengahwini pasangan yang di luar golongan mereka kerana ibarat berkahwin dengan orang kafir maka tidak sah perkahwinannya.
15. Negara Malaysia dianggap Mekah dan NI dianggap Madinah. Hanya yang telah berhijrah dan menjadi warganegara NI layak dipanggil umat Islam.
16. Syurga di akhirat hanya layak untuk mereka yang telah Islam iaitu kepada yang telah menjadi warganegara NI. Sebelum mendapat syurga di akhirat hendaklah terlebih dahulu mendapat 'syurga' di dunia .
17. Lailatul Qadar adalah hari diturunkan Al Quran kepada pengikut yang baru dalam sesi hijrah pertama. Ia menunjukkan Allah maha adil kerana Lailatul Qadar yang difahami sekarang hanya pada mereka yang bernasib baik dan berlaku sekali dalam setahun.
18. Isra' dan Mikraj merujuk kepada seseorang 'rasul' bertemu dengan pemimpin tertinggi dalam struktur organisasi NI.
19. Menutup aurat tidak diwajibkan kepada semua pengikutnya dengan alasan kahfi.
20. Setiap pengikut diwajibkan berjihad harta dan diri. Membayar infaq yang ditetapkan setiap bulan dan sanggup menjadi kuda tunggangan serta orang suruhan ulul amri mereka.
21. Harta milik pengikut mereka adalah milik Allah dan hendaklah diserahkan apabila diminta berbuat demikian.
22. Mengerjakan haji bukanlah satu ibadat mahunya Allah kerana tujuan Rasulullah ke Mekah adalah untuk menakluk Mekah dengan berselindung disebalik mengerjakan ibadat haji.
23. Pengagihan wang zakat bukanlah kepada asnaf yang ditetapkan tetapi juga boleh digunakan untuk pembangunan prasarana NI.
24. Rasulullah tidak mempunyai apa-apa mukjizat selain Al Quran.
25. Rasulullah tidak 'Ummi' kerana mustahil seorang cucu pembesar Mekah buta huruf. Rasulullah menulis sendiri ayat-ayat Al Quran yang diwahyukan kepadanya.
26. Nama sebenar Nabi Muhammad ialah Ahmad. Muhammad merujuk kepada suatu 'Lembaga Kerasulan Muhammad' yang berperanan sebagai kumpulan dakwah Islam di zaman Nabi Muhammad.
27. Yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhamad bukanlah Malaikat Jibrail tetapi kumpulan pemuda kahfi di zaman itu.
28. Sunnah bukanlah merujuk pada segala tingkah laku dan amalan Rasulullah dalam beribadat tetapi turun dan naiknya gelombang kejatuhan dan tertegaknya negara Islam dari Adam hinggalah kerajaan Turki Othmaniah.
29. Bukti gerakan ini di landasan yang hak adalah merujuk kepada ayat Allah yang menjadikan bumi ini dalam 6 masa. Ia ditafsirkan sebagai fasa (framework) yang mesti dilalui oleh sesebuah Negara Islam dalam 6 peringkat sebagai contoh :
1) Kondisi Mekah
2) Kahfi Pertama
3) Isytihar Negara Islam
4) Kahfi Kedua
5) Futuh Mekah
6) Ekspansi (penyebaran ke seluruh dunia)
30. Hadis Rasullullah hanyalah satu cerita kosong yang tiada kena-mengena dalam perlaksanaan ibadat dan mendirikan Negara Islam.
31. Menyentuh kitab Al Quran tidak perlu berwuduk,malah ia boleh dilontar, dipijak, dihempas dan diludahi kerana ia buatan manusia. Yang lebih penting ialah melaksanakan isi kandungannya daripada meghormati rupa bentuknya.
32 Rasulullah tidak maksum dan pernah melakukan banyak dosa tetapi tidak diceritakan dalam sejarah. Mustahil Rasullullah dapat berdakwah pada orang seperti Umar Al Khattab jika peribadi baginda berbeza dengannya.
Modus Operandi
A)Pemilihan ahli
Setiap individu yang telah terpilih menyertai organisasi ini hendaklah menyerahkan nama-nama prospek baru yang difikirkan layak ke dalam 'bank nama' untuk direkrutkan. Sebelum individu dibenarkan berjumpa dengan prospek ,ulul amri akan meneliti senarai nama tersebut dan mengarahkan untuk menjalankan Iqra' 1. Proses ini amat penting untuk menjamin survival kumpulan ini di masa hadapan. Berikut adalah ciri -ciri individu yang diperlukan:
1.Tidak terlalu tua atau terlalu muda
2.Berharta dan kaya
3.Sihat dan tidak cacat
4.Bukan anggota keselamatan
5.Belum dipengaruhi sebarang ideology lain
6.Tidak bekerja syif
7.Bukan muallaf
Setelah selesai mendapatkan detail tersebut dan melepasi ciri -ciri yang dikehendaki, ahli tersebut bolehlah membuat Iqra' 2 dan membuat temujanji dengan prospek. Kali ini beliau akan ditemani oleh orang lama dalam organisasi ini yang bertindak sebagai pemancung bagi mematahkan hujah-hujah prospek. Al Quran turut dibawa bersama sebagai alat menguatkan hujah mereka. Di penghujung Iqra'2 prospek akan ditawarkan mengikuti kelas pengajian tafsif Al Quran secara percuma bagi menarik minatnya menyertai organisasi ini.
Berikut adalah sesi yang mesti dilepasi oleh seseorang individu sebelum layak mengikuti sesi hijrah pertama:
1.Sesi Silatulrahim
2.Sesi Akidah
3.Sesi Sunnah
4.Sesi Ibadah
5.Sesi Perlaksanaan
Sekiranya prospek menunjukkan respon positif sepanjang berlangsungnya kesemua sesi ini, mereka akan diuji bagi menilai tahap keyakinan mereka.. Jika dilihat seakan menolak ,pentilawah akan mengulangi berpuluh kali ayat yang sama dan melabelkan prospek sebagai orang kafir yang suka tinggal di dalam tong najis sekiranya enggan berhijrah.
Di dalam sesi perlaksanaan, prospek akan diminta membayar RM 1,500.00 dan RM 70 infaq wajib untuk melayakkannya mengikuti kelas 'Sistem Pendidikan Islam' (SPI) selama 6 bulan. Setelah wang diberikan, prospek akan diminta membayar lagi 'Wang Taubah'. Jumlahnya tidak ditetapkan tetapi mengambil kira sebanyak mana dosa yang telah dilakukan sejak lahir hingga sekarang. Ada yang membayar hingga RM 20,000.00 dan jumlah minimum yang ditetapkan adalah sebanyak RM200.00. Mereka juga diingatkan supaya menyimpan wang RM 3600.00 dan passport antarabangsa untuk melawat ke Negara Islam.
Pada program hijrah pertama, prospek diminta menunggu di transit seawal 5 pagi. .Hal ini bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak tertentu. Prospek akan dijemput oleh seseorang dengan menaiki kereta atau van ke tempat yang ditetapkan.Sebelum perjalanan dimulakan, mata hendaklah ditutup. Perjalanan ke 'gua' tersebut tidaklah terlalu jauh.
Setelah semua yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dikumpulkan di 'gua', mereka diberikan taklimat ringkas tentang program yang akan dijalankan pada hari tersebut. Pada jam 9 pagi, sesi hijrah bermula dengan sesi ta'aruf kepada wakil pemimpin 'Negara Islam' (NI) . Setiap orang diminta berdiri untuk membacakan lafaz baiah di hadapan 4 orang pemimpin NI tersebut. Majlis berakhir jam 5 petang.
Kelas SPI bolehlah dibahagikan kepada 7 peringkat:
1.Kelas Sambutan
2.Kelas Persediaan Asas District -PAD
3.Kelas P3D
4.Kelas PDU 1
5.Kelas PDU 2
6.Sejarah Am
7.Sejarah Khusus
B) Method Dakwah
Setiap individu diwajibkan membawa tafsir Al Quran setiap kali program berlangsung. Ahli lelaki dikehendaki berkemeja lengan panjang, bertali leher, berseluar panjang dan berkasut. Bagi perempuan pula, cukup dengan berpakaian kemas. Sementara menunggu sesi dimulakan, setiap ahli dikehendaki menyerahkan wang program ( rujuk ayat 58:12) ke dalam sampul yang disediakan. Kemudian sesi diteruskan dengan semakan hafazan setiap individu mengikut peringkat yang ditetapkan. Setelah selesai, pimpinan NI meneruskannya dengan mengarahkan ahli membaca ayat tertentu daripada surah tertentu. Kemudian ahli diminta supaya memberi pendapat mengikut fahaman mereka tentang ayat tersebut. Setiap ahli juga akan disoal bertalu-talu untuk menilai kefahaman mereka. Kebiasaannya tidak ada seorang pun yang menjawab mengikut seperti yang dikehendaki. Sebarang persoalan dibenarkan untuk diajukan. Keadaan ini seolah menunjukkan pimpinan bersikap terbuka tetapi jika ada yang berani bertanya, individu tersebut akan disindir dan diherdik kerana cuba menjadi pengacau di dalam kelas tersebut. Sebelum kelas berakhir, setiap ahli dikehendaki menyampaikan kesan dan pesan daripada program tersebut kemudian ditulis di atas kertas untuk direkodkan. Program berakhir jam 11 malam.
C) Infaq
Infaq merupakan parameter terpenting dalam menentukan tahap keimanan individu yang terlibat dalam organisasi ini. Setiap ahli dikehendaki membayar jumlah infaq yang berbeza mengikut tahap dan peringkat tertentu. Alasan yang diberikan ialah di dalam negara yang bathil ini pun bermacam cukai dan benda yang mesti dibayar. Oleh itu, untuk membina Negara Islam lebih banyak wang diperlukan. Ini kerana Allahlah yang meminta anda berjihad harta dan diri sebelum diangkat darjat olehNYA. Antara infaq yang ditetapkan ialah:
1.Harakah Ramadhan
2.Infaq individu
3.Harakah Korban Aidil Adha
4.Pendidikan
5.Projek Mega
6.Taifah ( office )
7.Granite
8.Sedekah Program Khas ( Ta'lim Ta'lum)
9.Intisodiah
Bayaran lain pula adalah seperti (58:12) setiap minggu, program kepimpinan, SMS, pengangkutan, kos sewa bangunan ,bil air dan elektrik, barang -barang pejabat dan stationary. Pembelian wajib yang 'diturunkan' oleh ulul amri seperti frozen food, jus minuman, minyak angin ,kuih muih dan sebagainya amatlah membebankan ahli. Jumlah keseluruhan boleh dianggarkan sekitar RM 1000.00 sebulan yang wajib dijelaskan tanpa memberi sebarang alasan.
Jika beralasan, maka akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi menambahkan keyakinan ahli. Ini tidak termasuk kos persediaan berhijrah ke NI iaitu RM 3,600.00 yang mesti di jelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, Ajaran Pemuda Kahfi ini bukanlah ajaran Islam seperti yang diperjuangkan. Ia adalah satu aliran agama baru yang bertopengkan ajaran Islam bagi mengelirukan pengikutnya yang dahagakan ilmu agama.Ia juga boleh di kategorikan sebagai golongan Islam Liberal dan Anti Hadis. Kepada sesiapa yang terlibat dan masih aktif, segeralah bertaubat. Kepada yang belum terlibat, berhati-hatilah dengan perangkap mereka.
Ikut nafsu tafsir al-Quran
Jika ditanya kpd org Islam,sape2 pun setuju utk tegakkan
negara Islam.Tapi apa yang berlaku ialah ia disusuli dengan
penyalahan akidah dan merosakkan iman.Ajaran pemuda kahfi yang
menggunakan Al Quran utk tarik pengikut baru telah menyimpang dari
ajaran islam yg sebenar.Jangan terpedaya dengan helah mereka.Jgn
anggap remeh.Ini ajaran sesat dan BUKAN AGAMA ISLAM.Ia adalah satu
agama baru yang membawa syariat dan ibadat yang baru mengikut
tafsiran mereka.Islam telah sempurna dan lengkap.Bukan perlu bermula
semula seperti sebelum zaman mekah.Mereka taksub dan bertuhankan
syeikh Abu toto,punya rasul sendiri,malaikat sendiri dan macam2.
Bayyinat ialah penjelasan dan mestilah berpandukan alquran dan
hadis.Bukan ikut nafsu tafsir quran.Ajaran ayah pin pun guna quran
utk bina kerajaan langit.Lebih hebat dari NI.Ajaran Qadiani telah
expansi ke seluruh dunia utk tegakkan ajaran Islam dan negara
Islam.Juga menggunakan pendekatan AL Quran dan bainat ikut tafsiran
mereka sendiri.Jika tak percaya boleh check markas mereka di Kg
Laksamana Batu Caves,Gombak Selangor.Golongan macam ni bersepah2 kat
Indonesia utk cari pengaruh dan peralatkan Quran.Disebabkan
tembelang telah pecah dan dah tak kahfi lagi di Indon,mereka cuba
pula di Malaysia.Sebenarnya mereka hanya nak RM anda utk penuhi
nafsu mereka.Infaq anda bolehlah diumpamakan jika berinfaq ke kuil
Hindu,tokong sami Buddha dan gereja Kristian.Tiada maknanya disisi
Allah.Sia sia saja.Sudahlah, keluarlah segera kawan2 jika anda
aktif..Ini bukan soal main2, bertaubat nasuha lah sebelum
mati.....Harap anda respond e-mail ini.
Saturday, April 15, 2006
area 1.2.3.4.5.6.7.8.9 ,slot 1.2.3.4.5
sumber
Terima kasih kepada en K.azman kerana setelah sekian lama baru
membalas e-mail saya.Pertamanya saya setuju dengan pendapat saudara
tentang hadis tersebut.itu tak dapat disangkal lagi.Tetapi ia bukan
menjadi alasan untuk kita sewenang-wenangnya mencipta satu golongan
baru, yang punya akidah baru, ibadat baru,syariat baru kononnya
semata2 utk jadi lebih islam.Saya bukan anti Negara Islam tetapi
anti ideologi dan akidah golongan puak NI/Persentren Alzaytun
ini.Saya berani katakan ini satu agama yang baru yang cuba meniru
agama islam.Pokoknya semua golongan ajaran sesat mengaku ia adalah
satu golongan yang tak termasuk dalam 73 golongan tersebut.Semuanya
guna hujah ayat2 Quran utk menegakkan fahaman mereka.Tanyalah
Qadiani,ayah pin, muktazilah,kerajaan Lia Aden, Al arqam semuanya
punya motive yg sama tegakkan Din, bawa quran dan bina negara. Apa
pendapat saudara tentang golongan selain 'NI'.Mesti anda kata mereka
yg sesat walhal matlamat dan niat mereka pun nak laksanakan quran
dan bina negara.Jika 'NI' berdebat dgn yang lain pasti saling tuduh
menuduh sesat antara satu dgn yg lain.
Saya tidak setuju jika saudara katakan perbezaan mazhab adalah satu
bentuk perpecahan.Pokok pangkalnya utk lihat sesat atau tidak rujuk
semula pada basic akidahnya.Perbezaan mazhab hanya dari segi
perlaksanaan ibadat tetapi bukan dari segi akidah.Elok saudara
mengaji habis bab ini sebelum buat apa2 kenyataan.berbeza dgn NI
yang completely berubah dari segi ibadat ,akidah, syariat ,hukum.Nak
kata berbeza, area 1.2.3.4.5.6.7.8.9 ,slot 1.2.3.4.5 semua buat cara
masing2.Itu bukan perpecahan ke?Saudara pun akui hal ini kerana
telah lama berada dlm puak ini kan.Saya faham keadaan saudara yg
mencari kebenaran dalam Ajaran Islam.Tak mengapa.Saya pun seperti
anda juga.tetapi jangan buat tanpa ilmu dan seperti lembu dicucuk
hidung.Tafsir Quran ikut nafsu dan aqal.Siapa anda utk mengatakan
orang yg syahadah,solat,puasa,zakat dan haji ikut cara rasullullah
tu sesat dan bukan Islam.Saya cabar anda umumkan bahawa semua konsep
ibadat tersebut bukan dari islam. Dan istihar kpd umum ibadat
andalah sahaja yg diterima Allah.Jangan berselindung alasan kahfi
utk sembunyikan kegiatan sesat anda.
Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah keluar segera dari ajaran
ini,bertaubat nasuha, perbaharui syahadah anda dan ajak kawan2 kita
yg lain keluar ramai2.itulah yg terbaik.Semoga anda sedari kesilapan
anda.Hubungi email saya selalu...
SPI ( Sistem Pendidikan Islam)
sumber
Akidah didalam Islam adalah kepercayaan dan iman kepada Allah
,malaikat,rasul ,kitab,hari qiamat dan qada' qadar dengan keimanan
yang
mutlak mengikut tunjuk ajar dari rasullullah saw. NI pemuda kahfi
juga
menggunakan istilah yang sama seperti akidah,iman,taqwa,infaq untuk
menunjukkan mereka lebih Islam tetapi menafikan rasullullah dalam
dalam
semua urusan ibadatnya. Dengan kata lain menggunakan aqal semata2
tanpa
merujuk tafsiran rasullullah didalam melaksanakan ibadatnya. Didalam
NI
pemuda kahfi ,segala yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar
tetapi
sebagai umat islam wajib beriman terhadapnya adalah'magik magik'
pada
mereka dan tidak akan diterima. Allah mestilah didalam bentuk
sesuatu,malaikat juga tidak ghaib, rasul juga masih wujud hingga
sekarang.
Di zaman saidina Abu Bakar, perkara yang paling utama dilakukan
beliau
selepas rasul wafat ialah memerangi golongan enggan bayar zakat dan
nabi
palsu. Kalau nak diikutkan apa lah salahnya istilah 'rasul'
(pesuruh)
digunakan oleh musailamah utk menyebarkan ajaran islam kepada
kaumnya.Mustahil Saidina Abu Bakar tak tahu makna rasul tu cuma
'pesuruh'.tetapi ia telah mengelirukan dan pecah belahkan umat serta
buat
ikut tafsiran/ fahaman sendiri.samalah macam perangai puak NI .
Di awal kegiatannya tidak nampak apa2 masalah tentang fahaman islam,
tetapi
di dalam kelas SPI ( Sistem Pendidikan Islam) yang lebih layak
dipanggil
Sistem Penyelewengan Islam, sudah mula dimasukkan serba sedikit
fahaman
mereka dan begitu pandai manipulasi ayat2 Quran untuk penuhi
kehendak
mereka.Senang cerita dah bukan ajaran islam lagi buat apa ikut.Bagi
yang
jahil agama sejak kecik akan seronoklah sebab tak perlu pening
kepala
nak
beribadat ikut cara Rasullulah, baca terjemahan quran dan huraikan
ikut
fahaman sendiri kemudian namakan ia sebagai 'ibadat mahunya Allah'.
Hah
senang kan. Yang bukan Islam dan tak tahu baca Quran pun boleh buat
tafsiran
begitu.
Thursday, April 13, 2006
Ingat Kartosuwiryo dengan DI/TII-nya ?
Sat Mar 25 2006 6:30 AM
PEMUDA MALAYSIA Ingat Kartosuwiryo dengan DI/TII-nya ? adakah hubungannya dengan N11 AL Zaytun ? Sekarang menjelma menjadi Pemuda Al Kahfi di negeri Jiran selengkapnya ...
Tuesday, April 11, 2006
Komen dari Slot 5 Area 4
Syukur ke hadrat Allah kerana telah menyedarkan saya dari kelekaan dan hanyut dari kancah gerakan sesat ajaran pemuda kahfi.Saya dari area 5 utara slot 4.Setelah lebih setahun aktif sebenarnya hanya sampah yang dipelajari.tak habis2 dgn gimik negara islamnya dan putar belit ayat Quran ikut hawa nafsu.Wang ringgit diperah habis habisan dan dibuat seperti kuda tunggangan.Ibarat lembu dicucuk hidung dah tak dapat bezakan mana yg hak dan bathil.Bila disoal dan pertikai akan diancam dengan ayat2 tertentu.Perkataan kafir,munafiq,musyrik,babi,anjing keldai dan sebagainya sudah lali dan sebati didengar.Kononnya guna bahasa Allah kepada makhluk.Yang keluar pula akan diancam dan dikecam.Kata laksana Islam tapi perangai lebih teruk dari Zionis dan komunis.Tak tahulah kalau betul2 memerintah nanti macam mana. Wallahua'lam.
Friday, March 24, 2006
Keluar dari NII? II
Samar wrote:
sebetulnya saya bersama rekan2 yang
lain. terjebak di dalam pengajian tilawah(sesi rekrut
awal) NII al Zaytun dan diperkenalkan dengan tauhid
mulkiah,rububiah,uluhiyah. merasa agak janggal kerana
mereka memperkenalkan solat aktual/ritual kerana
alasannya solat ritual tidak mencegah kemungkaran.
Tawheed versi RMU ini muncul sebelum Abi Karim atau
selepas kewujudan LK dan faksi KW IX?
Mengikut aqidah dan syariah NII versi yang saya
ikuti(pengalaman saya dan rakan yang sudah mundur):
1-boleh melakukan apa-apa saja untuk Negara(Allah yang
Zahir) demi tertegaknya Mulkiah,alasannya kerana
negara belum tertegak.
2-tidak wajib memakai tudung bagi akhawat
3-dilarang bersolat lima waktu,baik di luar program
baik di dalam. di sini jelas ciri ingkar hadith nya.
malahan jika bersolat ritual malahan dituduh menyembah
dinding(kesaksian seorang sahabat).jika ada yang solat
itu di dalam rangka difa'.
4-tidak wajib puasa,jika ada yang puasa itu di dalam
rangka difa'
5-bayar infaq,sedekah dan sebelum ke Negara,akan
diperkenalkan dengan lain-lain bayaran(harakat
Ramadhan,contohnya).
6-dosa boleh ditebus dengan wang,kadar ditentukan oleh
organisasi.
7- hadith diterjemah menggunakan rasio, contohnya Imam
Mahdi bagi mereka ialah pujian bagi orang yang
mendapat hidayah(huda). Juga prinsip
kerasulan,Muhammad itu sebagai predikat bagi mereka
yang membawa misi Muhammad, alasannya kerana Muhammad
turut digelar Ahmad(surah as-soff).
yang terjebak bukan setakat orang muda yang ghairu
mutazawwij,malahan ortu yang berumur 70 tahun,juga
mereka yang berpangkat nenek. ini hasil pentafsiran
"Wahai orang-orang beriman" itu ditujukan kepada
mereka,di luar faksi adalah berderajat binatang,muslim
bi jahalah,musyrik mulkiah,rububiah,uluhiyyah.
akibat pemahaman ini, mereka yang memang tidak
solat,tidak puasa sudah tentu amat senang sekali
kerana bagi mereka tindak tanduk itu memang tidak
dilarang agama. (edited)
Keluar dari NII?
samar
saya, pernah mengikuti pengajian NII al Zaytun di
Malaysia. Sekarang ini saya masih di dalam trauma serta fobia merasa
kafir akibat sesi brainwash mereka. umpamanya masih terasa seperti
binatang ternak akibat mabadiuth thalathah abi karim LK
enta dari faksi mana? NII faksi Imam SMK atau NII abu toto?
Ada apa-apa artikel atau buku yang boleh membantu?
ana sudah berurusan dengan ustaz umar abduh(cedsos dan LPPI) untuk
material. sekarang ini tugas untuk menarik kembali mereka yang terjebak
di dalam gerakan dhalul wa madhlul ini.
wassalam,
kalau butuh keperluan wang, insya Allah kabarkan,saya akan usaha.
emel diperoleh dari;
http://www.mail-archive.com/assunnah@yahoogroups.com/msg00213.html
Wednesday, March 22, 2006
Revolusi Cahaya atas Cahaya!
Klik:
Sumber satu
Sumber dua
Sumber tiga
Sumber empat
Sumber lima
Sumber enam
Monday, March 13, 2006
Komen....
said...
pengalaman lebih tujuh tahun mengikuti perkembangan kumpulan ini yang jelasnya tidak ada kebaikan yang pastinya yang dekat bertambah jauh,yang mulia bertambah hinanya.yang berani bertambah takutnya.
Apa tidaknya dari kekuatan dari keluarga harmoni serta berbahagia jadi porak peranda dibuatnya.Merika yang berani berdakwah atas kebenaran secara terangan kini memaksa dirinya berdakwah secara senyap dalam kelompok kecil katanya inilah cara ASHABUL KAHFI.sebenarnya merika dibuai angan angan dan dibuai mimpi.sedangkan kenyataannya lebih 10 tahun bergerak tidak ada apa yang nampak,tapi jelasnya pemimpin senang lenang dengan memerah keringat pengikut atas nama NEGARA ISLAM, sedangkan pihak yang berkuasa terkial kial mencari bukti serta mengumpulkan maklumat.Dalam tika yang sama telah berapa banyak umat yang telah disesatkan.
Mungkin pendapat saya masih tidak memudaratkan negara dan tidak menyentuh kepentingan politik.Dalam menangani isu isu lain pihak berkuasa dan berwajib dapat menyelesaikan dalam masa singkat,tidak saperti masaalah ini dah melebihi 10 tahun.
Walau bagaimana pun sama samalah kita tunggu dengan 1001 pengharapan dari ALLAH.Kami yang berkait rapat akan memberi kerjasama sepenuhnya hingga terungkai segala permasaalaha.
Sunday, March 12, 2006
Buku-buku mengulas mengenai sejarah dan pandangan kepada Gerakan Pemuda Kahfi
2-Penyimpangan & Kesesatan Ma'had al Zaytun
3-Al Zaytun Gate,Investigasi Mengungkap Misteri,Dajjal Indonesia membangun Negara Impian Iblis
4-Fakta Kesesatan Tafsir Negara Islam Indonesia Panji Gumilang
5-VCD AL-ZAYTUN GATE (KESESATAN NII)
6-VCD Lawatan/Ucapan Hendro(Kepala Intelijen) di al Zaytun
7-Data Draft buku (Tadjudin al Fath, mantan 8 tahun NII al Zaytun-5 tahun di teritorial,3 tahun di al-Zaytun)
8-Data Draft buku (Ma'had al Zaytun Sebuah Gerakan Keagamaan Dalam Perspektif Hermeneutika), Indonesian Institute for Society Empowerment,INSEP dengan kerjasama Department Agama RI
Dapatkan CD dan Buku Kesaksian Korban NII Al Zaytun dengan berkirim surat ke alamat : Jl. Tebet Timur Dalam VIII-X No 7 RT 07 RW 09 Tebet Timur - Jakarta Selatan
boleh email Ustaz Umar Abduh di umar-abduh AT operamail DOT com untuk pertanyaan penghantaran dan harga selengkapnya.
Buku lain yang anda boleh baca dan rujuk ialah;
1-Aliran dan Paham Sesat di Indonesia, Hartono Jaiz
2-NII dalam Timbangan Akidah, Suroso Abdul Salam ,sila klik sini
3- Pengantar pemikiran politik proklamator negara Islam Indonesia S.M.Kartosoewirjo : mengungkap manipulasi sejarah Darul Islam/DI-TII semasa orde lama dan orde baru / Al-Chaidar
Komen pembaca...
sumber
tahniah kepada tuan punye blog. memang jelas gerakan ni sedang berkembang dengan drastik. Saya sendiri telah diapproach oleh mereka. 3 orang kawan saya jugak diapproach. Mujur kami tidak terpengaruh. Malangnya ade 2 org rakan saya (1 from office, 1 from highschool dulu) dahpun involve. Harap tuan blog dapat bagi tips2 untuk kami menarik mereka ke landasan yg betul
Mengenali 10 ciri utama ajaran sesat
AJARAN sesat adalah satu ancaman kepada umat Islam dan negara sejak dulu hingga sekarang. Terbaru di Hulu Kelang, Selangor, seorang yang mengaku dirinya Rasul Melayu ditahan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor. Kemudian negara dikejutkan dengan “Kerajaan Langit” Ayah Pin di Besut, Terengganu yang sedang diambil tindakan termasuk merobohkan bangunan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Selain dua ajaran itu, ada lebih 20 ajaran sesat lain yang masih aktif di negara ini dan sedang dalam pemerhatian pihak berkuasa agama. Umat Islam khususnya di negara ini sewajarnya sentiasa berwaspada terhadap ajaran karut dan sesat yang sentiasa berusaha menyelinap masuk ke dalam diri dan masyarakat. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ialah mengenal ciri-ciri yang sering ada dalam sesuatu ajaran berkenaan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti lebih 50 ciri-ciri ajaran sesat. Di bawah ini diterangkan 10 ciri utama ajaran sesat untuk dijadikan panduan agar tidak mudah terperangkap. 10 ciri ajaran sesat:
1. Mengaku Allah menjelma dalam dirinya: Ciri ini pernah wujud dalam kumpulan ajaran sesat di negara ini, antaranya ajaran Hasan Anak Rimau dan ajaran Tajjalli atau Hakikat Insan Ahmad Laksamana di Kelantan. Ajaran seperti ini pernah di bawa oleh Abu Mansor Al-Hallaj di Baghdad. Beliau telah dihukum bunuh oleh ulama. Ajaran ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dari beberapa sudut. Antaranya meletakkan Allah bertempat, Allah mengambil ruang dan berpindah-pindah dan tuhan bersatu dengan makhluk.
2. Guru mengaku pegang kunci pintu syurga: Persoalan syurga adalah suatu yang ghaib, hanya Allah saja yang boleh menguasainya. Dalam hal ini tidak seorang pun boleh masuk campur tangan, apatah lagi untuk memegang kuncinya. Ciri sesat ini pernah dibawa oleh ajaran sesat Hasan anak Rimau dan ajaran Ayah Pin di Hulu Besut, Terengganu. Ajaran ini telah meletakkan alam ghaib boleh dikuasai manusia.
3. Pengikut saja dijamin masuk syurga: Menentukan hanya kumpulan mereka saja yang betul dan menafikan yang lain seolah-olah meletakkan bahawa Islam hanya kepunyaan pihak tertentu. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa Islam adalah hak semua manusia dan sesiapa saja yang memeluk agama benar ini akan selamat. Inilah di antara penyelewengan dalam pegangan dan amalan tarekat sesat seperti ajaran Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin, yang mengaku dirinya memegang kunci Syurga boleh menjamin pengikut-pengikutnya masuk syurga.
5. Percaya guru boleh tebus dosa dengan wang. Kepercayaan sebegini amat bertentangan dengan ajaran Islam, kerana agama Islam tidak pernah membenarkan sesiapa saja menggunakan wang untuk menebus dosa. Dalam Islam persoalan dosa boleh diampunkan Allah dengan memohon ampun dan taubat dengan cara dan syarat tertentu. Banyak ajaran sesat telah menawarkan pakej seperti ini untuk mengaut wang secara mudah tanpa dipersoalkan oleh pengikut ajaran berkenaan. Selain itu guru dapat mengikat hati pengikut agar tidak menarik diri dari kumpulannya.
6. Mengaku mengetahui perkara ghaib, dapat menilik nasib seseorang: Antara ajaran sesat yang mendakwa seperti di atas ialah ajaran Hakikat Insan, ajaran Ayah Pin ajaran Ilmu Ladunni dan ajaran Haji Banuar. Seorang yang mengaku mengetahui perkara yang ghaib dianggap telah kufur, mengikut satu fatwa yang disebut dalam kitab Fatawa al-Aqidah oleh Syeikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin, salah seorang anggota ulama di Fakulti Syariah kerana telah mengingkari dan membohongi. Begitu juga menilik nasib adalah amat ditentang oleh Islam.
7. Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu: Wahyu adalah satu perkara yang khusus bukan umum, wahyu hanya diturunkan kepada hamba Allah yang tertentu saja iaitu para nabi dan rasul. Oleh yang demikian, orang yang mendakwa menerima wahyu itu sebenarnya adalah palsu dan pembohong, kerana tiada lagi nabi dan rasul setelah wafat nabi Muhammad saw.
8. Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat: Kepalsuan dakwaan ini jelas sekali kerana dalam ajaran Islam tidak akan berlaku lagi sesuatu mukjizat ke atas seseorang pun selepas kewafatan nabi Muhammad saw.
9. Meminta pertolongan terus daripada orang mati: Memohon sesuatu urusan dari orang yang telah mati adalah suatu yang amat dilarang oleh agama Islam kerana ia suatu perbuatan syirik kepada Allah swt.
10. Mempercayai roh orang mati boleh beri pertolongan apabila diseru namanya: Ini juga suatu perkara yang tidak diajar oleh nabi. Ia adalah suatu perkara kufur kepada Allah swt. Adalah menjadi harapan Jakim dengan penjelasan ini umat Islam dapat menjadikan panduan agar dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dalam ajaran sesat. – Rencana sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
sumber: berita minggu 07 Ogos 2005
Thursday, March 09, 2006
Lepas...
KUALA LUMPUR 19 April - Sebuah pondok pengajian agama di Indonesia, Pesantren Al-Zaytun yang terletak di Indramayu, Jawa Barat yang turut menempatkan kira-kira 150 pelajar Malaysia kini sedang disiasat oleh Kementerian Hal Ehwal Agama negara itu kerana dipercayai terlibat dalam ajaran sesat.
Antara kesesatan yang didakwa dilakukan ialah pimpinan pondok berkenaan menganggap orang lain di luar gerakan mereka adalah kafir, termasuk ayah dan ibu kandung sendiri.
Sementara ayah kandung yang tidak menyertai gerakan itu tidak layak menjadi wali nikah anak mereka.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan di sini dilaporkan sedang mengawasi perkara tersebut sebelum memutuskan tindakan lanjut yang boleh diambil.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Swastanya, Datuk Hassan Hashim mengesahkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu lalu.
Sehubungan itu, kementerian telah menghantar sepasukan pegawai penyiasat ke sebuah agensi yang bertanggungjawab mengurus kemasukan pelajar Malaysia ke pesantren Al-Zaytun.
``Kita ada menghantar pegawai ke agensi yang terletak di Shah Alam, Selangor itu untuk mendapatkan maklumat semalam,'' katanya kepada Utusan ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, laporan itu apabila siap kelak akan diserahkan kepada Musa.
Siasatan ke atas pondok pengajian berkenaan dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas Forum Ulama Umat (FUU) Bandung pada 16 Februari lalu mengeluarkan fatwa rasmi bahawa pondok berkenaan menyebarkan ajaran sesat.
Malah pondok itu juga menurut siasatan yang dijalankan oleh pihak Indonesia menunjukkan terdapat amalan `menebus dosa' dilakukan di situ.
Amalan tersebut dilakukan oleh ahli-ahli yang bergabung dengan pesantren berkenaan dengan cara membayar wang dengan kadar yang bergantung kepada besar dosa yang dilakukan.
Sementara itu, seorang pendakwah bebas di Malaysia mendakwa antara ajaran sesat yang disebarkan di situ ialah umat Islam yang berada di luar kawasan pesantren Al-Zaytun tidak wajib mendirikan solat.
Berikutan fatwa dan aduan yang dibuat oleh bekas pelajar pondok itu, pihak berkuasa Indonesia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai Majlis Ulama Indonesia (MUI), Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia dan Institut Sains Indonesia bagi menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh pondok pengajian tersebut.
Jawatankuasa itu juga dianggotai pihak polis yang bertanggungjawab menjalankan siasatan daripada segi jenayah.
Menteri Hal Ehwal Agama Said Agil Munawar semalam berkata, kajian sedang dijalankan bagi menentukan sama ada sekolah itu menyebarkan ajaran salah.
Beliau memberi amaran bahawa jika terbukti pondok pengajian itu menjalankan amalan bertentangan dengan Islam, pihaknya tidak akan teragak-agak menutupnya.
`'Kalau memang ada penyimpangan dalam masalah agama, kita akan tutup,'' katanya seperti dilaporkan akhbar Republika dalam talian hari ini.
Menurut Said Agil, setakat ini terdapat bukti-bukti menunjukkan berlaku penyelewengan ajaran Islam oleh pondok itu dan semua ini memerlukan penjelasan pimpinan pusat pengajian itu. Ketika ini, kira-kira 6,000 pelajar belajar di situ. Ia memiliki bangunan indah serta moden yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Di pekarangan pondok itu terdapat sebuah hotel kelas sederhana untuk menampung keperluan pelawat dan ibu bapa yang menziarahi para pelajar.
Wednesday, March 01, 2006
Ajaran kumpulan Pemuda Kahfi boleh pesong akidah
13.10.2005 - KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan kumpulan Daulah Islamiyah Nusantara (DIN)/Pemuda Kahfi, sebagai menyebarkan ajaran yang salah dan boleh memesongkan akidah umat Islam.
Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata siasatan menerusi Unit Penyelidik jabatan itu menunjukkan kumpulan berkenaan berasal dari Indonesia dan didapati menyeleweng dan berselindung di sebalik siri pengajian tafsir al-Quran.
Katanya, Jais setakat ini sudah mengumpul maklumat mengenai kumpulan berkenaan, tetapi masih memerlukan masa untuk mengenal pasti markas dan lokasi yang dijadikan transit bagi menjalankan aktiviti.
“Jais sudah menyiasat ajaran kumpulan ini dan sehingga kini sudah mengumpul maklumat dan bukti tertentu yang menunjukkan ia jelas menyeleweng dan kita akan terus siasat bagi menjejaki mereka.
“Setakat ini pendedahan yang dilakukan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan beberapa bekas anggota kumpulan itu masih belum mencukupi kerana kita masih tidak mengetahui lokasi sebenar kumpulan itu.
“Walaupun mereka bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain untuk mengelak diketahui umum, kita boleh menjejaki mereka sekiranya ada maklumat seperti di mana tempat pertemuan atau sesi pengajian al-Quran,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Akhbar pada 29 September lalu, melaporkan kumpulan Din/Pemuda Kahfi mendakwa dapat membantu pengikutnya menebus dosa dengan ‘wang taubat’ RM300. Ia didedahkan seorang bekas pengikut kumpulan itu pada sidang media bersama Presiden Abim, Yusri Mohamad.
Kumpulan itu juga mendakwa solat tidak perlu dan bukan pengikutnya dianggap kafir, manakala rasul masih wujud sehingga sekarang, termasuk di kalangan tenaga pengajar pergerakan itu.
Kumpulan ajaran sesat bermatlamat wujud empayar Islam disiasat
Polis akan menyiasat dakwaan mengenai kewujudan sebuah kumpulan ajaran sesat yang bermatlamat menubuhkan empayar pemerintahan Islam atau negara Islam yang dikesan bergiat aktif dengan berselindung di sebalik kelas pengajian al-Quran.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan berkata, ini kali pertama beliau mendengar mengenai kewujudan kumpulan itu dan mahu siasatan dijalankan.
Beliau memberitahu pemberita selepas menutup Konvensyen Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2005 di sini hari ini.
Musa mengulas laporan akhbar hari ini tentang kewujudan satu kumpulan ajaran sesat yang bermatlamat mewujudkan empayar pemerintahan Islam atau negara Islam yang dikesan bergiat aktif dengan berselindung di sebalik kelas pengajian al-Quran. Kegiatan kumpulan yang bergerak secara rahsia dan tersusun itu dikesan hasil kajian dan penyelidikan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sejak lebih enam bulan lalu.
ABIM mula melakukan penyelidikan itu setelah menerima maklumat daripada beberapa orang bekas anggota kumpulan sesat berkenaan.
Menurut Presiden ABIM, Yusri Mohamad, kumpulan yang bergerak atas nama Daulah Islamiah Nusantara (DIN) atau Pemuda Kahfi itu dipercayai bergerak aktif di negara ini sejak lebih 10 tahun lalu.
Petikan : Utusan Malaysia
"Deviant cult in Klang Valley"
("New Straits Times," September 29, 2005)
Kuala Lumpur, Malaysia - A deviant cult has been recruiting people in the Klang Valley under the guise of teaching them about the Quran.
Known as the "Kumpulan Din" or "Pemuda Kahfi", their recruitment methods are thought to be similar to those of the Negara Islam Indonesia (NII) or Darul Islam sect — a militant group which wants to set up an Islamic state in Indonesia.
A 25-year-old former member of the sect known as "Muhamad", who defected, has decided to inform the authorities of the cult.
"This group is active in Gombak, Ampang, Kajang and Seri Kembangan," he said.
According to him, the group interpreted the Quran literally and rejected the teachings of the Hadith (narrations about the life of the Prophet Muhammad).
The group’s teachings include the idea that members of the cult will eventually form a new "Islamic state".
Followers of the cult likened Malaysia to Mecca before the coming of the Prophet and they will perform a hijra.
Angkatan Belia Islam Malaysia president Yusri Mohamad said details of the deviant cult had been sent to the Islamic Development Department and the police.
Tuesday, February 28, 2006
Ajaran sesat Kumpulan Din/Pemuda Kahfi
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak keselamatan agar memantau rapi aktiviti agama khususnya ajaran dan amalan Kumpulan Din atau Pemuda Kahfi.
Berdasarkan modus operandi kumpulan terbabit, Abim juga yakin ajaran Kumpulan Din menyeleweng daripada ajaran Islam.
Presiden Abim, Yusri Mohamad, dalam satu sidang media khas di Anjung Rahmat, Gombak, dekat sini hari ini, mendedahkan aktiviti Kumpulan Din atau Pemuda Kahfi yang bergerak melalui siri pengajian tafsir al-Quran.
"Abim memandang serius isu ini yang melibatkan beberapa ajaran yang boleh menyebabkan umat Islam keliru dan terjebak dalam sebuah lagi ajaran yang akan merosakkan masyarakat Islam," katanya.
Menurut Yusri, kumpulan terbabit pada peringkat awalnya melibatkan kelas pengajaran dan pemahaman al-Quran yang dilakukan secara tersusun dan rahsia.
Katanya elemen kerahsiaan begitu tinggi dapat dilihat melalui tempat belajar yang berubah-rubah, transit kereta, menutup mata dalam perjalanan, eksploitasi kewangan atas nama pembelajaran al-Quran.
"Kerahsiaan nama penyampai pengajian dan tidak membenarkan pengajian ini diketahui umum, keahlian sesama ahli dalam gerakan juga dirahsiakan malah mempunyai beberapa lapisan pemimpin yang tidak dikenal pasti," katanya.
Dalam pada itu, Yusri juga mengesyaki kumpulan terbabit bermotif mengumpul dana memandangkan pengikut dikenakan yuran sehingga RM3,500 sebaik sahaja tamat pengajian mereka.
Jelasnya, kumpulan Pemudah Kahfi ini akan mengenakan bayaran sebelum memasuki kelas tilawah prospek (orang baru) dikehendaki membayar wang 'taubat' dengan nilai minimum RM300.
Tambahnya, wang 'taubat' itu adalah tambahan kepada RM1,000 yang telah dibayar untuk menyertai kelasnya sebagai pendaftaran awal, RM60 bulanan, RM70 untuk pembelian barang keperluan dan RM3,500 untuk bayaran melawat 'Negara Islam'.
"Kumpulan ini mensasarkan orang Islam sahaja, umurnya pula tidak tua dan tidak muda yang penting pengikutnya adalah orang bekerja dan mempunyai gaji lumayan," kata beliau.
Beliau juga mendakwa ajaran ini pun sudah memasuki kampus-kampus institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Justeru, Abim menyeru umat Islam mengambil sikap berhati-hati memantau ahli keluarga dalam mengikuti pembelajaran agama terutama sekali berkait rapat dengan modus operandi atau pendekatan yang didedahkan.
Pengakuan sulit bekas ahli Pemuda Khafi
Seorang pemuda yang enggan mendedahkan identiti kerana dibimbangi dicari oleh pengikut-pengikut kumpulan terbabit yang dikatakan pergerakan mereka sungguh licik dan sistematik, bersedia membuat pengakuan kepada media.
Pemuda terbabit menceritakan bagaimana beliau terjebak dalam kegiatan kumpulan berkenaan tiga bulan yang lalu.
Pada mulanya beliau telah diajak untuk memdalami ilmu agama Islam dan al-Quran oleh seorang teman lama waktu sekolah dahulu.
Katanya, bagaimanapun beliau tidak diberitahu tempat dan masa untuk mengikuti kuliah agama itu, sebaliknya akan dihubungi kemudian.
Sebaik sahaja dihubungi, beliau akan dijemput oleh salah seorang pemimpin kumpulan itu dan di bawa satu tempat di Shamelin Perkasa selepas berpusing-pusing di kawasan itu untuk mengelak daripada ‘orang kafir’ nampak mereka.
"Kata pemimpin kumpulan ini, orang yang ada di sekelilingnya tidak kira Islam ataupun bukan, semuanya kafir," katanya kepada wartawan.
Beliau juga menceritakan bagaimana dirinya boleh terdorong untuk mengikut ajaran berkenaan.
Beliau dibawa berjumpa dengan gurunya yang dikenali sebagai penyampai, pendamping, sponsor (orang yang menariknya mamasuki kumpulan ini) dan calon (dirinya sendiri).
"Saya kena berhadapan ketiga-tiga guru itu, dan di sini proses indoktrinasi kepada saya berdasarkan tiga nisbah satu bertolak kepada keyakinan baru yang diperoleh prospek akan meneruskan pengajaran di sesi berikutnya," jelasnya.
Tambahnya, kelas pengajaran bermula dengan program 'brainwash' atau digelar 'pembasmian fahaman jahiliah' yang dilakukan selama enam bulan.
"Proses ini dinamakan Sistem pendidikan Iqra'/Islam (SPI) yang hanya boleh disertai setelah tamat sesi pengenalan (4 sesi dengan tema besar - masa yang diambil kurang daripada 2 minggu)," katanya.
Tegasnya, doktrin utama kumpulan ini berpandukan kepada empat tema besar antaranya, akidah, contohnya, pengertian kalimah syahadah pada frasa Muhammad ur-Rasulullah mereka memberi makna bahawa perkataan Muhammad bukan merujuk kepada Nabi Muhammad tetapi kepada umat, gerakan atau sesiapa sahaja yang menyebarkan risalah Islam.
Selain itu, katanya, konsep Nubuwwah (kerasulan/kenabian) yang pada mereka diyakini berterusan sehingga kiamat, selagi ada orang yang menyebarkan Islam maka orang tersebut adalah juga Rasul.
Tema yang kedua, katanya ialah Sunnah, seperti, sunnah pada mereka diertikan sebagai 'apa yang Muhammad buat setelah dilantik menjadi Rasulullah.
Dan tema yang ketiga, kata beliau, ialah ibadah iaitu mereka berpendapat, solat terbahagi kepada dua jenis iaitu 'solat aktual' dan 'solat ritual'.
Katanya, menurut mereka 'solat ritual' adalah solat seperti biasa yang pada mereka hanya dijalankan di tempat-tempat aman dan suci seperti di rumah manakala 'solat aktual' adalah sebarang aktiviti dakwah atau pelaksanaan ajaran keislaman (ataupun tilawah dalam istilah mereka) yang dilakukan, pada mereka ini juga adalah solat.
Atas dasar solat inilah beliau mula berfikir bahawa ajaran mereka adalah sesat dan daripada sinilah beliau mula keluar daripada kumpulan terbabit.
Beliau juga menyatakan antara dasar-dasar ajaran Kumpulan Pemuda Kahfi ini juga, rasul tetap diutus sehingga kiamat, wajib ikrar taat setia (bai'ah) kepada imam (pemimpin), dosa boleh ditebus dengan wang bergantung sama ada besar atau kecil jumlah wang ditentukan pemimpin, di luar kelompok mereka adalah kafir, membahagikan suasana persekitaran kepada zaman Makkah dan Madinah dan sekarang zaman Makkah maka syariat tidak perlu dijalankan.
Menurut pemuda itu, beliau telah dikenakan bayaran sebanyak RM1,360 sepanjang tilawahnya enam bulan dan ramai di kalangan ahli keluar dari kumpulan ini kerana tidak mampu untuk membayar wang 'taubat' itu. – lanh
Monday, February 27, 2006
Ajaran kumpulan Pemuda Kahfi boleh pesong akidah
3.10.2005 - KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan kumpulan Daulah Islamiyah Nusantara (DIN)/Pemuda Kahfi, sebagai menyebarkan ajaran yang salah dan boleh memesongkan akidah umat Islam.
Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata siasatan menerusi Unit Penyelidik jabatan itu menunjukkan kumpulan berkenaan berasal dari Indonesia dan didapati menyeleweng dan berselindung di sebalik siri pengajian tafsir al-Quran.
Katanya, Jais setakat ini sudah mengumpul maklumat mengenai kumpulan berkenaan, tetapi masih memerlukan masa untuk mengenal pasti markas dan lokasi yang dijadikan transit bagi menjalankan aktiviti.
“Jais sudah menyiasat ajaran kumpulan ini dan sehingga kini sudah mengumpul maklumat dan bukti tertentu yang menunjukkan ia jelas menyeleweng dan kita akan terus siasat bagi menjejaki mereka.
“Setakat ini pendedahan yang dilakukan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan beberapa bekas anggota kumpulan itu masih belum mencukupi kerana kita masih tidak mengetahui lokasi sebenar kumpulan itu.
“Walaupun mereka bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain untuk mengelak diketahui umum, kita boleh menjejaki mereka sekiranya ada maklumat seperti di mana tempat pertemuan atau sesi pengajian al-Quran,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Akhbar pada 29 September lalu, melaporkan kumpulan Din/Pemuda Kahfi mendakwa dapat membantu pengikutnya menebus dosa dengan ‘wang taubat’ RM300. Ia didedahkan seorang bekas pengikut kumpulan itu pada sidang media bersama Presiden Abim, Yusri Mohamad.
Kumpulan itu juga mendakwa solat tidak perlu dan bukan pengikutnya dianggap kafir, manakala rasul masih wujud sehingga sekarang, termasuk di kalangan tenaga pengajar pergerakan itu.
sumber
Ajaran sesat NI Pemuda Kahfi di Malaysia adalah cawangan Persantren AlZaytun.Ramai yang terpengaruh dengan ajaran ini kerana kagum dengan 'rasul'nya yang pandai memutarbelitkan ayat Quran untuk kepentingan mereka.Golongan ini sedang merancang untuk membina sebanyak mungkin markas yang sama seperti Pesentren AlZaytun ke Malaysia.Dalam masa yang sama mengembangkan ideology agama sesat mereka.Kepada yang aktif bertaubat nasuhalah sebelum anda mati.