Friday, September 08, 2006

Pengalaman?

Askum…..

Saya perasan dari laman X – dah lama cuma malas nak amik port lagi. Baca daripada pencerita yang guna nick “Y” tu aku pun tergerak nak nak kongsi pengalaman.

Ye, aku juga terjebak dengan kumpulan Pemuda Kahfi ni. Lama tak lamalah juga aku dalam geng. Jika si talfic tu mengadu tengah pening dengan doktrin2 meraka tu – aku faham perasaan dia. Ekekekek

Aku memula masuk dulu dan sampai aku blah, aku sendiri tak tahu nama group tu. Aku tak amik tahu pun. Baru2 ni je aku dapat tahu ia di kenali sebagai Gerakan Pemuda Kahfi. Aku terjoin sbb kawan aku yg bawak. Daripada malam tak de wat pe baik aku pegi kelas mengaji. Kawan aku kata kelas mengaji Al-Quran. Oklah bagi aku, leh juga betulkan tajwid aku ke, bacaan Al-Quran aku ke. Aku ingat macam tu lah. Tapi lain jadinya.

Malam pertama (sessi silahturahim) aku kat kelas dorang tu -- sampai sana kena sekolah lak – Tanya aku apa itu Al-Quran, Al-Quran untuk apa dan macam-macam lah. Ok tak pe. Dua tiga hari tu aku pun bersoal - jawab dengan si penyampai tu. Pada satu ketika dia tak dapat jawab soalan aku - dia cakap “sabar nanti kamu akan di terangkan kemudian”. Oklah aku kata. Untuk registration dulu aku kena bayar seingat aku dlm rm 200 @ rm 300 ratus je – sekarang dah RM 700 berdasarkan blog ni--- waa sudah naik. Hehee

Selepas sesi tu selesai maka sah lah aku jadi member. Sejak itulah aku pun kenal dengan doktrin negara Islam – mulkiah, rububiah dan sebagainya. Aku juga faham sebab apa kawan aku tu tak solat, tak tutup aurat (kahfi katanya atas beberapa alasan – kalau dlm Syiah di kenali sebagai Taqqiyah lebih kurang ah konsep dorang tu). Macam2 lah. Satu yang aku pelik orang yang aku kenal sebelum ni – kaki arak, zina sana sini, berjudi masuk group tu jadi baik - tinggal semua tu. Tapi dorang tu pun jenis mudah di pengaruhi sbb tak de asas agama. Mereka tu jenis2 prospek yg mudah untuk di pengaruhi. Jabatan Agama kita apa pula yang dorang buat nak menangani masalah rosak akhlak remaja2 sekarang ni? Walaupun group tu ada kepentigan tapi cara dorang tarik remaja bermasalah ni aku “suspek” gak lah.

Kesabaran aku dengan geng kahfi ni akhirnya meletup masa bulan Ramadhan 2003. Time aku nak berbuka posa time tu lah dorang pangil pegi “game” (kelas tafsir Al-Quran tu lah). Dorang sume tu dah lah tak posa, tak solat sbb tafsiran dorang berbeza – yang aku ni walaupun join aku masih bersolat, masih berpuasa. Main sedap dorang je. Perihal solat tu dulu, mase kelas dia org terangkan pada aku tentang solat – solat yang aku jaga selama ni dorang leh kata sia-sia. Ya Allah menyirap je aku dengar, kemudian dia org bagi lah dalil-dali dorang. Aku nak tinggalkan group tu dah lama tapi aku tak tergamak aku pun tak tahu sbb apa – ulil amri dah bising-bising suruh aku pegi ke nagara Islam tu tengok sendiri baru lah umat negara Islam. Dah aku tak de duit cam ne…Suruh aku wat loan bank rakyat aku pun tak ingat sbb apa aku tak buat. Di sebabkan aku melengah-lengahkan kepermergian aku ke Negara Islam tu – jadi kelas tafsir aku berpusing2 berulang-ulang benda yang sama lebih setahun… sampai lah aku berambus dr group tu. Dorang cuba pujuk “aku kata pegi mampos”.

Ni lah serbe sedikit pengalam aku yg singkat kat group tu. Dulu aku nyer game kat Ukay Perdana . Kat sana aku penah jumpa satu family dah kena silah. Anak2 dah jadi otai dlm group tu, member sekelas aku dulu pakcik2 tu makcik tu .. alahai kesian korang, dah naik haji dorang kata haji tu tak berguna – berhijrah ke negara Islam tu lagi tinggi pahalanya dr pegi haji kat mekah tu – masih aku ingat muka pakcik tu yg terpinga2 bila si penyampai cakap begitu. Kasihan nya mereka.

p.s tak berepa pandai nak mengarang...

No comments: