Thursday, May 04, 2006

Konsep Negara Islam

Din Wa Daulah

Adakah Islam sebagai agama, aturan hidup ritual(mahdah) sahaja atau meliputi sosio ekonomi,budaya dan politik. Atau politik sahaja?

Persoalan ini yang berlegar di kepala pasca keluar dari NII el Zaytun. Konsep periodisasi Mekah Madinah, terapan ide Isa Bugis, faham Lembaga Kerasulan, tafsir versi Mabdauts Tsalastah (Prinsip Tiga) merupakan acuan dan resepi NII el Zaytun ini. Namun, ada beberapa kemusykilan yang meliputi samada perkara cabang atau usul secara langsung.

Konsep Negara
Negara dikenali sebagai country atau sekurang-kurangnya 'state' yang diakui internasional kewujudannya dan diakui sebagai negara. Persoalan, adakah Zaytun sebuah substate dari negara yang mengamal Pancasila(RI) atau ia sebuah negara? Bagaimana, sebuah substate yang tidak menguasai seinci wilayahpun boleh mengaku menjadi sebuah negara?

Karakter Kemadinahan
Masyarakat Madinah,samada dikenal sebagai civilized society-masyarakat madani/tamaddun adalah pewujudan simbiosis masyarakat Ansar dan Muhajirin. Persoalan, siapakah Ansar di dalam NII el Zaytun. Kenapa masyarakat Madinahnya di dalam program asyik meminta tolong sahaja? Kerana ertikata "nasoro" itu bantu, maka sewajarnya orang Ansar yang membantu Muhajirin, dan bukan sebaliknya.

--bersambung

No comments: