sumber
Edisi Tengah: Selindung di sebalik kelas tafsir al-Quran
SEREMBAN: Ajaran menyeleweng Daulah Islamiyah Nusantara (Din) atau Gerakan Pemuda Kahfi menggunakan taktik memberi tekanan psikologi kepada orang tertentu yang berminat mendalami agama untuk mempengaruhi mereka mengikuti fahaman terbabit.
Modus operandi yang digunakan adalah menerusi menyediakan kelas tafsir al-Quran yang hanya disertai empat orang dengan tiga daripada adalah anggota ajaran itu manakala seorang lagi orang baru.
Dengan cara itu, mereka memberi tekanan terhadap orang baru sehingga mempengaruhi untuk mengeluarkan ‘wang saraan’ bulanan kepada pergerakan terbabit.
Lebih mengejutkan, berdasarkan maklumat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) terdapat beberapa individu bergelar VIP dan ahli politik terjebak dalam pergerakan itu.
Ketua Biro Dakwah Abim, Rahimi Abdul Rahim, berkata berdasarkan maklumat, pintu masuk kepada ajaran itu adalah menerusi kelas tafsir al-Quran.
“Mereka akan memberi fahaman baru kepada al-Quran, Islam, Sunnah, jihad sehingga membawa kepada unsur penyelewengan seperti meringankan solat iaitu hanya boleh ditunaikan melalui niat saja.
“Namun, ramai di kalangan pengikut ajaran itu sudah kembali ke pangkuan Islam sebenar selepas menyedari diperalatkan dan dikelirukan apabila mereka perlu memberi wang bulanan antaranya wang taubat berjumlah RM300 dan wang hijrah antara RM1,000 hingga RM3,000,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, bekas pengikut ajaran itu bagaimanapun berada dalam ketakutan kerana menerima ugutan atau ancaman.
“Tetapi didapati ancaman itu hanya ugutan dan tiada kejadian jenayah berlaku,” katanya.
Menurutnya, Abim sedang mengumpul maklumat berhubung pergerakan itu tetapi menghadapi masalah kerana kebanyakan bekas ahli tidak dapat memberi maklumat
No comments:
Post a Comment