Saturday, May 13, 2006

Ayuh Benteras Ajaran Pemuda Kahfi...

sumber

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kpd saudara kerana dari cara
penulisan saudara tidak kelihatan seperti taksub kpd ajaran pemuda
kahfi/persentren alzaytun ini.Apa yang saya fokuskan selama ini ialah
penyelewengan akidah didalam ajaran ini. Tentang fikir ummah saudara
terhadap kerajaan malaysia dan masalah sosial sekarang adalah tanggungjwb
setiap muslim ,ulama' dan umara' di negara ini. Nabi bersabda 'jika kamu
melihat kemungkaran hendaklah ditegah dgn tangan,jika tak berupaya dgn lidah
dan tak berupaya dgn hati dan itulah yg selemah2 iman'. Tetapi
penyelesaiannya bukanlah dgn masuk ajaran pemuda kahfi/persentren
alzaytun.apa pula jaminan masalah tersebut akan selesai setelah masuk ajaran
ini.Saya pernah katakan tidak anti Negara Islam tetapi Anti ideology dan
ajaran serta akidah persentren alzaytun ini.

Pada pendapat saya, masalah ajaran sesat lebih bahaya dari masalah sosial yg
saudara sebutkan.Ini kerana akidah tersebut akan diperturunkan dari generasi
ke generasi hingga tidak dapat dibendung kesesatannya.
Gejala sosial bermula dari rumah, dan keluargalah yang mencorakkan anak2
mereka untuk jadi Islam,kristian,majusi atau nasrani.jika mereka tidak
dibimbing ,diberi perhatian maka mudahlah gejala kuning mempengaruhi mereka.

Tentang persoalan Islam bangkit akhir zaman dan merindui kebangkitan
tersebut bukanlah saudara sorang je yg merinduinya.Ia menjadi sesuatu yg
dinantikan setiap umat islam seluruh dunia.tetapi sudah tentu ia bukan
ajaran sesat persentren alzaytun.Anda silap jika menyangka puak inilah yg
ditunggu2 seluruh umat islam.Siapalah nak menulis tentang kesesatan mereka
dimajalah2 atau didada akhbar tetapi itulah yg diterap dalam kelas2 mereka
selama ini. Bayyinat2 sesat mereka tak mungkin diketahui melalui tulisan
dimajalah tersebut dan takkan diketahui umum sehinggalah mereka terlibat
dalam ajaran ini secara serious.

jika ditanya apa sumbangan saya, samada saudara sedar atau tidak inilah
sumbangan saya terhadap agama saya, iaitu mempertahankan ia dari anasir
ajaran sesat yg mengelirukan umat islam dan seterusnya menyekat ia dari
terus berleluasa.Wassalam. harap respond email ini......

No comments: