Thursday, May 11, 2006

Ahli terbaru@Mac 2006

Assallamualaikum Mantan gerakan pemuda kahfi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana saudara membuat blog berkaitan gerakan pemuda kahfi.

Saya di ajak oleh member saya untuk menyertai gerakan ini pada bulan Mac pada tahun ini dan saya baru habis kursu PAD ( porgram asas district ) pada minggu yang lepas.setakat ini apa yang saya pelajar masih tidak menyimpan dari syariah islam.

Dan apakah benar kumpulan ini akan menolak sembahyang dan ibadah lain seperti puasa ,zakat dengan pemahaman mereka sendiri?
diharap en dapat membantu saya dengan penerangan yang lebih jelas..kerna setakat ini mereka ada menerangkan benda seperti silah..tapi tidak lagi menolak sholat..walaupun saya akui ramai peringkat atasan dilihat tidak bersolat.

memang hati saya ada bertanya-tanya adakah jalan yang saya lalui ini lurus atau tidak.malah saya yakin awal2 lagi masa proses tilawah ramai yang memikirkan benda yang sama.tapi disebabkan di talukan dengan ayat2 al-quran ramai yng berdiam diri dan menerima seadanya ideologi gerakan kahfi.

Gerakan ini juga penuh dengan kerahsian,malah nama gerakan ini pun sampai sekarang saya tidak tahu..selamat ada google dan yahoo..dapat juga saya buat kajian mengenai gerakan ini..dan hasil dari persamaan yg ditulis dari blog saudara dan laman web abim.saya dapat melihat gerakan ini bernama DIN atau gerakan pemudfa kahfi.

Yang menjadi permasalahanya adakah tidak berbahaya untuk keluar dari gerakan ini..dan bagaimanakah saya ingin membantu bapak ( iaitu teman yang mengajak saya ) dan teman2 yang lain untuk kembali ke pangkal jalan.

Saya harap saudara dapat membantu saya..agar saya dapat membantu yang lain

Yang Benar
Hamba Allah

Pertamanya saya ingin ucapkan 'TAHNIAH' kepada terungman kerana anda telah
terpilih untuk mengikuti sesi kelas SPI (Sistem Pendidikan Islam @ Sistem
Pemesongan Iman) didalam gerakan Ajaran Pemuda Kahfi ini.Bukan mudah
sebenarnya untuk dipilih didalam gerakan ajaran sesat ini, hanya yang benar2
layak sahaja boleh joint.Betul tak??
Saya juga seperti saudara, seorang yg berfikiran positive, dahagakan ilmu
agama,dan mahu Islam berada diatas.Telah aktif lebih setahun dalam ajaran
sesat ini dan nekad keluar akhirnya setelah menjadi EXECUTIVE untuk slot
saya.Sebenarnya bila telah berada diatas barulah anda nampak pemesongan
ajaran ini.Saudara beruntung kerana lahirnya laman web ini bertindak untuk
menghalang ajaran ini dari terus berleluasa.Dahulu saya tidak ada sebarang
rujukan/ klu tentang NI dan menyebabkan saya menganggap inilah jalan yg hak
disisi Allah.
Mungkin saudara amat teruja/impress apabila dibacakan ayat2 tertentu
mengikut kehendak mereka.Memang hebat!! sebab pengalaman mereka dah 'expert'
lebih 10 tahun dalam menyesatkan umat Islam di negara ini.Percayalah saudara
pun akan menjadi begitu setelah tiap minggu 'ditilawahkan' dengan fahaman
mereka hingga saudara naik pangkat tertinggi di dlm organisasi ini.
Pada peringkat awal memang tidak nampak mana silapnya kerana itulah anda
lepasi sesi silah,akidah,sunnah,ibadah dan perlaksanaan. Tujuan sesi ini
adalah untuk menanam akidah dan fahaman baru tentang ajaran mereka dan
menolak perlaksanaan Islam sekarang ini.Setelah anda setuju dan mengaku
kafir barulah layak hijrah 1. Untuk maklumat lanjut tentang akidah dan
fahaman ajaran ini sila rujuk penulisan saya 'Persentren Alzaytun Sebuah
Negara Islam?' didlm blog Gerakankahfi. Sebenarnya 'bapa' saudara itu pun
tak tahu menahu yang ajaran ini ialah ajaran sesat.Dia pun tertipu dengan
gimmik negara Islam tersebut.Jika awal2 lagi diberitahu solat yg sebenar
ialah 'actual' merujuk pada program2 mereka dan bukan 'ritual' ,mereka
sebenarnya tafsif hanya ikut akal dan nafsu maka ramailah nanti yg akan
tarik diri. Tiada nas dari hadith soheh yg menyokong hujah mereka.Kebanyakan
Bayyinat2 inilah yg merosakkan iman,akidah dan ibadat kita sebagai org
Islam. So, apa bezanya dgn ajaran sesat lain (eg: ayah pin,bhai,qadiani,
kerajaaan Lia Aden)yg guna quran dan tafsir ikut aqal sendiri? Disiplin
tafsir Alquran ialah sebaiknya dari Alquran sendiri,jika tiada hendaklah
rujuk hadith soheh/mutawatir dan jika tiada ijmak ulamak dan akhir sekali
ijtihad.

Apa yg perlu anda lakukan sekarang ialah buat keputusan keluar segera dari
ajaran ini.Jgn anggap remeh.Ini soal akidah. Mahukah anda setelah mati nanti
jenazahnya tidak dimandikan ,dikafankan, disembahyangkan dan ditanam.Hanya
semata2 kaifiyat tersebut tidak tertulis didalam alquran.Jgn takut dengan
ugutan mereka.Mereka tak berani jika anda kata nak report polis.Tetapi
sebelum itu anda dapatkan no contact dan email add semua kawan2
anda.Kemudian syorkan mereka utk surf laman web gerakankahfi ini.Dapatkan
alamat lengkap office/masjid/kelas anda dan buat polis report.Pastikan
ajaran sesat ini benar2 terkubur.Wallahu a'lam.

Panel Mantan Gerakan Al Kahfi

Soalan dan Jawapan dipos kepada gerakan DOT kahfi AT gmail DOT com

1 comment:

Anonymous said...

Saya bersyukur kpd Allah kerana telah menyelamatkan akidah saudara. Ajaran sesat ni pernah juga menguji saya melalui teman kolej saya 2 tahun lepas (nama dia Suhaimi dari Saujana Puchong - sekarang ko dah tak dpt berahsia lagi mcm ajaran ko- moga2 ko dah bertaubat). Alhamdulillah, dlm mencari ilmu ni, kita memang kena pasti sumber2 yang berikan. Satu je saya nak tambah melalui pengalaman saya dgn pemuda gua sesat ni, mereka akan terjemah Bismillahhirahmanirahhim sebagai maksud yang aku pon tak pernah dengar. (alhamdulillah aku belajar Arab kat UiTM). Satu je saya perasan ajaran sesat ni, dorang akan menolak solat 5 waktu dan ada unsur2 minta duit. Wallahualam